bercakap pasal pemimpin dan kepimpinan. pemimpin ade banyak level. Pemimpin kepada diri sendiri, pemimpin kepada keluarga sendiri, pemimpin kepada saudara mara, pemimpin kepada kumpulan kecil, pemimpin kepada persatuan, pemimpin di surau, pemimpin sesebuah kampung (ketua kampung), ketua mukim, ketua kawasan, ketua daerah, ketua wilayah, dan paling ketua sesebuah negeri (menteri besar). aku stop setakat ketua sesebuah negeri je. Ya Allah.. kenapa hati aku sedih sangat. Aku happy tak dengan kepimpinan yang aku di bawahnya sekarang ni? taknak bincang pasal kepimpinan di negeri2 lain, aku nak bercakap pasal di negeri aku jer, sebab aku dilahirkan, dibesarkan di negeri yang sama. cuma bersekolah di negeri selangor dan sekarang menuntut ilmu di negeri orang putih.
wahai pemimpin, kenapa aku sebagai rakyat nampak kamu banyak mementingkan kroni kamu? kenapa? kenapa aku nampak semua ni? aku sebagai rakyat tidak gembira berada di bawah pemerintahan kamu. keluarga aku bukan datang dari golongan yang sependapat dengan kamu. kamu semua menyokong penuh kerajaan yang memerintah sekarang, kroni-kroni kamu juga adalah orang kuat menyokong. persoalan yang aku nak utarakan sekarang, adakah kamu memandang rakyat2 yang tidak menyokong kamu semasa pilihanraya sama rata dengan rakyat yang memilih kamu semasa pilihanraya? sekiranya anak-anak kroni kamu atau yang memangkah kamu berjaya, mereka diberi saguhati. Adakah kamu berbuat perkara yang sama kepada anak2 golongan yang tidak memangkah kamu? 5 tahun kamu memerintah. aku sebagai rakyat bawahan banyak memerhati. aku bukan duduk diam dan tak heran sekeliling. aku nampak dan aku dengar perkara2 yang tidak menyedapkan. adil ke tu? yakin ke boleh jawab depan Allah nanti? rakyat bawahan macam aku ni nampak benda2 kecik yang relevant dengan aku ja. benda2 lain yang rakyat2 bawahan tak nampak yang kamu wahai pemimpin laku kan tu, kamu yakin boleh jawab depan Allah?? hhmm??
pada saat ada golongan yang memerlukan bantuan, tetapi golongan tu bukanlah golongan yang memangkah kamu dalam pilihanraya yang lalu, ada kamu rasa kamu nak cepat2 tolong? ada rasa nak tolong? ada tak? or kamu datang melawat golongan yang memerlukan bantuan sekadar memenuhi syarat ?? hhmm?? jawab! memang kamu hebat sekarang, kamu memegang kuasa, kamu memegang amanah sebagai pemimpin rakyat, kamu nampak gah! kamu nampak senang! kamu ini, kamu itu! tapi ingat! rakyat seperti aku akan tuntut segala ketidakadilan yang berlaku di mata aku dan yang kena pada aku di AKHIRAT kelak. kena sekali, aku bersabar. kena 2 kali aku sabar lagi. kena 3 kali aku masih lagi sabar. tapi terkena sekali lagi . dan ternampak ketidakadilan berlaku lagi, aku sedalam2 dalamnya tidak redha, aku tak redha dengan pemimpin sebegini. aku akan tuntut di akhirat bila mana sesuatu yang patut ko buat, tapi ko tak buat... Hadis nabi:
Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
bersenang lenanglah ko selagi ko dapat kaut banyak harta. selagi ko rasa selesa dgn berbuat maksiat, prihatin dengan puak ni, dan kurang prihatin dengan puak yang satu lagi. tapi ingat, pembalasan Allah itu pasti. ketidakadilan akan dituntut di akhirat kelak. firman Allah dalam kitab al-Quran,
surah fussilat ayat 40:
Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam neraka lebih baik, atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): "Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)".
buat yang gagal berlaku adil:
Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah:
- Pemimpin yang adil
- Pemuda yang sentiasa beribadat kepada ALLAH
- Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
- Dua orang yang cinta mencintai kerana allah yang mana berpisah dan bertemunya kerana Allah
- Lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta kaya melakukan zina,lalu dia berkata "aku takut kepada allah"
- Orang yang bersedekah secara sembunyi
- Orang yang mengingati ALLAH di tempat sunyi lalu mengalirkan air mata
bersabarlah wahai hati, Allah tahu setiap sesuatu yang manusia lakukan.
No comments:
Post a Comment