About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Sunday 31 January 2021

Sakit Penghapus Dosa

 Asssalamualaikum, 

Apa khabar semua? semoga sihat-sihat hendaknya..

Perkongsian hari ini tentang sakit dan ujian Sebagai Penghapus dosa, berdasarkan hadis-hadis nabi, supaya kita menjadi lebih positif sekiranya diuji oleh Allah dengan sakit. Lagi-lagi ketika musim Covid-19, ramai sangat telah dijangkiti, ini juga termasuk dalam kategory sakit dan ada ikhtiar yang dilakukan oleh petugas-petugas barisan hadapan untuk memastikan pesakit-pesakit ini sembuh.

Banyak hadis-hadis Nabi yang menyebutkan tentang sakit sebagai penghapus dosa, antaranya seperti hadis di bawah:

Imam al-Bukhari merekodkan satu riwayat yang bersumber daripada Abu Sa'id Khudri RA dan Abu Hurairah RA; bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidaklah menimpa seseorang Muslim sama ada letih, sakit, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau kebimbangan bahkan tusukan duri sekali pun melainkan Allah SWT akan menjadikan semua itu sebagai kifarah kepada dosa-dosanya."

Dalam sehari-harian hidup kita, kita tidak dapat lari dari melakukan dosa samaada secara sedar atau tidak. Kadang-kadang kita menganggap dosa yang kita lakukan ni remeh dan kita ada banyak masa lagi untuk bertaubat, kita yakin kita masih muda dan sibuk dengan urusan dunia. Kita menangguh-nangguhkan taubat kerana kita yakin masa kita masih panjang. Maka, Allah menurunkan ujian dalam pelbagai bentuk seperti yang disabda oleh Nabi SAW dalam hadis di atas sebagai kifarah kepada dosa-dosa kita. Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kita yang banyak, bukan itu sahaja, malah mengangkat martabat kita seperti yang disebut dalam hadis di bawah. 

Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bagi setiap seorang hamba ada martabat yang tertentu di sisi Alah SWT dan apabila hamba itu tidak dapat mencapai martabat itu dengan amalannya, maka Allah SWT akan terus mengujinya dengan perkara yang tidak disenanginya (seperti sakit, susah dan sebagainya) supaya dengan perantaraan perkara yang tidak disenanginya itu dia dapat mencapai martabat berkenaan." (Hadis Riwayat Abu Ya'la)

Agama kita mengajar kita untuk berikhtiar untuk menyelesaikan dan menyembuhkan sakit kita. Walaupun kita yakin bahawa ujian atau sakit itu adalah penghapus dosa , ini tidak bermaksud kita perlu duduk diam sahaja dan tidak berikhtiar mencari penawar. 

Jom hayati hadis seterusnya, ujian itu bukan sahaja penghapus dosa dan mengangkat martabat kita, malah ada ganjaran untuk setiap sakit dan kesusahan yang diterima walaupun sekecil-kecil sakit. 

Saiyidatina Aisyah RA berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Mana-mana orang Islam yang terkena tusukan duri malah kesusahan yang lebih kecil daripada itu pun akan diberi ganjaran satu darjat dengan sebab kesusahan itu dan satu dosa akan dimaafkan." (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Ayub adalah seorang nabi yang telah diuji dengan sakit yang dahsyat dan lama, dan diceritakan di dalam AlQuran, Surah Al Anbiya': ayat 83:

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

Hayati doa Nabi Ayub ketika ditimpa sakit yang sangat lama, ada riwayat yang mengatakan 3 tahun, 7 tahun atau 18 tahun. Lama sangat sakit yang menimpa Nabi Ayub.   Jika nak dibandingkan dengan sakit yang diri kita hadapi, kadang2 kita cuma demam, atau sakit seminggu. Nak dibandingkan sakit yang dihadapi Nabi Ayub, jauh sekali.... Sedikitpun nabi tidak mempersoalkan mengapa sakit itu ditimpa kepadanya, malah Redha dengan sakit itu. Nabi Ayub juga memuji-muji Allah dalam doanya ketika sakit. Marilah kita mencontohi Nabi Ayub, kekal memuji Allah dalam setiap masa. 

Kesimpulannya, Ambillah sisi positif setiap ujian / sakit yang datang kepada kita. Banyak hikmah yang kita boleh dapat melalui sakit seperti lebih banyak masa untuk memgingati Allah, berzikir, refleksi diri tentang dosa kita yang lalu, mendengar kuliah online, rehatkan badan dari kesibukan urusan harian. Mungkin sebelum ni kita sangat sibuk sehingga kita lupa untuk berdoa kepada Allah, lalai dalam beribadah. Melalui sakitlah, Kita dapat peluang untuk perbetulkan diri kita. Sangat banyak hikmah dan ganjaran jika kita sabar dan redha, dan tidak bersangka buruk dengan Allah. 


Semoga ada sedikit ilmu yang telah dipelajari dari perkongsian ni..

Terima kasih :)


Sunday 24 January 2021

Tenang menghadapi Masalah

 Assalamualaikum,

Nak share sikit tentang sifat tenang. Sifat yang saya kira semua orang mahu merasainya, terutama ketika kita ditimpa masalah. Jika sesuatu masalah dihadapi dengan tenang, kita akan rasa mudah untuk menyelesaikannya walaupun suatu masalah itu besar.

Satu konsep yang sangat besar yang perlu kita faham supaya kita lebih mudah menghadapi sesuatu masalah ialah kita sebagai orang Islam perlulah sedar setiap masalah itu ialah ujian dari Allah, dan ujian itu datang tanda Allah saya kepada kita, ujian adalah sunnatullah. 

Jika kita berjaya hadapi ujian dengan sabar, kita kan mendapat pahala yang besar.

Apakah maksud tenang?

Tenang ialah apabila hati kita rasa dekat dengan Allah, dalam Quran ada disebutkan, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Rasa tenang terletak pada hati, dengan adanya rasa tenang, kita mudah untuk merasa gembira dan seronok. Seseorang yang gembira tidak semestinya tenang hatinya, tetapi seseorang yang tenang akan merasa gembira dengan dirinya dan sekelilingnya. 

Jadi, bagaimana nak rasa tenang walaupun ditimpa ujian?

1. Ikut apa yang dianjurkan dalam AlQuran iaitu ucaplah Innalillahi wainna ilaihi Rojiun dengan penuh penghayatan. Kita perlu sedar kita ini hanya hamba Allah dan kita adalah milik Allah, dan kita layak diuji oleh Allah. Dengan itu, kita akan dapat menerima ujian yang menimpa kita.

2. Orang yang beriman akan sedar setiap ujian yang menimpa kita datang dari Allah. Jangan hanya pandang pada ujian itu, malah pandang juga pada Si Pemberi Ujian. Allah lebih sayang hambanya lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Anggaplah ini sebagai cubitan yang mendidik dari Allah. Kita juga yakin Allah itu maha Baik, maha Penyayang, berkmaksud ujian yang diberi oleh Allah itu baik. Allah juga telah berfirman dalam AlQuran, mafhumnya: Boleh jadi yang buruk itu yang terbaik untuk kita, dan sebaliknya. Maka yakinlah apa yang berlaku itu yang terbaik dari Allah kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba yg diciptaNya.

3. Yakinlah Allah tidak akan membebani seseorang melebihi kemampuannya. Walaupun kita rasa tak mampu dan rasa perit ketika diuji, itu mungkin sebab kita belum cuba menggunakan semua kekuatan yang ada untuk menghadapi ujian itu. Mungkin selama ni kita berada di dalam confort zone (zone selesa) dan ujian itu sedang memaksa kita untuk berada di zon mencabar? Hadapilah ujian itu dengan Sabar dan Solat, dan yakinlah jika kita berjaya menangani ujian itu, kita akan menjadi lebih baik dan jiwa kita akan menjadi lebih besar dari masalah itu. Yakinlah Allah jauh lebih besar dari masalah itu, maka berpautlah kepada Allah. Banyakkan berdoa dan mengadu kepada Allah supaya kita menjadi lebih akrab  dengan Allah. Secara tak langsung, kita dapat merasa hikmah ujian itu iaitu merasa lebih dekat dengan Allah. Mungkin selama ni kita senang dan tidak diuji, kita secara tidak sedar telah lalai dalam mengingati Allah dan kurang berdoa kepada Allah. 

Marilah kita buru ketenangan, Ingatlah Allah itu matlamat kita. Bila Allah dekat dalam hati kita, kita akan merasa tenang dan dapat hadapi ujian yang Allah berikan dengan rasa redha dan sabar.

Semoga perkongsian ringkas ini menyebabkan anda belajar sesuatu atau menjadi asbab untuk membuat refleksi diri untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Selamat beramal dan menanam pohon pahala di dunia untuk ditunai di sana :)

Jumpa lagi,

Terima kasih.


Tuesday 19 January 2021

Antara Ancaman di akhir zaman

Assalamualaikum.. 

Saya nak kongsi sedikit ilmu / perkongsian yang sangat ringkas malam ni, berdasarkan hadis nabi tentang ancaman umat di akhir zaman, kita lah umat akhir zaman tu.

Jom baca

1. Antara ancaman umat akhir zaman adalah apabila keputusan itu tidak berada pada tangan umat Islam, hukum dilaksanakan oleh orang bukan Islam. hukum hakam yg sepatutnya menjadi tali-tali bagi umat Islam tidak dapat dilaksanakan disebabkan pemerintahan bukan dari kalangan yang mengamalkan.

2. Umat akhir zaman juga diuji dengan kehilangan identiti , walaupun Muslim tetapi lebih dikenali dengan negaranya, atau bangsanya, atau kabilahnya, atau mazhabnya. Ini menyebabkan wujudnya perkauman antara kabilah, antara mazhab, antara kelompok. Ini memudahkan syaitan menghasut perbalahan antara kelompok.

Bersyukurlah jika kita masih mempunyai pemimpin yang masih mengingatkan kita tentang hukum hakam,  kita masih dapat menuntuk ilmu hanya di hujung jari, kita masih dapat menikmati nikmat Islam dan iman. Penting untuk umat Islam menjadi umat yang berjaya dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi , lebih banyak boleh dibawa , lebih banyak pengaruh baik yang dapat disebarkan, secara tak langsung salah satu bentuk dakwah. 

Marilah menjadi umat yang bersyukur, dan memakmurkan Syiar Islam, menonjolkan akhlak Islami dan menjadi contoh yang baik kepada orang sekeliling. 

Sekian, perkongsian ringkas,

Semoga kita belajar sesuatu.


Monday 18 January 2021

Akhlak Cerminan Iman

Assalamualaikum semua :)

Sedikit perkongsian santai untuk hari ni..

Akhlak ceriman iman , apa yang dimaksudkan dan bagaimanakah untuk mempunyai akhlak yang mencerminkan iman yang sejahtera:

Jom baca

Akhak itu bukan sekadar cara kita bercakap, tetapi meliputi semua aspek perbuatan kita. Adakah segala perbuatan melalui tangan, mata, mulut, penampilan, pemakaian kita menggambarkan Akhlak yang baik. Kita perlu bimbang, jika kita telah solat dan baca alQuran tetapi kita masih sibuk bercerita tentang keburukan orang lain, membuka aib orang. 

1. Marah yang terpuji: Adakah kita seorang yang mampu mengawal diri kita daripada melakukan perkara dengan menurut emosi dan nafsu, atau adakah kita senstiasa melakukan sesuatu dengan kawalan akal dan iman. Jika kita ada perasaan marah terhadap sesuatu, Menurut imam Ghazali, marah yg terpuji ialah marah yg dikawal degan iman dan juga akal yang waras, dan memaafkan setelah maaf telah dituntut, inilah contoh apabila perbuatan kita itu cerminan iman.

2. Bagaimanakah cara untuk menjadi lebih baik melalui kawan / teman. Carilah kawan yang baik dan sentiasa mengingatkan dan mengajak kita berbuat baik seperti mengajak solat jemaah, yg menegur dengan baik sekiranya kita terlebih makan gula :D,  sentiasa memberi semangat. Teman yang baik boleh menjadi salah satu pemangkin untuk kita menjadi lebih baik. Teman yang baik juga merupakan cerminan akhlak kita.

3. Jadilah seorang yang amanah dalam setiap tugasan yg kita lakukan, dan dalam setiap urusan kita dengan orang lain. Untuk menjadi seorang yg amanah, ada perkaitan dengan lisan dan hati yang teguh. Kita pasti rasa senang dengan orang yang beriman, kerana orang yang beriman mestilah amanah, jadinya Sifat amanah ini sangat berkait rapat dengan iman dalam diri seseorang, dan iman itu datang dari hati yg teguh. Apa yang bermain di lidah, itulah yg bermain di hatinya. Bagaimana dalam masyarakat kita wujud amalan menerima dan memberi rasuah, adakah sebab tidak ada keteguhan dalam hati tentang dosa melakukan rasuah? renungkan.

4. Elakkan berprasangka buruk sesama sendiri. Ada 2 jenis prasangka , yang berdosa dan tidak berdosa. Prasangka yang berdosa adalah jika seseorang berprasangka buruk tentang sesuatu yg kita tidak tahu lalu mengungkapkannya kepada orang lain. Prasangka yg tidak berdosa adalah apabila kita ada syak dalam diri tetapi tidak mengungkapkannya. Elakkan lah menyebarkan prasangka buruk dan menyebarkan kepada orang lain.


Semoga kita dapat menjaga diri kita dari sifat2 yang buruk. Jadilah seorang yang sentiasa berusaha untuk mempunyai akhlak yang mencerminkan iman yang sejahtera.


Semoga bermanfaat.


Terima kasih :)






Sunday 17 January 2021

Enam Syarat Ibadah

Perkongsian ringkas untuk mencari pahala lebih melalui aktiviti harian kita. Jom baca!

Sesuatu perkara yang kita lakukan yang disukai Allah jika mematuhi syarat ibadah di bawah, boleh mendapat pahala ibadah umum. 


Jom kita lihat apakah syarat-syarat sesuatu aktiviti / amalan menjadi ibadah umum :)


6 syarat ibadah: Perkongsian dari Ust Pahrol  Mohamad Juoi

1. Niat yang betul

Setiap ibadah mestilah bermula dengan niat kerana Allah. Jika keluar bekerja , niatkan bekerja kerana Allah untuk mendapat pahala ibadah umum.

2. Sah di sisi syariat

Niat yang baik sahaja tidak cukup, sesuatu yg diniatkan ibadah mestila patuh syariah.

3. Pelaksanaan yang baik

Jika berniaga, tiada unsur riba, barang niaga yang baik dan tidak claim berlebih lebihan, elakkan sebarang penipuan dalam perlaksanaan. Melakukan sesuatu dengan jujur dan amanah. Pertahankan kejujuran walaupun tidak menjadi seorang jutawan. 

4. Dibuat dengan terbaik

Jika sesuatu kerja itu diniatkan sebagai ibadah, kita akan melakukannya dengan sebaik mungkin. 

Dilakukan berdasarkan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu untuk melakukan dengan terbaik. Jika meniaga, bahan yang digunakan adalah yg baik.

5. Tak tinggal ibadah asas

Jangan sibuk dengan aktiviti lain / ibadah umum sehingga mengabaikan ibadah asas seperti solat Fardhu. Sehingga sibuk bekerja hingga meninggalkan solat, tidak sah ibadah umum yang lain.

6. Natijah / kesannya baik 

Gaji / Keuntungan dari pekerjaaan yang diniatkan sebagai ibadah umum itu digunakan ke arah kebaikan. Jika kurang keuntungan, sabar supaya mendapat pahala. Pahala sabar tersangatlah besar.

 Jika mendapat keuntungann, jangan lupa untuk bersyukur kepada Alllah dan tidak berbangga-bangga dengan kemewahan. 


Jika syarat-syarat di atas ditepati, apa-apa pekerjaan kita boleh menjadi ibadah.


Semoga pergkongsian ini bermanfaat.

Selamat menambah amal seiring dengan bertambahnya usia kita.


Jumpa lagi 

Assalamualaikum.