About Me

My photo
Sheffield, England, United Kingdom
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Saturday, 5 November 2016

2016: Reality Check_ are we living in a cruel world?

Assalamualaikum..
Sedikit coretan di malam hari..

Some reflection on time management:
mashaAllah... hari-hari terasa sangat pantas sekarang, sehingga rasa tidak terkejar. persoalan yang selalu terlintas di hati sama ada masa yang Allah beri kepada kita telah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Teringat kata-kata seorang 'mentor' yang sentiasa mengajak kita untuk mengaudit diri kita samaada aktiviti seharian kita dapat memberatkan timbangan amalan kebajikan di akhirat kelak. Tidak kiralah apa pekerjaan kita, yang penting pastikan amalan/ aktiviti harian kita disukai Allah dan niatkan amalan itu kerana Allah, disamping mengamalkan sunnah nabi yang sangat banyak untuk dipraktikkan, dari sekecil2 perkara seperti menyikat rambut sebelah kanan dahulu, memakai kasut di kaki kanan dahulu, etc.

Some observation on current situation
2016 yang berbaki tak sampai dua bulan. Tak tahu la sama ada aku sorang atau ramai orang lain juga sedar, terlihat seakan-akan masing-masing sedang bertungkus lumus mencari rezeki lebih. Ramai yang mula menceburkan diri dalam perniagaan dan ramai yang ada dua pekerjaan dalam satu masa. Dulu aku tak perasan pun semua ni, mungkin sebab dulu aku pun student. Tapi one thing that i noticed this is all something to do with the high living cost in Malaysia. Sejak zaman Na*** memerintah ni, semua harga barang naik. terbaru, harga petrol naik 15sen, harga minyak masak naik agak drastik. Kos sara hidup yang tinggi terutama di bandar menyebabkan rakyat menjadi lebih susah. Yang bekerjaya seperti engineer yang makan gaji ni pun belum tentu dapat rasa hidup senang, ditambah pula dengan harga rumah yang sangat la mahal sekarang ni menyebabkan kalau tak angkat loan memang tak dapat la nak beli rumah, tak pasal-pasal terjebak dengan riba. macam mana tu? hmm.

Bercakap pasal harga minyak masak yang dah naik baru-baru ni, petang tadi selepas menonton encik suami dan adiknya bermain golf di Driving range ukm, sempat kami menyinggah di pasar malam seksyen 16 bangi untuk membeli makanan goreng-goreng, aku la tu yang nak makan, lapar pulak petang2 hari ni sebab bosan jadi penonton. Ditakdirkan suami aku berhenti depan sebuah gerai yang baru menuang minyak ke dalam kuali untuk menggoreng sesuatu, Ya Allah terbeliak biji mata aku apabila ternampak warna minyak masak yang dituang ke dalam kuali kawah tu, "ya Allah, minyak masak ke tu?? kenapa warna sangat hitam sangat tuuu. minyak masak ke minyak hitam kereta?" Speechlesss seketika. Aku mula reflect, sebenarnya isu harga minyak naik atau isu peniaga tu yang nak kejar untung lebih sampai sanggup recycle minyak masak beratus kali sehingga hitam legam. Terasa sangat kecewa dengan kesanggupan seseorang berniaga, bagi customer makan masakan yang menggunakan minyak yang kotor tu, tak fikirkah dia tentang kesihatan orang yang memakan masakan tu? Memangla harga minyak masak naik, hasil keputusan kerajaan, di luar kuasa kita sebagai rakyat marhaen yang masih lagi nak mengundi dot2, tapi di mana kah rasa bersalah dalam diri seorang peniaga yang menggunakan minyak hitam untuk menggoreng. Taknak komen lebih-lebih, masing2 tahu yang Allah memerhatikan setiap tindakan kita. Jadilah seorang yang beintegriti, jujur dalam pekerjaan, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tidak menzalimi orang lain dan diri sendiri.

Realiti segelintir masyarakat yang wujud di atas dunia ini:

1. Terlalu mengejar kekayaan dunia, untuk hidup lebih selesa sehingga terabai perkara yang lebih utama, sibuk mencari rezeki sehingga terlupa yang rezeki itu sudah ditetapkan oleh Allah, kita sepatutnya menjemput rezeki dengan usaha dan doa. Rezeki itu bukanlah wang semata-mata, banyak lagi rezeki yang berada di depan mata kita sekarang yang perlu kita hargai dan syukuri.

2. Mempunyai kuasa untuk membantu orang yang sedang susah yang telah pun datang meminta bantuan darinya, tetapi kuasa itu tidak digunakan, malah seribu alasan diberi untuk menepis kerana beratnya hati untuk menolong orang lain. Dah la taknak tolong, malah tidak ada sedikit pun usaha untuk meringankan kesusahan seseorang tu, apalah salahnya kau mudahkan urusan orang lain. Lupakah kau dengan janji Allah terhadap orang yang memudahkan urusan orang lain di atas dunia ini? Tak mintak duit poket kau pun...  Tak sangka golongan seperti ini wujud.

3. Golongan yang mencari duit lebih dengan cara yang salah. Seorang yg berkuasa telah menangkap seorang pesalah traffic, sepatutnya menyaman pesalah tersebut, tetapi enggan menyaman kerana nak minta sumbangan aka rasuah dari pesalah itu. Pesalah itu dengan jelas menyatakan " saman je la saya, saya sanggup disaman, terang-terang saya dah buat salah" tapi si punya kuasa nak jugak duit rasuah tu, si pesalah yang sedang mengejar mesyuarat di office terpaksa bagi sedikit wang. MashaAllah, macam ni pun ada.

Masa untuk mengaudit diri sendiri

1. Apa kebaikan yang aku telah beri kepada orang sekelilingku pada hari ini?
2. Ada tak aku sakitkan hati sapa-sapa sepanjang hari ni?
3. Did I manage to make someone smile today? atau sebaliknya
4. Sudahkah aku niatkan amalan-amalan harianku kerana Allah
5. Ada dapat apa-apa ilmu baru tak hari ni? atau sekadar berita baru / hot news ?
6. Adakah amalan seharianku hari ni lebih mendekatkan aku dengan Allah?
7. Apa yang nak diperbaiki untuk hari esok?

Sila jawab dalam hati..

Semoga kita menjadi masyarakat yang tidak menzalimi diri sendiri dan orang lain. Redha dan pengampunan Allah yang kita cari. Semoga kita semua dapat menjadikan prinsip nilai-nilai murni yang diajarkan oleh Islam sebagai amalan seharian kita. Semoga juga nilai-nilai murni sebati dalam diri kita dan rasa bersalah terhadap dosa yang dilakukan wujud serta merta dalam hati kita. Hidup ini tidak lama, hanya transit untuk ke alam yang kekal abadi, apa yang sebenarnya kita perlu kejar?

Semoga kita berjumpa lagi,
till next time.
InshaAllah.

May Allah bless us.
May Allah accept our ibadah.
May Allah ease us and guide us to Jannah.
Amiin...

Salam wbt.