About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Tuesday 26 March 2013

Rakyat yang dianggap kufur nikmat bila tegur pemimpin

salam..
semenangnya tahun 2013 adalah tahun yang paling mencabar bagi saya dan keluarga di Malaysia, bukan masanya untuk duduk senanag lenang, tetapi sebaliknye keep on berusaha dan tak putus2 harapan memohon pertolongan daripada Allah...

rasanya dah lama abah tak pesan kepada aku... tapi semalam, abah literally emphasis dengan ayat "dengar ni abah nak pesan sesuatu"

"dalam hidup kita ni.. don't ever ada rasa takut dengan kuasa manusia, jangan takut untuk berhujah jika kita di pihak yang benar, kalo kita takut kat manusia, sikit2 nak risau lebih, kita yang susah, hati kita yang tak tenang, takut kita hanya pada Allah, pergantungan kita hanya pada Allah. kalo Allah redha kita, Allah tak murka dengan kita, hati kita akan tenang sekalipun manusia tak suka kat kita, yang penting kita tahu kita tak buat salah..buat apa nak takut dengan manusia, depa sapa? "

aku tak ingat la exactly pesanan abah tapi bunyinya macam yang aku tulis kat atas. actually, pesanan abah ni tepat pada masanya, mungkin bagi yang sedang baca post ni rasa pesanan ni belum lagi relevent untuk anda, tapi masa abah pesan benda nii, mmg kena dengan situasi aku dan keluarga :) alhamdulillah, sememangnya memang tepat lah pesanan tu, kalo main takut2 dengan kuasa/ jawatan manusia , memang susah la kita nak perjuangkan hak / kebenaran.


baru2 ni aku telah memberanikan diri menegur seorang pemimpin yang pada firasat aku telah berperlakuan tidak adil terhadap apa yang telah berlaku kepada keluaga aku. aku menegurnya dengan ayat2 yang berlapik, aku tidak menuding jari.. sebab ada kemungkinan sangkaan aku meleset. aku bukan buruk sangka k, aku takdak masa nak sit down and think bad about people. or talk bad about people. tapi manusia ni keburukannya obvious. panjang ceritanya, akan diceritakan dalam satu post khas tulis pasal benda ni je...

satu pengajaran yang obvious yg aku dapat: (banyak sangat pengajaran yang aku nak kongsi tentang pimpinan yang tidak adil dan pimpinan yang menganggap rakyat perlu sykur dengn apa yg kerajaan bagi dan duduk diam, jgn bantah)

- bagi mereka yang sedang menjawat jawatan pemimpin masyarakat (pemimpin parti yg sedang memerintah), bagi mereka bila rakyat tu menunjukkkan tanda tak puas hati, suarakan pasal kebajikan yang adil, mereka tend to mengungkit segala kemudahan2 yang disediakan oleh kerajaan hatta hospital kerajaan yg free pon diungkitnya. dia tak nak ungkit pulak betapa lembapnya berurusan dengan hospital kerajaan. (hanya org yang pernah berurusan je tahu) aku bukan buat tuduhan tak berasas, sebab dah pernah kena yang berani cakap nii,,.. lembap nak mampus! tu pon masih lagi ungkit, kononnya rakyat yang menegur ini tidak bersyukur dengan apa yang kerajaan telah sediakan.

Hello! awak tak tahu ke yang sudah menjadi tanggungjawab parti yang memerintah aka kerajaan, taki kira lah kerajaan apapun, negra mana sekalipun, untuk menyediakan keperluan ASAS kepada rakyatnya!! sediakan hospital kerajaan yg serba lembap pon nak diungkit. kat uk ni, aku yang bukan warga negara pon dapat rawatan percuma ok. 

- bila selidik balik apa punca depa ni nak ungkit segala bagai pemberian kepada rakyat, ada yang mengatakan bahawa bagi depa, duit dan segala peruntukan yg diberi kepada rakyat ni duit parti memerintah aka kalau sekarang duit BN la..

Oooo... duit bn,, patut la hangpa bangga.. hangpa ungkit, duit hangpa ka? so kalau org pas , org pembangkang dapat, hangpa rasa pembangkan patut bersyukur sebab hampa adil! macam tu? geram betul aku dengan pemimpin sebegini rupa. sorry to say, memang dah sampai limit kesabaran aku untuk duduk diam dan tengok ja hanpa tak adil. sejak kecik smpai dah kahwin aku geram dengan depa nii, tak habis2 dengan perangai busuk yang aku detect. maka aku dengan berani nya tegur depa. ingat rakyat nak dok diam je ka bila rakyat berbau yang korang.. 

dah la rakyat yang tegur dianggapnyer kufur nikmat. sabo je la.



bagi pemimpin yang baik2, telus, adil di luar sana tu , tahniah la... sekurang2nya anda mampu jawab bila disoal di akhirat kelak. setiap kepimpinan akan di soal.. 

bukan masanya untuk menjadi rakyat yang menutup mata dan minda. zaman dah maju, rakyat2 makin cerdik, pandai berfikir, biarlah kita duduk di kampung sekalipon, pemikiran kena uptodate.. baca berita mesti dari banyak2 sumber, kalau harap tv sahaja, hhmm.. sorry to say la, anada akan terperangkap dan kemungkinan besar anda akan menjadi macai. hehehe..

see you later.

seeru a'la barakatillah. keredhaan Allah itu yang kita cari, sebagai hamba.

Friday 22 March 2013

Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin

Sedikit luahan...

Wonder la.. macam mana boleh wujud manusia yang beragama Islam tapi buat kerja-kerja makan harta kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat. baru- baru ni kecoh kat facebook dengan satu video pendedahan seorang ketua menteri ni yang dah perintah selama 30 tahun! Ya Allah lama gila dia berkuasa.. kalau berkuasa dengan penuh amanah dan memastikan rakyat mendapat keperluan asas yang sepatutnya takpe lagi.. niii keperluan asas pon tak terkawal. keperluan asas k. bukan kehendak lain2 yang takde pon takpe. keperluan asas ialah air, elektrik, perlindungan, jalan raya dsb. patut la selama ni aku selalu fikir, sarawak ni negeri paling kaya dengan hasil bumi tapi kenapa rakyat2 nya miskin2... pelik... masa tu aku tak tahu lagi pasal cerita betapa 'adil'nya si ketua itu memerintah..

baru-baru nii, terbongkar kisah pemilikan tanah-tanah yang sangat2 luas yang bernilai ratusan juta yang diagihkan kepada kaum kerabatnya.. Allah.... ada rupanya kat negara aku orang sejahat nii..
Astaghfirullah..... tak takut Tuhan ke? come on, orang putih yang bukan Islam pon tahu apa yang ko buat tu salah.. ko orang Islam kot.. astaghfirullah....

Ada sorang manusia yg bersekongkol ni siap cakap "ni harta kerjaaan okay. bukan harta rakyat." owh.. so, harta kerjaan untuk golongan yang memerintah songlap ke? oooo... baru tahu... patut la rakyat2 ko hidup susah.. siap ade yang kata "come on, leader mana yang tak corrupt" owhh... macam tu rupanya perception dia... jadi leader mmmg akan corrupt la walaupon mengaku Islam...

kalau macam tu golongan2 memerintah berfikir, no wonder laa... tak payah la aku sebagai rakyat ni heran macam mana boleh wujud golongan pemerintah sejahat itu.. begitu punya pemikiran, no wonder la happy je dapat harta free tanpa fikir haram halal...

Astaghfirullah... macam2 jenis pemikiran ada dalam dunia nii.. walaupon seseorang tu beragama Islam tapi kalau cintakan harta menguasai diri, nak kaya, nak milik tanah dengan hanya duduk rumah goyang kaki je, hilang dah kemanusiaan tu.. malu la aku dengan orang Islam macam nii... 

kerajaan pusat tak tahu ke pasal semua ni? pelik jugak nii..banyak betul benda pelik berlaku dalam pemerintahan parti nii.. 30 tahun dia songlap tanah kerajaan, habis hasil bumi sarawak disapu, hutan2 ditebang, takkan kerajaan pusat tak tahu? takde pemantauan ke? seolah2 sarawak ni macam separate entity pulak dengan malaysia barat. nama pun kerajaan pusat. takkan tak tahu? pening pulak aku fikir pasal kezaliman pemerintah ni... Astaghfirullah ni la akibatnya bila media di conquer oleh satu pihak ja.. kalau buka TV tu, parti memerintah betul sokmo, baik2 belaka, perjuangkan hak rakyat, dahulukan rakyat, utamakan pencapaian, "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".. kesian rakyat2, orang2 kampung yang hanya ada access tv sahaja. pemikiran mereka ditutup, mereka tak dapat berfikir secara terbuka, pembangkan sgt jahat, semua benda pembangkan buat salah, parti memerintah sgt baik, sgt prihatin, sgt telus.. hhmmm.. sedih la duduk dalam negara yg pemimpinnya sebegini rupa...disebabkan media yang macam ni la, rakyat2 yg susah masih nampak parti itu sahaja yang baik..akibatnya tengoklah apa jadi kat sarawak? nampak sangat salah pilih ketua.. rakyat keluar mengundi ketua, ketua khianat oada rakyat.. kalo macai baca, mesti dia kata , eleh parti tu perintah, tu hak dia la nak conquer tv.. apa2 lah... kalo berdebat pasal benda ni sampai2 bila2 pon takkan habis. Sama la macam negeri aku pon, asal nak baca news pasal negeri aku je, mesti jumpa berita pasal scandal tanah. tak habis2!! kalau takde angin takkan la pokok bergoyang! mb kelantan, takde pulak aku dengar scandal pasal beliau? sebb ape takde? sbb mmg takde, ni sbb mungkin ade yang pahat berbunyi2 tu.. Astaghfirullah.... tak berani la nak cakap pasal niii.... kalau betul2 buat, tanggung la depan tuhan weiii... aku hanya rakyat yang berfikir, maaf otak aku memang suka berfikir, so jgn salahkan aku kalau aku berfikir pasal pemerintahan korang, nanti ade la mulut2 yang kata tak kenang jasa la apa la. muak dengar.


50 tahun lebih, parti yang sama je memerintah... bosannya laa... aku yakin rakyat sekarang ramai dah bijak pandai, tidak mudah dipancing seperti ikan... rata2 aku jumpa ramai yg tak happy dengan parti yg memrintah sekarang.... ramai yang mahu puak lain pulak yang memerintah,, semua sebab nak malaysia lebih menjaga kebajikan rakyatnya, harta2 kerjaan tidak disonglap oleh pihak2 pemerintah dan kroni2nya, amalan rasuah ditebas, apa lagi? rakyat mendapat hak yang sepatutnya... bukan macam sekarang, rakyat tegur pemerintah sikit, habis dikatanya si rakyat ni kufur nikmat, tak bersyukur dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.. habis hospital kerajaan yng free pon diungkit? Allahu rabbi... come on la....dah nama pon kerajaan, mmg tanggungjawab kerajaan la sediakan semua tu. tu kepeluan asas kot! ingat kerajaan malaysia je ke buat macam tu? kat uk pon rawatan percuma jugak! so ko ingat ko buat macam tu, ko cukup baik la... come on, jangan perbodohkan rakyat sampai tahap macam tu laa.... alahai... dah sediakan, ungkit pula...

Allah... sangat2 tak happy la aku dengar cerita corruption nii... rasa malu sgt orang Islam perangai macam nii... pegang jawatan untuk kaut duit ke? aku nak nakkkkkkk sgt tengok parti lain pulak memerintah.. tolong laa... masa untuk berdoa byk2 pada Allah.... amiiin...

Friday 8 March 2013

Tertarik dengan satu ayat Quran.. nak tahu ayat ape?

Assalamualaikum wbt

 Rasa tak terkejar dengan masa yang seolah2 bergerak makin pantas. Kenape seminggu rase macam beberapa hari je? tup2 esok dah hari Jumaat.. Mungkin sebab jadual agak packed kot, sebab tu rase kejap... hhmm.. whatever it is, kene tanye diri sendiri nihh.. adakah masa2 dalam minggu ni telah diisi dengan amalan2 yang memberatkan timbangan al-mizan di akhirat kelak? Adakah urusan pelajaran seperti pergi kelas, tutorial, site visit, revision telah diniatkan dengan niat yang baik? 

Astaghfirullah100x .. Sedangkan nabi beristighfar lebih 70x sehari, apakan kita yg tak maksum ni...

Sedang baca2 terjemahan al-quran dalam surah yang pendek.. guess surah ape yang pendek tu? 

surah al-jumuah..surah yg diambil dari hari jumaat. sebab dalam surah ni je yang ada disebut tentang solat jumaat... Islam menamakan jumaat yang berasal dari perkataan arab 'jama'a' yang bermaksud himpun sebab pada hari jumaat, umat Islam berhimpun untuk menunaikan solat jumaat dan mendengar khutbah.  

Basically, surah al-jumuah ni berkisar tentang tugas rasul sebagai penyampai risalah, lepas tu diceritakan pulak tentang satu perumpamaan untuk golongan yang tidak beramal dengan kitab yang telah diturunkan oleh Allah. Perumpamaan ni sangat menarik perhatian saya. Dalam al-Quran, Allah guna banyak perumpamaan supaya kita lebih mudah paham, supaya kita berfikir. Kadang2 manusia ni lebih mudah faham melalui perumpamaan. So, perumpamaan yang terdapat dalam surah al-jumuah ni berbunyi begini:

Ayat ke 5 yg bermaksud:

"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."

Ayat di atas ditujukan kepada kaum yahudi yang sangat la sombong sebab tak nak percaya dengan seruan para Rasul. Bila Allah datangkan mukjizat kepada para rasul, apa yang mereka jawab?

Boleh check surah as-saff ayat 6 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibn Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!" "

Mereka golongan2 yang telah diberi peringatan, dah diberikan kitab, tapi mereka sombong, mereka ingkar. berbalik kepada kita, kitab diturunkan supaya kita beramal dengannya, bukan sekadar mempamerkannya di ruangan dalam rumah, letak di rak2 buku, aytau hanya membaca tetapi tak baca maksud. Maklumla kita tak faham bahasa Arab kan? so, apa yang kita patut buat, takkan nak baca je,.then tak faham ape2.. so, kene la baca maksud.. sangat patut untuk setiap orang memiliki senaskah terjemahan supaya kita boleh baca selalu.

Ayat yang sangat menarik untuk hari ini yg menyebabkan saya rasa nak share ialah ayat ke 10. Pendek je ayatnye, and masa sekolah dulu hafal je ayat ni sebab ni ayat hafazan.. sape ingat lagi ayat ni? :)



"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."

Dalam hidup ni, kita ada banyak sangat urusan kan? Bagi yang sedang buat final year project ada report yang perlu disiapkan, bagi yg tengah apply kerja ada banyak form kena isi, kena pergi interview sana sini, bagi yang macam saya ni, kena pergi kelas tiap2 hari, bagi yang sedang bekerja, tiap2 pagi kena bangun awal, balik petang.. semua orang dengan urusan masing2.. Islam tak larang kita buat semua nii selagi tidak melanggar syariat dan batas2 yang Allah telah tetapkan, dan selagi tidak bercampur aduk antara perkara ma'ruf dan mungkar, Allah cakap "bertebaranlah kamu di muka bumi".. 

Tapi, dalam ayat yang sama jugak, Allah pesan kat kita " Ingatlah akan Allah banyak2 dalam segala keadaan" .. Reflek seketika.. Hari ni, kita busy2 dengan banyak2 urusan kita ingat Allah tak? bila kita nampak sesuatu yang menakjubkan kita sebut apa? omg? atau subhanallah? bila kita sedawa atau bersin, kita sebut alhamdulillah tak? bila kita rasa kita buat salah , kita sebut tak astaghfirullah? Masa kita tengah menung2, jalan pergi balik dari kelas, kita ingat tak..


Astaghfirullah, semoga Allah bimbing kita untuk menjadi yang lebih baik.. Dalam apa perkara yang 
kita lakukan, semoga kita menjadi lebih dekat dengan Allah..


okay.. setakat itu saja untuk kali nii.. ada tugasan yg perlu diselesaikan.



Salam untuk semua.. Seeru a'la barakatillah :) 

semoga Allah redha setiap perbuatan kita.. amiin


salam

Tuesday 5 March 2013

How do you define common sense?

Assalamualaikum wbt :)

Pagi tadi (waktu England), pukul 9 am, as usual, Tuesday morning mesti terbangung lambat, kelas pukul 9 am, bangun pukul 8.30 am.. but manage to arrive puctually :) magic kan? haha.. actually jalan kaki 5 minit je.. hehe

Tiap2 minggu boleh kata hampir separuh tak hadir ke kelas tu.. kenape? actually, module yang kitorang wajib ambil ialah."project management and Human resource management" .. how does it sound? it sounds so theoretical. isn't it? hehe.. memang quite boring pon kuliahnye sbb belajar theory.. what to do.. tapi, kalo layan perasaan ngantuk, semua kerja tak jadi kan? kita kena pupuk rasa bersyukur sebab Allah mengurniakan kita kemampuan, khudrat, cukup sifat untuk pergi ke kelas (menuntut ilmu).. ramai di luar sana nak menuntut ilmu, tapi Allah uji dengan macam2 ujian yang menyebabkan seseorang tu tak mampu nak keluar menuntut ilmu... for me, that is one way to show our gratefulness to Allah.. selain itu, kita yang disponsor oleh kerajaan hampir satu juta ringgit nii... ehem2.. tak rasa ke kita ni amanah rakyat? duit sape berjuta2 tu? duit BN? dah tentulah duit rakyat... kalo fikir dalam2.. err satu amanah tuuu... but, anyway, semua dah adult, people have their own way to do their responsibilities... but, bear in mind that kerajaan bayar around 14 000 pound per year for your tution fee ok! untuk ape 14 000 pound tu? untuk kita boleh pergi kelas la... (fikir2kan).. but still, people think in their own way.. banyak yang kata, err kelas tu boring gila kot, kalo belajar sendiri lagi berkesan,... anyway, you choose, you decide :)) so long as kita dapat berkhidmat sebagai seorang teknokrat selepas graduate kan? ke guane?


Back to the topic... ade satu ayat yang lecturer sebut tadi yang membuatkan aku rase tertarik :) ayat tu lebih kurang macam nii:

"when you and your teams have different ideas for something, dont say that your idea is common sense because common sense is different for different people"

i was like,.. Oooo.. rase macam ilmu baru pulak. sebab selama ni bila work in group byk jugak aku guna ayat macam ni .. "make sense rite?" or " it's common sense. " or " err..obviusly sounds sensible" .. hehe banyak sangat main dengan sense niii... jangan sampai awak sorang2 yang rasa benda tu make sense sudah la kan? haha...

so, point yang aku dapat hari nii ialah : common sense is different for different people. kadang2 kita rasa kita punya idea paling make sense, kita yakin idea kita lah yg betul, tapi tak semestinya.. so, pengajarannya di sini.. bila berlaku lain2 pendapat, kita cuba dulu dengar explanation daripada pendapat yag lain tuu..then, baru kita bagi feedback. sebab kadang2 bila, kita terbagi feedback sebelum sempat tuan punya badan express the actual idea behind the idea, secara tak sedar kita telah stop orang tu untuk explain further. mana tahu idea orang tu sebenarnya yang terbaik, walaupon it sounds horrible at first :) hhmm... something to ponder. lepas niii, kena cuba amalkan effective communication :)

happy to learn something :)

take care semua :) seeru a'la barakatillah, semoga Allah meredhai kita. Allahumma amiiin...


Monday 4 March 2013

Refleksi seketika untuk menjadi lebih baik

Bismillah..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.. Allah masih memanjangkan umur kita untuk terus menambah amalan kebaikan sebagai bekalan untuk kita di akhirat sana. Dunia ini hanyalah suatu perjalanan ke satu destinasi yang pasti iaitu akhirat. tak dinafikan, kita sebagai manusia memang selalu leka dengan keindahan dunia yang Allah cipta untuk kita. Nama pun manusia kan. Berasal dari perkataan arab yang bermaksud 'lupa'.. patut la Tun M sokmo kata 'melayu mudah lupa' ..mungkin dia perlu kata ' Manusia mudah lupa' .. hee. okay, back to the topic.. keindahan dunia ni Allah ciptakan sebagai ujian untuk hamba-hambanya. Benda ni memang boleh membuatkan kita lalai dan leka dengan mudah. 

Persoalan yang saya nak ajukan sekarang, ape yang membezakan kehidupan orang Islam dengan bukan Islam? Sudah tentu ramai akan menjawab solat 5 waktu yang obviously membezakan kita. Yes, betul .. Tapi tengok la orang Islam sekeliling kita? solat 5 waktu kah diorang? kalau orang sekeliling kita semua jaga solat. how about orang2 di kampung halaman kita? kenalan2 kita? Bila cakap pasal culas niii.. (abaikan solat, lengah2kan solat), saya personally akan relate masalah ni dengan didikan keluarga, didikan mak ayah. solat ni 5 kali je and tak lebih 10 minit pun satu waktu, tapi susah sangat manusia ni nak solat kan? lagi2 bila rebung sudah menjadi buluh. sebab tu pepatah mengatakan " melentur buluh biarlah dari rebungnya" .. masa sekolah rendah dulu ada tak belajar maksud pepatah ni? saya ada :) sampai sekarang saya ingat, dan saya selalu cuba relatekan pepatah ni dalam kehidupan. Lagi2 saya ni anak sulung, adik2 saya kecik2 lagi, walaupun saya duduk jauh beribu batu dari mereka, tapi saya tak lepaskan tanggungjawab saya sebagai seorang kakak macam tu je.. 

kadang2 kita lupa tanggungjawab kita ni kepada siapa? Allah, Rasul, mak, ayah, adik2, bagi saya yang sudah berkahwin, tanggungjawab seorang isteri dah masuk dalam list. Bagi orang lelaki? tanggungjawab korang kepada siapa? mak, isteri, anak perempuan, adik beradik perempuan. (4 golongan ni).. Manusia selalu leka. So, itulah gunanya kita bermuhasabah tiap2 malam sebelum tidur, fikir apa yang kita dah buat satu hari ni? apa manfaat kepada orang lain yang kita dah buat? kepada keluarga? kepada kawan2. suami, adik beradik. Apa amal jariah kita? duit gaji kita, elaun kita.. adakah kita gunakan untuk diri kita sahaja? (Tepuk dada tanya Iman).. tak cukup dengan muhasabah, kita juga mungkin perlu fikir, esok kita nak buat apa? hari esok lebih baik dari hari semalam. something yang mesti kita aim setiap hari. tak begitu? Allahu rabbi... yang menulis ni pun sangat2 lah tak perfect dan banyak flaw.. post ini ditulis khas untuk diri saya especially..jadinya, untuk jadi lebih baik, kenalah muhasabah diri sokmo2. 

Adapun orang yang melampaui batas,–Dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,–Maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).–Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya–Maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya). 
(An Naazi’at: 37-47)

sedar atau tak sedar, kita kena lah tahu yang hidup kita di dunia ni bukan untuk enjoy semata2. dunia ni terlampau indah sampai golongan muda especially, selalu kata "kita enjoy la dulu" "chill, hidup kene enjoy bro" .. enjoy2 jugakkan, tapi jangan sampai melebihi batas syariat, enjoy2 juga tetapi jangan sampai kita lalai dengan tanggungjawab yg kita sedang pikul, enjoy2 juga tapi jangan sampai kita lupa bahawa kehidupan akhirat yang kita perlu kejar lebih. bukan semata2 dunia yang sementara nii.. salah satu cara untuk atasi sikap lupa diri ini ialah dengan revise balik kenapa Allah cipta kita. kenapa? (jawab dalam hati) adakah untuk makan, pergi kelas, buat assignment, tido, main, jalan2 semata2? sudah pasti tidak.... so, ape tujuan kita diciptakan? there must be definite answers for this. sila cari. salah satu sebabnya ialah seperti yang tercatat dalam surah az-zariyat ayat 56;

“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku” 
(az-zariyat : 56)

sama2 lah kita mengambil ikhtibar daripada ayat2 al-Quran yang Allah telah turunkan special untuk kita sebagai panduan.. Allah is our engineer, Allah had provided a set of manual for us to refer in any single aspect of us! be grateful to Allah... alhamdulillah.....

"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” (Al Mu’minuun: 115)

Salam untuk semua :) semoga sedikit sebanyak memberi manfaat...Allahumma Amiin..
seeru a'la barakatillah...


Friday 1 March 2013

Homesick melanda lagi

Assalamualaikum wbt

sedar tak sedar.. dah masuk bulan March dah. Betapa pantasnya masa berlalu. Lepas march, dah masuk suku kedua 2013..Allah... kenapa masa dirasakan begitu pantas. pernah sekali tu, ingat baru 26 hb rupa-rupanya 27 hb dah. rasa tak terkejar bukan? salah satu tanda-tanda akhir zaman kan bila mana masa dirasakan begitu singkat. kadang-kadang risau jugak, cukupkah amalan kebaikan yang telah aku lakukan? selama hampir 23 tahun hidup, apa manfaat yg telah aku sumbangkan? terutamanya kepada kedua ibu bapa.. Rindu nya pada mak dan abah sekarang nii... macam mana la keadaan mereka sekarang. Rindu sangat nak bersua muka, nak salam cium tangan mak abah..Allahu Rabbi.... kadang- kadanga ku jeles dengan kak ngah sebab boleh balik ke pangkuan mak abah.. Tapi, Allah tak bagi aku sunyi kat UK ni.Allah anugerahkan aku seorang suami yang juga belajar di UK. Walaupun tak sama uni, tapi dengan adanya suami yang belajar sama negara dah lebih dari cukup untuk aku mengadu, untuk hilangkan homesick pada family.

walaupun aku dah berkahwin, tapi impian aku tetap sama, nak berbakti pada mak ngan abah. nak bahagiakan mak ngan abah, nak tengok mak ngan abah happy dan ceria selalu.. tu sudah cukup untuk membuatkan aku rasa tenang.. Aku harap mak ngan abah sentiasa merestui aku, doakan aku.. aku sangat rindu mereka sekarang, Hanya Allah yang faham hati hamba-hambaNya.

Tak lupa, sebagai seorang isteri, walaupun tak sebumbung dengan suami, tapi aku selalu pastikan yang suami aku redha dengan aku.. redha suami jugak membuatkan aku rasa tenang..walaupun lately Allah uji aku dengan macam2 jenis ujian..kadang-kadang ujian ni buat aku down, aku memang jenis yang senang down pun. tapi aku tak boleh mengalah. Allah uji setakat yang aku mampu ja. kena ingat tu..

Plan nak balik malaysia Mid July tak jadi sebab terlalu rindu family.. mak abah dan semua adik2 (6 orang adik) sayang sangat kat semua adik2 aku. walaupun kadang2 aku rasa cepat nye dorang ni membesar..ye lah. aku pun dah kahwin.. kah ngah pun dah masuk u, ashraf yang aku duk surung masa dia 7 bulan dulu dah 17 tahun sekarang. Halim yang dulu pendek daripada aku, dengar cerita sekarang dah lebih tinggi dari aku, dah form 1.. mesti dia dah matang sekarang. Mursyidah yang kuat nangis tu dah darjah 4. tak tahu la kalo dia kuat nangis lagi... Fawwaz syuhada dah darjah 2.. mesti lagi pandai dia cakap. Fawwaz ni jenis yg petah. the last adik, arif... dah lancar dah cakap.. last summer adik pelat k.. so, adik panggil aku 'cacak' in stead of 'kakak' ... aaa... rindunya kat semua !! jauhnya benua eropah niii kan .. takpe2.. menuntut ilmu punya pasal... inshaAllah segala aktiviti kat sini dikira ibadah dengan niat yang ikhlas kerana Allah....

I'm a big girl. tak boleh nangis. kena kuat. kan dah kahwin, kena la berdikari, jauh dengan family. hhmmm..padahal dalam hati nii. hanya Allah je yang tahu...

Semoga Allah redha dengan perjalanan hidup aku di UK nii.. semoga Allah permudahkan urusan pelajaranku..merantau jauh2 macam ni of course bukan untuk mengejar ijazah sahaja, malah banyak niat2 lain seiring dengan perjalanan ni.. Harapan mak abah untuk tengok aku jadi hamba Allah yang beriman dan manusia yang berguna kepada masyarakat dan of course seorang anak yg solehah, tidak lupakan jasa mak dan abah yang memang tak terbalas. Allah.. hampir 23 tahun dah umur aku nii.. tapi bila telefon mak, aku tak rasa pun umur aku ni 23, mak layan aku sama macam dulu, zaman aku kol dari asrama dulu... aku tahu mak sangat sayangkan aku, rindu aku... aku pun sayang sgt kat mak aku, abah jugakkk.. aku anak mak ngan abah.... dalam keadaan aku yang kurang sihat sekarang ni, aku rase nak terbang pulang ke pangkuan mereka, tapi aku tak mampu.... nak pergi umrah tahun ni pun tak mampu... hanya solat je lah yang menjadi talian hayat sekarang. sepenuh pergantungan kepada Allah......


enough for now....
salam..

maafkan salah silap saya. saya hanya seorang hamba yang hina.