About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Wednesday 24 April 2013

New favourite :D

[makanan kegemaran]

Saje nak update tentang makanan kegemaran abad ini.. hehe.. takde lah... actually, lately asyik makan benda ni je. kalau boleh hari-hari nak pergi makan sebab sedap. it's jacket potato... sedapp.. setakat ni belum bosan lagi...  


Audrey kata, jacket potato ni dah jadi pengganti pizza. dulu kalau boleh tiap-tiap hari nak makan pizza, kalau seminggu tak makan, rasa tak best. tapi sekarang, sejak 2 minggu perut buat hal tu, dah tak makan dah pizza.. sobs..

Last weekend,  kitorang pergi makan jacket potato lagi. bawa orang Bristol makan.. jacket potato + oreo milkshake = perfect combination! terbaikkk ahh... rasa nak pergi lagii.. tapi kene jalan around 15 minute which needs courage..

Lepas ni, nak belajar buat sendiri lah. macam senang je niii.. bake the potato je pun. cuma, potato tu nak cari mane ek? dapat buat sendiri mmg terbaikk niii.. tak payah jalan jauh and spend 3 pound which is quite expensive. Oreo milkshake lagi la senang nak buat! blend je milk + sugar +ice cream + oreo .. kene buat sendiri niii.. baru puas hatiii...macam mango lassi, dulu setiap kali rasa nak minum mango lassi kene meredah city + wicker street untuk makan kebabishhh.. sekarang, dah pandai buat sendiri. rasa sebijik sama, cuma tak tahu macam nana nak bagi betul-betul pekat... ni hasil mango lassi bancuh sendiri.. hehe.. lepas ni nak buat lagi lahhhh :D 



Tuesday 23 April 2013

Jam tangan untuk abah dan ap :)

Alhamdulillah..

Rasa happy sangat sebab dapat belikan 2 jam tangan yang sangat best niii untuk abah tersayang dan adik saye, ashraf :)) harga pun mesti la best kan ^^ hadiah special sempena birthday mereka.. birthday abah pada 12 April lepas, jam dah pun selamat sampai ke pulau pangkor & what made me happier is that my father like it! :)
jam tangan kulit FOSSIL untuk abah 

Jam Fossil ni saya beli di Swindon Designer Outlet, masa tu on the way to London, singgah jap, ingat nak window shopping je beli barang biasa-biasa je, tup-tup terjumpa jam yang sangat cantik ni, tengah sale pulak tuu.. memang rezeki abah, sebab abah memang nak jam kulit dan permukaan bulat besar :D memang kene sangat la .. haha


Yang terbaru, baru beli semalam, hadiah untuk ashraf pulak.. saya beli online :) nak sangat jam besi kan.. special ni, berhari-hari kakak cari kat internet nak beli yang terbaik untuk ap..

Harap ap happy dan jaga baik-baik jam niii.. special untuk ap supaya lepas ni, ap tak payah susah-susah fikir nak beli jam dah ok? hehe..

kat bawah ni jam ap.. kira hadiah hari jadi ke 17 lah nii k? hehe.. kejap je dah 17 tahun, how fast time flies...huuuuu... nak balikkkk...

ok lahh.. saje update gambar-gambar jam ni sebagai kenangan :)) so that hubungan keluarga sentiasa kukuh, taknak la bila masing-masing dah berkeluarga nanti, hubungan makin renggang. family is everything! semoga kita satu keluarga dapat sama-sama jumpa di syurga nanti .. amiinn...

Lepas ni, beli untuk kak ngah pulak. saje nak belanje, sebagai tanda ingatan :)) nak beli hadiah birthday ape untuk mak ek? (kak ngah tolong bagi idea)

jam tangan CASIO EDIFICE untuk ap :))

ok lahhh...assignment dah siap, masa untuk tidur sekarang :) esok kene bangun awal.. exam in 4 weeks time!

have to struggle!

salam.. :))



Monday 22 April 2013

Kek coklat saya:))

Teringin nak makan kek coklat.. ni lah hasilnya :) kek coklat kukus.. hehe..

 "pandai jugak aku buat kek :p" hehe.. perasan ! lepas ni nak try buat cheese cake pulak.. sebab kek coklat ni kalau buat, i makan sorang je la .. sobss.. sebab hubby tak suka kek coklat.

so, kene belajar buat kek lain :))

hehe.. next project, Cheese cake!





takde la sedap sangat pun.. tapi bolehhh laaa... amateur buat kek :))

See you again, hubby!

Sangat berbeza apabila suami ada di sisi dengan berjauhan dengan suami.. Dulu, sebelum kahwin semangat je nak pjj kononnya, boleh berjauhan dengan suami. Tapi Allah maha Mengetahui, Allah takdirkan suami dapat belajar di uk. Alhamdulillah...sesuatu yang tak pernah diduga sebelum ni :))

Alhamdulillah walaupun dapat jumpe 2 minggu sekali, itu pun dah terlebih cukup :) ketenangan dapat dekat dengan suami tu sangat indah :))

Alhamdulillah... ketenangan yang aku cari dulu, Allah makbulkan..

Thanks hubby for being the best hubby in the world! 

I love you so muchhhh...

see you again next two weeks! best sangat dapat jumpe hubby even less than two days! :))

Gonna miss you ..

Ukhwah...

Adakah kita berukhawah kerana Allah? kerana akhidah yang sama.. risau kalau selama ni berkawan bukan kerana Allah... 

Teringat ceramah seorang ustaz ni. beliau kata " kita ni kalau berukhwah kerana Allah, kita akan berukhwah dengan semua orang..kalau berukhwah kerana sesuatu yang lain, kita akan berukhwah dengan kelompok tertentu ja, orang lain kita tak ambil tahu..

sehingga pernah terfikir, zaman sekarang ni nak berukhwah fillah susah.. sebab manusia Islam berpecah-pecah kepada kelompok-kelompok yang sama kumpulan.. teringat dulu zaman sekolah rendah dan sekolah menengah, terasa ukhwah sangat manis :))

sekarang, boleh pulak sama-sama Islam, tapi..

Apa yang mampu kita buat, semua itu berlaku disebabkan sejarah pada masa dulu.. harap masing-masing sedarlah sejarah kelompok masing-masing... setiap kelompok mesti ada sejarah penubuhan. adakah tertubuhnya kelompok itu atas sebab tak puas hati. atau sebab nak tegakkan sesuatu. 

Berfikir sejenak.. rindu ukhwah di sekolah :) 

Apa-apa pun, sedarlah, keredhaan Allah yang kita cari..hormatilah orang sekeliling kita, suami, mak ayah, adik-beradik, sedara mara.. 

sokong dan dokonglah perjuang yang menegakkan syiar Islam di muka bumi. Itu sekurang-kurangnya menjadi sebahagian daripada amal kebajikan kita.. siapalah kita di dunia yang lebih kekal (akhirat) tanpa amal, tanpa redha yang Maha Esa..

Salam...

Friday 19 April 2013

Personality test yang sangat helpful !

Salam..
sape belum buat personality test lagi? buat la.. untuk lebih mengenali diri sendiri, ade 42 soalan pasal diri kita, then akan dpat result whether sanguine, choleric, phlegmatic or melancholic..  then, try cari description tentang characters ni.. setiap character ni ade kelebihan dan kelemahan masing-masing. link untuk test tu.. try la.. sangat berguna :))

http://www.gotoquiz.com/personality_plus_1



sapa rasa dia introvet? so, kat bawah ni description tentang introvet yang sangat best.. or sape yang extrovert? besenye orang extrovert ni banyak cakap and selalu jadi centre of attraction. introvert pulak jenis yang tak banyak cakap.. try la baca bawah ni, kalo kene dengan diri, maksudnya anda introvert. kalo tak kene, extrovert la tuuu.. banyak cakap. hehe

p/s: Copy from facebook :)

LETS CHECK IT OUT !

Myths Facts About Introverts :

Myth #1 – Introverts don’t like to talk.

This is not true. Introverts just don’t talk unless they have something to say. They hate small talk. Get an introvert talking about something they are interested in, and they won’t shut up for days.

Myth #2 – Introverts are shy.

Shyness has nothing to do with being an Introvert. Introverts are not necessarily afraid of people. What they need is a reason to interact. They don’t interact for the sake of interacting. If you want to talk to an Introvert, just start talking. Don’t worry about being polite.

Myth #3 – Introverts are rude.

Introverts often don’t see a reason for beating around the bush with social pleasantries. They want everyone to just be real and honest. Unfortunately, this is not acceptable in most settings, so Introverts can feel a lot of pressure to fit in, which they find exhausting.

Myth #4 – Introverts don’t like people.

On the contrary, Introverts intensely value the few friends they have. They can count their close friends on one hand. If you are lucky enough for an introvert to consider you a friend, you probably have a loyal ally for life. Once you have earned their respect as being a person of substance, you’re in.

Myth #5 – Introverts don’t like to go out in public.

Nonsense. Introverts just don’t like to go out in public FOR AS LONG. They also like to avoid the complications that are involved in public activities. They take in data and experiences very quickly, and as a result, don’t need to be there for long to “get it.” They’re ready to go home, recharge, and process it all. In fact, recharging is absolutely crucial for Introverts.

Myth #6 – Introverts always want to be alone.
Introverts are perfectly comfortable with their own thoughts. They think a lot. They daydream. They like to have problems to work on, puzzles to solve. But they can also get incredibly lonely if they don’t have anyone to share their discoveries with. They crave an authentic and sincere connection with ONE PERSON at a time.

Myth #7 – Introverts are weird.


Introverts are often individualists. They don’t follow the crowd. They’d prefer to be valued for their novel ways of living. They think for themselves and because of that, they often challenge the norm. They don’t make most decisions based on what is popular or trendy.

Myth #8 – Introverts are aloof nerds.

Introverts are people who primarily look inward, paying close attention to their thoughts and emotions. It’s not that they are incapable of paying attention to what is going on around them, it’s just that their inner world is much more stimulating and rewarding to them.

Myth #9 – Introverts don’t know how to relax and have fun.

Introverts typically relax at home or in nature, not in busy public places. Introverts are not thrill seekers and adrenaline junkies. If there is too much talking and noise going on, they shut down. Their brains are too sensitive to the neurotransmitter called Dopamine. Introverts and Extroverts have different dominant neuro-pathways. Just look it up.


SO, cane? anda introvert or extrovert. jangan lupa buat personality test tuuu... besenye yang banyak cakap masuk kategory sanguine, jenis yang suka kemas, suka jadi pendengar yang baik :melancholic,
jenis yang bossy and cepat buat decision : choleric and jenis yang tak banyak cakap :plegmatic. will try to find full description for this :)

Monday 15 April 2013

Sambungan : Siapa si pemberi bantuan itu?



Sebab tu la suami saya tak bagi berhujah dengan mereka atau berkomen di fb.. sebab memang takkan habis. apatah lagi jika yang berhujah itu ialah dua penyokong tegar yang menyokong dua parti berbeza.

tak tahu lah post yang sebelum ni berjaya ubah persepsi masyarakat atau tak yang segala bantuan kepada rakyat tu BUKAN duit bn. atau mereka masih berfikir, "tak kenang budi punya orang" atau "kasi tendang je orang tu" "penampar je orang tu" ... biasanya orang yang kalah debat je yang akan guna ayat-ayat macam ni.. kalau betul anda nak kata, yang terima bantuan ni patut sokong bn, buktikan dengan fakta! bukan dengan mengutuk, sinis bagai. :)) kata cool.

bila saya tulis semalam pasal hak rakyat untuk taat dan hak rakyat jugak untuk menentang. ada pula yang cakap

"yang menerima bantuan tu, kalo tak sokong tu boleh tahan lagi, ni siap menghentam si pemberi bantuan"

siapa si pemberi bantuan tu? siapa? kerajaan? bn? Allah?

 sebab selama ni aku mengaggap segala bantuan tu datang dari Allah. segala rasa syukur tu hanya pada Allah. Allah yang mendatangkan segala bentuk bantuan pada jalan yang kita tak sangka-sangaka. jangan terlampau semangat nak berhujah jangan lupa si Pemberi yang sebenar. kalau kita susah dan perlukan bantuan, kita mintak kat bn atau Allah? Tolonglah reflects balik, di mana kebergantungan kita kepada Allah..

ulang:

"yang menerima bantuan tu, kalo tak sokong tu boleh tahan lagi, ni siap menghentam si pemberi bantuan"

again, segala bantuan kepada rakyat tu datang dari poket sapa? kalau si penerima menghentam bn adakah bermaksud si penerima menghentam si pemberi? tolongla bezakan kerjaan dan bn. tak boleh bezakan ke? dulu, (bukan sekarang k, sebab dah bubar) bn diberi mandat untuk menjadi kerajaan, so sudah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan DI BUMI untuk mebantu rakyat-rakyatnya. kalau dia tak bantu, maksudnya kerajaan itu zalim. bila kerajaan dah bantu, adakah tak kenang budi kalau rakyat hentam pemimpin bn yang dia rasa tak adil? kalau korang rasa tak patut, korang tak payah buat pilihanraya. sebab apa?

sebab kalau la pakatan menang, pakatan jadi kerajaan, korang tak boleh hentam pakatan! sebab pakatan yang beri bantuan kepada korang. nak berprinsip biar consistent.

so macam mana? masih fikir yang beri bantuan tu bn? bn (yang dulu k) hanyalah memegang tampuk pemerintahan, dan rela memegang AMANAH yang sangat besar untuk membantu rakyat, memikul tanggungjawab sebagai kerajaan. sekarang bn bukan lagi kerajaan, sebab dah bubar dah pun.

so kalau rakyat hentam bn sekarang boleh tak? ke still tak patut? bn bukan kerajaan dah sekarang ni. segala duit-duit bantuan tu org yang pegang kerajaan uruskan. kalo pakatan pegang kerajaan lepas ni, segala bantuan yang pakatan bagi, tu semua duit rakyat. kalo korang rasa nak hentam, itu hak korang.

tapi kalo korang tak bagi yang menerima bantuan menghentam bn skrg, bila pakatan menang nnti korang jangan hentam pakatan. again, berpirnsip biar consistent.

haha. actually, nak berhujah dengan golongan ni sampai bila pun tak habis. sebab tu la suami saya tak bagi saya komen-komen di facebook. buang masa ja. korang still fikir korang betul kan? kan? hehe.. takpe lah.. korang undi tau yang korang fikir tak perlu tukar tu, takde sape boleh halang. :)) sku seriously dah malas dah nak berhujah, aku bukan tak dengar cerita dari kampung aku, hampir setiap hari kot aku telefon mak abah aku. :)))

segala kutukan dan cercaan kepada keluarga aku, aku harap korang datang mintak maaf dengan keluarga aku. dengan aku. ingat dosa mengutuk itu besar. kalau korang rasa korang hebat, doalah kat tuhan. pertolongan tu DARI ALLAH...

DOA LA PARTI KORANG MENANG. TAKDE SAPA NAK HALANG :) INGAT SI PEMBERI SEBENAR ITU ALLAH. KERAJAAN WAJIB MEMBANTU RAKYAT. TAPI BANTUAN TU DUIT RAKYAT JUGA.

DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT.

bukan dari BN kepada rakyat.

kalau fikir tak boleh hentam bn jugak, tak tahu ler.

kalau rase pemimpin bn cool, tak payah la risau. pembangkang tak kuat mana pun :))

p/s: saya menulis hanya untuk membertulkan tanggapan yang salah. itu sahaja, tiada niat untuk memburukkan sesiapa in specific. ingat, yg sedang belajar di luar negara dari kampung itu hanya SEORANG.

Pemikiran kebanyakan penyokong tegar yang 'obvious'

Tak faham kenapa masih ada lagi puak-puak yang menganggap segala pemberian kerajaan seperti handouts, BR1M, tajaan untuk belajar luar negara, biasiswa dan segala jenis bantuan itu ialah duit BN/UMNO. Sehingga berpendapat amatlah tidak patut bagi golongan yang dibantu oleh kerajaan ini menyokong pembangkan. Ingatkan sorang dua je, rupa-rupanya ramai yang berfikiran cetek. maaf cakap, anda belum habis berfikir. terlalu nak sokong kerajaan, patuh kepada pihak berkuasa sehingga memperbodohkan diri sendiri.

Jadi, selama ni mereka fikir, bantuan kerajaan tu datang dari duit poket umno/bn la ye? Tak kenang budi aka kufur nikmat la ye si penerima apabila menentang kerajaan? kite kene patuh pada pihak penguasa la no matter what? jadi, dalam PRU13 kita tak boleh tukar kerajaan la? kena sokong kerajaan? tak kenang jasa betul tak sokong kerajaan? Ooooo... kalau macam tu kenapa buat sistem demokrasi?? cuba jawab.

kalau tak bagi rakyat tukar kerajaan, kenapa kerajaan BeeEnd guna sistem demokrasi? baik korang je yang memerintah sampai juta-juta tahun pun. kalau wajib patuh dengan pihak penguasa sekarang, baik tak payah buat pilihanraya.

what's the point of having general elections if you thin the poeple who support the opposition party is regarded as not grateful citizen??

And why you guys think that, at the moment you guys have to be obedient to the rulers? siap ada yang guna dalil lagi nak mengatakan tak boleh menentang. (orang awam bila nak guna dalil macam tu lah.. dalil mesti diguna pakai apabaila berada dalam konteks yang betul)

Panas betul. siap ade orang kampung saya tulis : "yang ditaja oleh BN belajar diluar negara pun menentang" I terasa k. you are deliberately talking about me! who else from our kampung currently study in oversea..goshh.. 

i am totally pissed off with this party of people who think that all of the money that has been used by the government is belong to bn! it is belong to the citizen la..  itu bukan duit bn la awak, itu duit rakyat! duit cukai yang dikutip daripada rakayat, segala jenis cukai yang wujud dalam negara, segala hasil bumi, tu la pendapatan negara. awak ingat baik sangat ke bn nak guna diut poket depa. come on. baik depa bagi kat kaum kerabat depa. come on la. tak tahan dengan orang yang fikir macam ni.

sebab suami sy tak bagi gaduh-gaduh kat facebook. sebab tu saya meluahkan rasa tak senang hati di blog saya je..

tolong la berfikiran matang sikit. kalau korang masih lagi berpendirian tak boleh menentang penguasa, bila pakatang menang nanti, aku cabar korang jadi penyokong pakatan. nak sangat taat kepada pemimpin kan? pemimpin songlap duit rakyat taknak sebarkan, kejahatan dan kezaliman yang nyata, tapi rakyat tak sokong pemimpin dikata tidak patut. kalau rakyat ramai membangkang, adakah itu menunjukkan pemimpin itu bagus?

rakyat taat bersyarat dan rakyat juga menentang bersebab.

bukan menentang membuta tuli, menentang bersebab, tak tahannnnnnnn dah dengan bn. mak kat rumah siap pesan untuk doakan kemenangan PR ke peringkat pusat sebab tak tahan dah. yes, saya yang dok kat uk ni pon tak tahan dah! kalo yang baca ni masih tahan, terpulang lah. tiada paksaan. hak masing-masing untuk memilih sape tapi please la fikir dulu. pilih dengan ilmu bukan nafsu.

p/s: saya tulis ni bukan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak (yang terasa), tetapi dengan niat hendak membetulkan persepsi yang salah, yang sedang menular , sehingga pihak yang tidak bersalah dijaja satu kampung sebagai tidak menganang jasa. sila mintak maaf dengan orang yang telah kamu kutuk itu sebab dosa dengan manusia, kena mintak maaf dengan manusia itu. harap sedar besarnya dosa mengutuk orang.

sekian.

Friday 12 April 2013

Birthday abah.. terima kasih abah.......

Hari ni 12 April 2013 ialah ulang tahun yang ke-50.. birthday seseorang yang telah membesarkan aku, yang jaga aku sejak aku bayi sampailah sekarang.. Allah... sangat sayang pada abah tak terkira. Walaupun aku banyak kali dimarahi oleh abah sejak aku kecik, tapi tu semua aku anggap sebagai suatu kenangan manis aku dengan abah. aku tak kisah dengan semua tu. tu semua proses tarbiyah, menjadi tanggungjawab seorang bapa untuk mendidik anak-anaknya apatah lagi anak perempuan yang susah untuk dijaga. semua tu aku anggap sebagai tanda kasih sayang seorang ayah kepada anaknya..


amat tak bergunalah aku hidup di dunia ni andai aku tak kenang betapa besarnya pengorbanan seorang ayah. Sampai sekrang abah masih lagi menanggung anak-anak yang masih belajar. aku bukan lagi berada di bawah tanggungnan abah. aku di bawah tanggungjawab faiz sekarang, suami aku. dari zaman aku masuk sekolah, sampai lah sekarang, abah masih lagi bertungkus lumus mencari rezeki demi menanggung anak-anak sekolah.

abah aku tak macam typical ayah orang lain di pangkor. abah aku sangat mementingkan pendidikan. abah aku berusaha bersungguh untuk masukkan kami ke asrama. sejak zaman aku, sampai la adik2 aku yang sekarang. kami adik-beradik hanya bersekolah di pangkor untuk sekolah rendah sahaja. bila masuk tingkatan satu je, kami semua dah ada mindset yang kami akan berjauhan dengan parents, akan berdikari di asrama. kenape pangkor takde sekolah menengah ke? ade. tapi kebanyakan pelajar-pelajar di sana kurang bersemangat untuk berjaya dalam pelajaran, kurang persaingan yang sihat untuk menjadi lebih berjaya, prestasi pelajaran pelajar-pelajarnya kurang memuaskan.

saya tak kata semua, masih ada segelintir yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, tapi tu golongan yang betul-betul bersemangat untuk belajar, saya kira. mungkin akan ada yang cakap, belajar mana-mana pun okay asalkan semangat tu ada. yes, semangat salah satu faktor. tapi berdasarkan pengalaman saya, persekitaran juga sangat berperanan penting. disebabkan tiadanya suasana itu, maka semua adik-beradik tidak dihantar ke sekolah itu.


cerita kak ngah:

Dulu, kak ngah tak dapat tawaran asrama.. kak ngah terpaksa bersekolah di situ. Tapi, abah tetap tak putus asa, bila kak ngah dah tingkatan 3 (kalau tak silap) abah sendiri pergi ke SMK Batu 10, Lekir untuk membuat rayuan untuk masukkan kak ngah, masa tu result kak ngah tidaklah hebat mana untuk dimasukkan ke asrama, tapi abah merayu jugak sebab kak ngah banyak kali cakap kat abah yang kak ngah nak belajar di asrama, nak berjaya macam kawan-kawan yang duduk asrama. bila anak-anak semangat nak belajar, abah jadi lebih semangat, sanggup buat rayuan demi nak tengok anak berjaya. akhirnya, dapat jugak kak ngah masuk asrama :) sangat happy time tu. sekarang kak ngah sedang menuntut di Uitm Arau, Perlis. Kegigihan kak ngah dalam menuntut ilmu sangat aku kagumi. kegigihan abah untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anaknya jugak aku kagumi. abah memang the best. susah nak jumpa ayah macam ni kat pangkor.

setakat ni anak-anak abah semua berjaya, sehingga ada pihak-pihak yang kurang baik hatinya jeles dengan pencapaian anak-anak abah..orang yang jeles tu sebab hati dia bermasalah, sepatutnya dia tumpang gembira la.. (sigh)..

Cerita adik-adik lelaki:

setakat ni paling aku lagum sekali dengan pencapaian ashraf yang dinobatkan sebagai atlet terbaik negeri perak pada tahun 2011. tak sangka dalam ramai-ramai atlet kat perak, adik aku yang terbaik? kagum dengan pencapaian dia. sekarang ni halim pulak ikut jejak langkah abangnya, baru masuk sekolah dah wakil negeri Perak ke peringkat kebangsaan di Kelantan bulan lepas. hebat adik-adik aku ni.. aku dulu peringkat daerah dah kalah. haha.. lembik.. hebat kat peringkat sekolah je. tak macam adik-adik aku.
Ashraf (first time aku jumpe atlet minat kaler pink.haha)

Cerita halim lagi kelakar, result upsr tak keluar lagi, dah dapat tawaran asrama. sebab dia dah wakil negeri perak sejak sekolah rendah lagi, so cikgu-ciku sekolah menengah aim dia. haha.. kat sekolah, halim kata ramai sangat budak-budak perempuan kirim salam kat dia.. hehe.. standard la, atlets memang akan dikenali.. ashraf pulak, satu sekolah kenal, sampai ade someone ni cakap "asal perhimpunan je ashraf naik pentas amek hadiah, tiap-tiap kali perhimpunan nama dia naik" haha... mana tak famous..

apa-apa pun, aku hanya harapkan yang terbaik untuk semua adik-adik aku di dunia dan akhirat. kasih sayang mak ngan abah jangan sesekali kita lupakan walau berjaya macam mana pun kita. kita sangat-sangat beruntung sebab mak ngan abah banyak support kita, mak ngan abah sangat sayangkan kita semua. so, kita semua kena jadi anak yang baik, anak yang menggembirkan mak ngan abah, anak-anak yang mendoakan mereka setiap masa :))
raya 2011 (2 tahun yang lalu) p/s: masa ni rushing nak pergi solat hari raya, maka
gambar jadi macam ni..main duduk je


Allah... rindunya pada mak ngan abah....

Semoga mereka di bawah jagaan Mu Allah....
aku terlalu sayangkan mereka....
susah untuk aku ungkapkan...

jasa mereka tak terbalas Ya Allah..
Panjangkan umur mereka..
Tempatkan mereka di syura Mu , Ya Allah.. amiiin..

sekian untuk hari ni...


Wednesday 10 April 2013

Western lunch for today!

After long time have been eating rice and all the asian foods, today I changed my mood.. Enough sacrificing.. hehe.. no laa.. actually my stomach caused me a problem last few weeks. My doctor said that there is a problem called "acid indigestion" happens in my stomach that I always feel so painful after eating. Some other doctors said that it is heartburn, gastric, ... 

But, both my mums said that it is due to 'excessive' gas in the stomach. my aunty also said so. 3 people said about the same thing! My mother-in-law even said that it is due to the habit of drinking isotonic drinks. how come ma knows that? thats my bad habit. anyway, I admit it. my pepsi stocks have been in the fridge since months ago. has to stop that bad habit, but last night "i terminum juga.. siap buat float lagi tuuu.. naughty.." .. can't help. 

Need to really care about my health. but, the point now is i believed with what mak, ma and aunty said. Now, it is proven that all the pain is due to excessive gas in the body.. i'm no longer meeting my doctor because my doctor is now my hubby :)) He has helped me a lot. such a wonderful hubby!

My hubby is my doctor!  off topic.


This is the food that I ate just now for lunch. It is lasagna! so nyummyyyy and cheesyyyy. haha.. fat tummy now. :)) and down here is the dessert, some caramel ice-cream dessert.. nyum2


The best thing about this EFES restaurant is that the price is relatively cheaper compare to others. seriously. and the foods are not bad especially this lasagna. it cost only around £4 :) no need to bake myself anymore. hehe. sweet escape.

okay. will write again later :)
salam.

Birthday Wish for DIDI



Happy birthday to You
Happy birthday to You
Happy birthday to DIDI 
Happy birthday to You...



Semoga dengan bertambahnya usia, bertambah juga amalan kebaikan sebagai bekalan di akhirat sana :)

& Semoga:

~dirahmati oleh Allah
~panjang umur
~murah rezeki
~cepat bertemu jodoh ^^
~happy sokmo
~jadi anak yang solehah
~jadi pelajar cemerlang (berkat pakai sweater "Oxford University" haha)
~jadi isteri solehah ..hehe cepat la (*_*)

& semoga menjadi engineer yang bermanfaat kepada masyarakat ^_^

May Allah bless you and guide you in everything you do! Love you fillah ...

p/s: jangan jadi budak nakal lagi. umur dah 22. dah boleh jadi isteri orang. hehe (padahal yang pesan ni pun 2x5 )




Brought to  you by : 
Mrs _Faizz
(^_^)

Beruntungnya kita ...

Salam.. 

Mood yang kurang okay di pagi hari telah bertukar sebab telah berjaya menyiapkan satu assignment dengan jayanya sebentar tadi. Online quiz je pun tapi still beriya-riya study sebab nak dapat markah yang terbaik. Alhamdulillah dapat markah yang tersangat lah memuaskan hati. *happy girl* haha... perasan girl, tak sedar dah jadi isteri orang ^^

Scroll2 facebook tadi terjumpa la gambar ni. Menarik kata-kata Tuan Guru Presiden. Alangkah beruntungnya kita dilahirkan sebagai manusia dan sebagai yang beragama Islam. Lagi beruntung apabila kita dibesarkan dalam suasana Islam. Mak ayah ajar solat sejak kecil, ajar tutup aurat sejak kecil. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, tiap-tiap kali pergi shopping dengan abah, nak beli baju je mesti abah pilihkan yang besar-besar. Ada satu baju tu beli masa darjah 4, tapi masa form 2 baru pakai sebab terlalu besar.. hehe kelakar pulak bila fikir balik. So, bila beli baju sendiri mesti terfikir abah suka ke tak ek baju ni? sampai ke tahap tu. Alhamdulillah atas didikan itu. Mak abah dah didik dah supaya ada nilai Islam dalam diri, kalau leka jugak, tu semua pilihan sendiri. Mintak dijauhkan dari kelekaan itu. Astaghfirullah.

Again, harus ada rasa bersyukur kerana dijadikan dalam keadaan yang sempurna, cukup sifat. Dikurniakan akal yang waras, yang mampu membezakan yang baik dan yang buruk. Semua itu nikmat yang tak terhitung nilainya. Apatah lagi, lahir-lahir ja dah beragama Islam sebab dilahirkan dalam keluarga Islam kan. Tapi bersyukur itu datang dengan satu amanah yang berat iaitu amanah Islam. Bukan suka-suka hati boleh buat apa sahaja yang kita suka seperti mereka yang tidak berakhidah. Takut-takut kita menjadi fitnah kepada Agama kita. Nauzubillah.

Harus ada rasa bersyukur sebab setiap amalan kebaikan kita yang ikhlas ada pahalanya, saham untuk kita di akhirat kelak. Kadang-kadang kesian kepada kawan-kawan yang bukan beragama Islam tetapi mempunyai nila-nilai Islam, mereka tak dapat pahala macam kita. Kalau mereka Islam, barangkali pahala mereka lebih banyak daripada kita. Teringat kepada seorang guru semasa di kolej, beliau bukan Islam, tapi beliau sentiasa tersenyum. sangat murah dengan senyuman, sampai tahap aku cakap dalam hati "kalau cikgu aku ni Islam, mesti banyak pahala dia"....

Maka, marilah kita bersyukur kerana dikurniakan nikmat yang sangat besar iatu nikmat Islam. Bukan bersyukur sahaja, tetapi terus  berusaha untuk menjada hamba Allah yang lebih baik hari ke hari. InshaAllah. semua inginkan pengakhiran yang baik. Semoga husnul Khotimah menjadi milik kita. amiin...

Tuesday 9 April 2013

What is your motivation to wake up early to class? Self-reliance?

Salam..

Hari Selasa yang tak berapa nak indah. hehe. Seperti biasa, hari Selasa kena bangun awal sebab kelas pukul 9 pagi. Susahnye la awak nak bangun awal kan? dah pukul 8.30 pagi still baring atas katil dan siap boleh fikir lagi "aku ni nak pergi kelas ke tak ni" "kalau aku sambung tidur, pukul brape aku nak bangun? next class pukul 2pm".. 

Memikirkan diri aku yang pelukan pushing factor setiap kali untuk bangun pagi (eg: kelas) dan juga memikirkan ilmu-ilmu yang bakal disampaikan oleh lecturer pada pagi ni (walaupun kelas tersebut agak bosan), aku gagahkan diri untuk bangun.. this is called 'motivation to wake up'. Motivation datang dari diri sendiri. orang lain hanya boleh pesan pada kita, nasihat kita, tapi kita yang buat keputusan. Pagi-pagi lagi dah dilema kan. Boleh pulak dilema padahal malam tadi "aku kene tido awal ni, esok nak bangun awal" :)

Self-reliance is the key component to survive, especially in the competitive  educated, talented society where we have to be at the same level as them. Sometimes, we do rely on people to do many things especially in study, doing assignments, figuring out things, problem solving. Being too dependent on people is somehow limit our thinking skill, survival skill, and being in the state where we are less confident with ourselves! Plus, we might end up with not utilising our ability to think, ability to solve this and that by our own. Actually, today, in the morning lecture, I just realise that I am not being self-reliance. 

Like in the photo above says:

"sometimes you have to move on without certain people. If they are meant to be in your life, they'll catch up "


We couldn't expect the same person to be in the same path with us all the time. Different people is meant to do different things. It just that sometimes, there is a coincident where we find someone who always share the same thought and path with us BUT eventually we might end up in different path. At that point, we need to have a fixed stand to decide on something based on our belief!

But still, sometimes, we as human do need people to be around with us, by our side. Yes, we are human, we are not perfect to do everything on our own. what's the use of living in a society if we not cooperate? hehe.. but sometimes, in some particular matter, we might not be able to have people around to help us, at this point again we need to be self-reliance ^_^ 

Self-reliance somehow sounds like a back up skill in ourselves. :) well, it depends on how people interpret it and also the situations which affect the needs of it.

Getting ready for the next class. A quite boring class also, but again motivation is required here. grab the knowledge no matter how boring it is! you need a teacher to learn all this. If not, what's the point of your sponsor paying such big amount of money on your tuition fee?? You, educated people, think. :) 

bak kata mak saya "otak kene selalu jalan" means "in everything you do, you must always think"

okay. 

Selamat menuntut ilmu, selamat bekerja, selamat berkempen. 
PRU 13 is around the corner.
kempen!

Salam..

Doa termakbul?

Salam..

Gembira apabila doa dimakbulkan oleh Allah?

Rasa gembira sebab doa dan pergantungan yang tak berbelah bagi kepada Allah dirasakan termakbul. Keadaan di mana kita meminta sesuatu urusan penting itu dipermudahkan oleh Allah dalam setiap sujud terakhir, doa, solat hajat dan Allah telah permudahkannya. Pernah tak rasa gembira yang nak keluar air mata tu? :) tu la yang aku rasa sekarang.. setiap kali ada khabar gembira, perasaan gembira tu bukan macam excited gila tapi rasa gembira dan terharu sebab khabar itu sentiasa dinanti-nanti. Alhamdulillah... segala puji hanya untuk mu Allah, Tuhan sekalian alam..


Sukar untuk ungkapkan kegembiraan, apatah lagi bukan semua kegembiraan itu bersifat kekal. kadang-kadang kita excited terlebih sehingga lupa untuk bersyukur kepada Allah. Kadang kala kita sangat gembira dan kita lupa roda kehidupan kita terus berputar dan kita akan diuji lagi. Ujian itu tanda Allah sayangkan kita. Bila kita ingat tu, kita mudah untuk redha dengan ujian yang menimpa kita.

Tahun 2013 ialah tahun yang 'heavy'. terasa tahun ni sangatlah lain macam ujian yang diterima. satu bentuk ujian yang tak pernah dengar lagu berlaku kepada kawan-kawan aku. Tapi, hidup mesti positif. berat mana pun ujian, sedih mana pun hati walaupun mulut sedang ketawa, ketaatan kepada Allah perlu dikekalkan, urusan lain perlu diteruskan, usaha dan doa juga mesti berterusan. Allah uji hamba-hambanya sesuai dengan kemampuan. Allah tak uji di luar kemampuan kita. Jadi, walaupun kita sedih, perlu yakin bahawa suatu hari nanti, hikmah yang kita nanti-nanti akan muncul. Kita mesti yakin akan adanya hikmah dalam setiap sesuatu yang berlaku ke atas diri kita. Setiap yang Allah takdirkan ialah yang terbaik untuk kita. siapa kita untuk tentukan yang terbaik untuk diri kita, Allah lebih mengetahui, Allah maha mengetahui akan segala sesuatu. Yes and still, kita perlu merancang. kita merancang, Allah juga merancang, tetapi? Tetapi Allah lah sebaik-baik perancang :) sounds familiar kan? semak Quran.. 

Suatu situasi yang pernah berlaku:

Situasi di mana kita sedang diuji oleh Allah, dah la tengah sedih, emosi pon kurang stabil, terdengar pulak suatu kata-kata buruk dari orang sekeliling yang menjaja kesalahan yang kita tak buat pun. Pernah lalui tak situasi ni. Situasi yang agak kompleks. Bergantung kepada masyarakat jenis macam mana yang berada di sekeliling kita. Rasa lebih sakit bukan?

Kadang-kadang masa kita susah la kita boleh tahu siapa yang benar-benar prihatin/ ambil berat tentang kita. Masa tu la kita tahu sapa yang ada empathy dan siapa yang kurang. Masa susah jugak kita boleh tahu siapa orang yang first datang hulurkan bantuan kepada kita. Masa susah di mana kita suka bila ada orang yang datang dan bagi kata-kata semangat ataupun telefon untuk bercakap dengan kita. Tapi, masa tu kita tahu siapa yang tak 'bother' untuk bagi semangat pada kita. Apa-apapun tindakan mereka yang kita harapkan, kita kena rasa tetap gembira selagi kita yakin Allah bersama kita. Allah bersama orang yang bersabar.. again, sound so familiar. Everything is said in the Quran.


Pergantungan kepada Allah itu indah.

Pergantungan kepada manusia bakal mengecewakan kita. Pergantungan kepada Allah sentiasa memberi makna kepada kehidupan kita. a'la kulli hal, always say Alhamdulillah.

-secebis pandangan berdasarkan pengalaman-

Monday 8 April 2013

Easter break is over !


salam to all :)

easter break 2013 *cuti sudah habis*

The most waited easter break has ended. Today, on Sunday, I feel so gloomy as I have to leave my hubby. I always say to him that I don’t want to go back to Sheffield. I feel so so happy, contented, peaceful, etc. staying with him. This is the most unwanted moment where I had to pack all my stuff and go away. But what can I do. This is my life. My time with hubby is so limited. Anyway, Alhamdulillah for all this. I should be the most grateful one as I have the most wonderful hubby of mine :D

The first week of easter break has been spent in Sheffield where I was planning to study before having fun in Bristol. But ended up very lazy, staying in the room, online online and don’t bother to touch book. Then, on Friday 22/3 I wen to Bristol. It was snowing so heavily in Sheffield on that day. My mood was so mixed by the snow weather and the feeling of lazy to leave room. In two weeks, we didn’t plan anything. Every trip that we went was ad-hoc. Went to visit the Stonehenge turned out to be a funny trip. Haha.. still wonder why we so eager to see the very old stones.

Then during the weekend, we went to London for two nights. This was a very awesome trip! Thanks hubby for your precious time with me.. and then staying at home, and now time to go back to my real life.


Sheffield, here I come with a heavy-hearted. sobs..