About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Friday 3 February 2017

Kenali sifat penyembuh dan khasiat gamat

Assalamualaikum...

Post kali ni kita nak cerita tentang sifat gamat yang menyembuhkan pelbagai penyakit dan khasiat-khasiat gamat untuk tubuh badan yang lebih sihat. Contoh gambar gamat emas yang terdapat di sekitar pulau pangkor seperti di bawah.

gamat hidup dan gamat yang telah direbus. Gamat emas pulau pangkor

Gamat sangat sensitif kepada pencemaran dan akan bertindak membunuh diri jika disentuh manusia. Yang anehnya, ia mampu hidup walaupun badannya dipotong-potong dan akan bercantum semula setelah dicampak ke laut. Ataupun gamat yang dipotong dua, campakkan ke laut akan menjadi dua ekor gamat. Kalau dipotong empat, campakkan ke laut akan menjadi empat ekor dan begitulah seterusnya.

Gamat mempunyai nilai terapeutik (keupayaan menyembuh / merawat) yang baik. Oleh itu, potensi untuk dikomersialkan dalam bidang perawatan moden dan kosmetik, khasnya sangat luas.
Berdasarkan kajian saintifik dan maklumbalas pesakit, gamat ternyata mampu menyembuhkan luka dalaman (seperti penyakit gastrik) dan luka luaran dengar kadar yang cepat, mengurangkan rasa sakit, mengawal simptom asma, meningkatkan kecepatan jantung berfungsi, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar metabolisme sel-sel badan yang secaara tidak langsung meningkatkan penambahan dan bekalan tenaga, mengurangkan paras kolesterol dan glukosa. Selain itu, kajian juga menunjukkan ia dapat meningkatkan daya pertahanan badan dan mengurangkan penyakit alahan.

Kajian yang dijalankan oleh Professor Dr.Ridzwan Hashim dan rakan-rakan penyelidik universiti islam Antarabangsa menunjukkan Gamat adalah kaya dengan protein,asid-asid amino,vitamin, dan mineral.

Gamat juga mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asik mukopolisakarida. Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepada pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA)

Kolagen

  • Merencatkan proses penuaan, mengurangkan pembentukan kedutan kulit
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka
  • Meningkatkan sistem imunisasi Kondroitin & Glukosamin
  • Melegakan sakit akibat osteoarthiritis
  • Meransang pembentukan dan pemulihan tulang rawan
  • Membantu pertumbuhan tulang dan gigi


Omega-3

  • Merendahkan kolestrol dalam darah
  • Melindungi arteri
  • Mengurankan risiko mendapat penyakit jantung
  • Memperbaiki kesihatan mental
  • Mineral-mineral


Kalsium

  • Membentuk tulang dan gigi
  • Memantau sistem peredaran darah
  • Meregulasikan denyutan jantung

Zat Besi

  • Penting dalam pengangkutan oksigen dan metabolisme
  • Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.


Iodin


  • Perlu bagi sistem tiroid untuk berfungsi dengan normal


Selenium


  • Sebagai antioksidan
  • Mempertahankan sel-sel badan daripada radikal-radikal bebas
  • Mengelakkan kerosakkan sel


Vanadium


  • Mengurangkan penghasilan kolestrol
  • Terlibat dalam proses katekotamin dan metabolisme lipid serta dalam pembentukan sel-sel darah merah

Kronium


  • Menambahkan bilangan reseptor insulin pada membran sel dan menggalakkan pelekatan insulin pada sel-sel
  • Merendahkan paras gula dalam darah
  • Memperbaiki masalah diabetes melitus (kencing manis)


Kebaikan lain


  • Meningkatkan sistem imun
  • Merencat pertumbuhan sel-sel kanser
  • Menggalakan pertumbuhan sel

Sumber: Healwell Pharmaceutical


Kepada yang berminat untuk membeli ibu gamat emas (gamaat kering) dari pulau pangkor, boleh hubungi saya di talian 0139754266, boleh whatsapp, SMS atau call.

Pos laju setiap hari.

gamat kering yang saya jual