About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Tuesday 9 April 2013

Doa termakbul?

Salam..

Gembira apabila doa dimakbulkan oleh Allah?

Rasa gembira sebab doa dan pergantungan yang tak berbelah bagi kepada Allah dirasakan termakbul. Keadaan di mana kita meminta sesuatu urusan penting itu dipermudahkan oleh Allah dalam setiap sujud terakhir, doa, solat hajat dan Allah telah permudahkannya. Pernah tak rasa gembira yang nak keluar air mata tu? :) tu la yang aku rasa sekarang.. setiap kali ada khabar gembira, perasaan gembira tu bukan macam excited gila tapi rasa gembira dan terharu sebab khabar itu sentiasa dinanti-nanti. Alhamdulillah... segala puji hanya untuk mu Allah, Tuhan sekalian alam..


Sukar untuk ungkapkan kegembiraan, apatah lagi bukan semua kegembiraan itu bersifat kekal. kadang-kadang kita excited terlebih sehingga lupa untuk bersyukur kepada Allah. Kadang kala kita sangat gembira dan kita lupa roda kehidupan kita terus berputar dan kita akan diuji lagi. Ujian itu tanda Allah sayangkan kita. Bila kita ingat tu, kita mudah untuk redha dengan ujian yang menimpa kita.

Tahun 2013 ialah tahun yang 'heavy'. terasa tahun ni sangatlah lain macam ujian yang diterima. satu bentuk ujian yang tak pernah dengar lagu berlaku kepada kawan-kawan aku. Tapi, hidup mesti positif. berat mana pun ujian, sedih mana pun hati walaupun mulut sedang ketawa, ketaatan kepada Allah perlu dikekalkan, urusan lain perlu diteruskan, usaha dan doa juga mesti berterusan. Allah uji hamba-hambanya sesuai dengan kemampuan. Allah tak uji di luar kemampuan kita. Jadi, walaupun kita sedih, perlu yakin bahawa suatu hari nanti, hikmah yang kita nanti-nanti akan muncul. Kita mesti yakin akan adanya hikmah dalam setiap sesuatu yang berlaku ke atas diri kita. Setiap yang Allah takdirkan ialah yang terbaik untuk kita. siapa kita untuk tentukan yang terbaik untuk diri kita, Allah lebih mengetahui, Allah maha mengetahui akan segala sesuatu. Yes and still, kita perlu merancang. kita merancang, Allah juga merancang, tetapi? Tetapi Allah lah sebaik-baik perancang :) sounds familiar kan? semak Quran.. 

Suatu situasi yang pernah berlaku:

Situasi di mana kita sedang diuji oleh Allah, dah la tengah sedih, emosi pon kurang stabil, terdengar pulak suatu kata-kata buruk dari orang sekeliling yang menjaja kesalahan yang kita tak buat pun. Pernah lalui tak situasi ni. Situasi yang agak kompleks. Bergantung kepada masyarakat jenis macam mana yang berada di sekeliling kita. Rasa lebih sakit bukan?

Kadang-kadang masa kita susah la kita boleh tahu siapa yang benar-benar prihatin/ ambil berat tentang kita. Masa tu la kita tahu sapa yang ada empathy dan siapa yang kurang. Masa susah jugak kita boleh tahu siapa orang yang first datang hulurkan bantuan kepada kita. Masa susah di mana kita suka bila ada orang yang datang dan bagi kata-kata semangat ataupun telefon untuk bercakap dengan kita. Tapi, masa tu kita tahu siapa yang tak 'bother' untuk bagi semangat pada kita. Apa-apapun tindakan mereka yang kita harapkan, kita kena rasa tetap gembira selagi kita yakin Allah bersama kita. Allah bersama orang yang bersabar.. again, sound so familiar. Everything is said in the Quran.


Pergantungan kepada Allah itu indah.

Pergantungan kepada manusia bakal mengecewakan kita. Pergantungan kepada Allah sentiasa memberi makna kepada kehidupan kita. a'la kulli hal, always say Alhamdulillah.

-secebis pandangan berdasarkan pengalaman-

2 comments:

  1. zahhhh.. situasi apakah iniii?

    ReplyDelete
  2. ahhh diii... situasi ni takde sape kawan kite tahu.. sukar untuk diungkapkan.. :) *heavy*

    ReplyDelete