About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Monday, 22 April 2013

Ukhwah...

Adakah kita berukhawah kerana Allah? kerana akhidah yang sama.. risau kalau selama ni berkawan bukan kerana Allah... 

Teringat ceramah seorang ustaz ni. beliau kata " kita ni kalau berukhwah kerana Allah, kita akan berukhwah dengan semua orang..kalau berukhwah kerana sesuatu yang lain, kita akan berukhwah dengan kelompok tertentu ja, orang lain kita tak ambil tahu..

sehingga pernah terfikir, zaman sekarang ni nak berukhwah fillah susah.. sebab manusia Islam berpecah-pecah kepada kelompok-kelompok yang sama kumpulan.. teringat dulu zaman sekolah rendah dan sekolah menengah, terasa ukhwah sangat manis :))

sekarang, boleh pulak sama-sama Islam, tapi..

Apa yang mampu kita buat, semua itu berlaku disebabkan sejarah pada masa dulu.. harap masing-masing sedarlah sejarah kelompok masing-masing... setiap kelompok mesti ada sejarah penubuhan. adakah tertubuhnya kelompok itu atas sebab tak puas hati. atau sebab nak tegakkan sesuatu. 

Berfikir sejenak.. rindu ukhwah di sekolah :) 

Apa-apa pun, sedarlah, keredhaan Allah yang kita cari..hormatilah orang sekeliling kita, suami, mak ayah, adik-beradik, sedara mara.. 

sokong dan dokonglah perjuang yang menegakkan syiar Islam di muka bumi. Itu sekurang-kurangnya menjadi sebahagian daripada amal kebajikan kita.. siapalah kita di dunia yang lebih kekal (akhirat) tanpa amal, tanpa redha yang Maha Esa..

Salam...

No comments:

Post a Comment