Mood yang kurang okay di pagi hari telah bertukar sebab telah berjaya menyiapkan satu assignment dengan jayanya sebentar tadi. Online quiz je pun tapi still beriya-riya study sebab nak dapat markah yang terbaik. Alhamdulillah dapat markah yang tersangat lah memuaskan hati. *happy girl* haha... perasan girl, tak sedar dah jadi isteri orang ^^
Scroll2 facebook tadi terjumpa la gambar ni. Menarik kata-kata Tuan Guru Presiden. Alangkah beruntungnya kita dilahirkan sebagai manusia dan sebagai yang beragama Islam. Lagi beruntung apabila kita dibesarkan dalam suasana Islam. Mak ayah ajar solat sejak kecil, ajar tutup aurat sejak kecil. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, tiap-tiap kali pergi shopping dengan abah, nak beli baju je mesti abah pilihkan yang besar-besar. Ada satu baju tu beli masa darjah 4, tapi masa form 2 baru pakai sebab terlalu besar.. hehe kelakar pulak bila fikir balik. So, bila beli baju sendiri mesti terfikir abah suka ke tak ek baju ni? sampai ke tahap tu. Alhamdulillah atas didikan itu. Mak abah dah didik dah supaya ada nilai Islam dalam diri, kalau leka jugak, tu semua pilihan sendiri. Mintak dijauhkan dari kelekaan itu. Astaghfirullah.
Again, harus ada rasa bersyukur kerana dijadikan dalam keadaan yang sempurna, cukup sifat. Dikurniakan akal yang waras, yang mampu membezakan yang baik dan yang buruk. Semua itu nikmat yang tak terhitung nilainya. Apatah lagi, lahir-lahir ja dah beragama Islam sebab dilahirkan dalam keluarga Islam kan. Tapi bersyukur itu datang dengan satu amanah yang berat iaitu amanah Islam. Bukan suka-suka hati boleh buat apa sahaja yang kita suka seperti mereka yang tidak berakhidah. Takut-takut kita menjadi fitnah kepada Agama kita. Nauzubillah.
Harus ada rasa bersyukur sebab setiap amalan kebaikan kita yang ikhlas ada pahalanya, saham untuk kita di akhirat kelak. Kadang-kadang kesian kepada kawan-kawan yang bukan beragama Islam tetapi mempunyai nila-nilai Islam, mereka tak dapat pahala macam kita. Kalau mereka Islam, barangkali pahala mereka lebih banyak daripada kita. Teringat kepada seorang guru semasa di kolej, beliau bukan Islam, tapi beliau sentiasa tersenyum. sangat murah dengan senyuman, sampai tahap aku cakap dalam hati "kalau cikgu aku ni Islam, mesti banyak pahala dia"....
Maka, marilah kita bersyukur kerana dikurniakan nikmat yang sangat besar iatu nikmat Islam. Bukan bersyukur sahaja, tetapi terus berusaha untuk menjada hamba Allah yang lebih baik hari ke hari. InshaAllah. semua inginkan pengakhiran yang baik. Semoga husnul Khotimah menjadi milik kita. amiin...
No comments:
Post a Comment