Sebab tu la suami saya tak bagi berhujah dengan mereka atau berkomen di fb.. sebab memang takkan habis. apatah lagi jika yang berhujah itu ialah dua penyokong tegar yang menyokong dua parti berbeza.
tak tahu lah post yang sebelum ni berjaya ubah persepsi masyarakat atau tak yang segala bantuan kepada rakyat tu BUKAN duit bn. atau mereka masih berfikir, "tak kenang budi punya orang" atau "kasi tendang je orang tu" "penampar je orang tu" ... biasanya orang yang kalah debat je yang akan guna ayat-ayat macam ni.. kalau betul anda nak kata, yang terima bantuan ni patut sokong bn, buktikan dengan fakta! bukan dengan mengutuk, sinis bagai. :)) kata cool.
bila saya tulis semalam pasal hak rakyat untuk taat dan hak rakyat jugak untuk menentang. ada pula yang cakap
"yang menerima bantuan tu, kalo tak sokong tu boleh tahan lagi, ni siap menghentam si pemberi bantuan"
siapa si pemberi bantuan tu? siapa? kerajaan? bn? Allah?
sebab selama ni aku mengaggap segala bantuan tu datang dari Allah. segala rasa syukur tu hanya pada Allah. Allah yang mendatangkan segala bentuk bantuan pada jalan yang kita tak sangka-sangaka. jangan terlampau semangat nak berhujah jangan lupa si Pemberi yang sebenar. kalau kita susah dan perlukan bantuan, kita mintak kat bn atau Allah? Tolonglah reflects balik, di mana kebergantungan kita kepada Allah..
ulang:
"yang menerima bantuan tu, kalo tak sokong tu boleh tahan lagi, ni siap menghentam si pemberi bantuan"
again, segala bantuan kepada rakyat tu datang dari poket sapa? kalau si penerima menghentam bn adakah bermaksud si penerima menghentam si pemberi? tolongla bezakan kerjaan dan bn. tak boleh bezakan ke? dulu, (bukan sekarang k, sebab dah bubar) bn diberi mandat untuk menjadi kerajaan, so sudah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan DI BUMI untuk mebantu rakyat-rakyatnya. kalau dia tak bantu, maksudnya kerajaan itu zalim. bila kerajaan dah bantu, adakah tak kenang budi kalau rakyat hentam pemimpin bn yang dia rasa tak adil? kalau korang rasa tak patut, korang tak payah buat pilihanraya. sebab apa?
sebab kalau la pakatan menang, pakatan jadi kerajaan, korang tak boleh hentam pakatan! sebab pakatan yang beri bantuan kepada korang. nak berprinsip biar consistent.
so macam mana? masih fikir yang beri bantuan tu bn? bn (yang dulu k) hanyalah memegang tampuk pemerintahan, dan rela memegang AMANAH yang sangat besar untuk membantu rakyat, memikul tanggungjawab sebagai kerajaan. sekarang bn bukan lagi kerajaan, sebab dah bubar dah pun.
so kalau rakyat hentam bn sekarang boleh tak? ke still tak patut? bn bukan kerajaan dah sekarang ni. segala duit-duit bantuan tu org yang pegang kerajaan uruskan. kalo pakatan pegang kerajaan lepas ni, segala bantuan yang pakatan bagi, tu semua duit rakyat. kalo korang rasa nak hentam, itu hak korang.
tapi kalo korang tak bagi yang menerima bantuan menghentam bn skrg, bila pakatan menang nnti korang jangan hentam pakatan. again, berpirnsip biar consistent.
haha. actually, nak berhujah dengan golongan ni sampai bila pun tak habis. sebab tu la suami saya tak bagi saya komen-komen di facebook. buang masa ja. korang still fikir korang betul kan? kan? hehe.. takpe lah.. korang undi tau yang korang fikir tak perlu tukar tu, takde sape boleh halang. :)) sku seriously dah malas dah nak berhujah, aku bukan tak dengar cerita dari kampung aku, hampir setiap hari kot aku telefon mak abah aku. :)))
segala kutukan dan cercaan kepada keluarga aku, aku harap korang datang mintak maaf dengan keluarga aku. dengan aku. ingat dosa mengutuk itu besar. kalau korang rasa korang hebat, doalah kat tuhan. pertolongan tu DARI ALLAH...
DOA LA PARTI KORANG MENANG. TAKDE SAPA NAK HALANG :) INGAT SI PEMBERI SEBENAR ITU ALLAH. KERAJAAN WAJIB MEMBANTU RAKYAT. TAPI BANTUAN TU DUIT RAKYAT JUGA.
DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT.
bukan dari BN kepada rakyat.
kalau fikir tak boleh hentam bn jugak, tak tahu ler.
kalau rase pemimpin bn cool, tak payah la risau. pembangkang tak kuat mana pun :))
p/s: saya menulis hanya untuk membertulkan tanggapan yang salah. itu sahaja, tiada niat untuk memburukkan sesiapa in specific. ingat, yg sedang belajar di luar negara dari kampung itu hanya SEORANG.
No comments:
Post a Comment