amat tak bergunalah aku hidup di dunia ni andai aku tak kenang betapa besarnya pengorbanan seorang ayah. Sampai sekrang abah masih lagi menanggung anak-anak yang masih belajar. aku bukan lagi berada di bawah tanggungnan abah. aku di bawah tanggungjawab faiz sekarang, suami aku. dari zaman aku masuk sekolah, sampai lah sekarang, abah masih lagi bertungkus lumus mencari rezeki demi menanggung anak-anak sekolah.
abah aku tak macam typical ayah orang lain di pangkor. abah aku sangat mementingkan pendidikan. abah aku berusaha bersungguh untuk masukkan kami ke asrama. sejak zaman aku, sampai la adik2 aku yang sekarang. kami adik-beradik hanya bersekolah di pangkor untuk sekolah rendah sahaja. bila masuk tingkatan satu je, kami semua dah ada mindset yang kami akan berjauhan dengan parents, akan berdikari di asrama. kenape pangkor takde sekolah menengah ke? ade. tapi kebanyakan pelajar-pelajar di sana kurang bersemangat untuk berjaya dalam pelajaran, kurang persaingan yang sihat untuk menjadi lebih berjaya, prestasi pelajaran pelajar-pelajarnya kurang memuaskan.
saya tak kata semua, masih ada segelintir yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, tapi tu golongan yang betul-betul bersemangat untuk belajar, saya kira. mungkin akan ada yang cakap, belajar mana-mana pun okay asalkan semangat tu ada. yes, semangat salah satu faktor. tapi berdasarkan pengalaman saya, persekitaran juga sangat berperanan penting. disebabkan tiadanya suasana itu, maka semua adik-beradik tidak dihantar ke sekolah itu.
cerita kak ngah:
Dulu, kak ngah tak dapat tawaran asrama.. kak ngah terpaksa bersekolah di situ. Tapi, abah tetap tak putus asa, bila kak ngah dah tingkatan 3 (kalau tak silap) abah sendiri pergi ke SMK Batu 10, Lekir untuk membuat rayuan untuk masukkan kak ngah, masa tu result kak ngah tidaklah hebat mana untuk dimasukkan ke asrama, tapi abah merayu jugak sebab kak ngah banyak kali cakap kat abah yang kak ngah nak belajar di asrama, nak berjaya macam kawan-kawan yang duduk asrama. bila anak-anak semangat nak belajar, abah jadi lebih semangat, sanggup buat rayuan demi nak tengok anak berjaya. akhirnya, dapat jugak kak ngah masuk asrama :) sangat happy time tu. sekarang kak ngah sedang menuntut di Uitm Arau, Perlis. Kegigihan kak ngah dalam menuntut ilmu sangat aku kagumi. kegigihan abah untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anaknya jugak aku kagumi. abah memang the best. susah nak jumpa ayah macam ni kat pangkor.
setakat ni anak-anak abah semua berjaya, sehingga ada pihak-pihak yang kurang baik hatinya jeles dengan pencapaian anak-anak abah..orang yang jeles tu sebab hati dia bermasalah, sepatutnya dia tumpang gembira la.. (sigh)..
Cerita adik-adik lelaki:
setakat ni paling aku lagum sekali dengan pencapaian ashraf yang dinobatkan sebagai atlet terbaik negeri perak pada tahun 2011. tak sangka dalam ramai-ramai atlet kat perak, adik aku yang terbaik? kagum dengan pencapaian dia. sekarang ni halim pulak ikut jejak langkah abangnya, baru masuk sekolah dah wakil negeri Perak ke peringkat kebangsaan di Kelantan bulan lepas. hebat adik-adik aku ni.. aku dulu peringkat daerah dah kalah. haha.. lembik.. hebat kat peringkat sekolah je. tak macam adik-adik aku.
Ashraf (first time aku jumpe atlet minat kaler pink.haha) |
Cerita halim lagi kelakar, result upsr tak keluar lagi, dah dapat tawaran asrama. sebab dia dah wakil negeri perak sejak sekolah rendah lagi, so cikgu-ciku sekolah menengah aim dia. haha.. kat sekolah, halim kata ramai sangat budak-budak perempuan kirim salam kat dia.. hehe.. standard la, atlets memang akan dikenali.. ashraf pulak, satu sekolah kenal, sampai ade someone ni cakap "asal perhimpunan je ashraf naik pentas amek hadiah, tiap-tiap kali perhimpunan nama dia naik" haha... mana tak famous..
apa-apa pun, aku hanya harapkan yang terbaik untuk semua adik-adik aku di dunia dan akhirat. kasih sayang mak ngan abah jangan sesekali kita lupakan walau berjaya macam mana pun kita. kita sangat-sangat beruntung sebab mak ngan abah banyak support kita, mak ngan abah sangat sayangkan kita semua. so, kita semua kena jadi anak yang baik, anak yang menggembirkan mak ngan abah, anak-anak yang mendoakan mereka setiap masa :))
raya 2011 (2 tahun yang lalu) p/s: masa ni rushing nak pergi solat hari raya, maka gambar jadi macam ni..main duduk je |
Allah... rindunya pada mak ngan abah....
Semoga mereka di bawah jagaan Mu Allah....
aku terlalu sayangkan mereka....
susah untuk aku ungkapkan...
jasa mereka tak terbalas Ya Allah..
Panjangkan umur mereka..
Tempatkan mereka di syura Mu , Ya Allah.. amiiin..
sekian untuk hari ni...
No comments:
Post a Comment