About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Sunday, 6 October 2013

Sikap dalam berdakwah

Dipetik (read: paraphrase) dari ucapan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ijtima' Tarbawi 3.0)

Dalam berdakwah, ada akhlak-akhlak tertentu yang kita mesti jaga. Pendekatan yang digunakan mestilah menyebabkan mad'u lebih mendekati Islam, bukanlah semakin jauh dengan Islam.. Jangan mudah menghukum seseorang dengan melihat atau mendengar sesuatu kerana ilmu kita cetek. 
antara yang disyaratkan oleh nabi yang menunujukkan kenal seseorang ialah apabila:

1) kita pernah bermusafir dengan dia 
2) kita solat dengan dia
3) kita makan bersama dia

setiap manusia makan dengan cara yang berbeza. ada yang makan yang paling sedap last sekali... ade yang letak semua lauk, makan sekali gus semua...bila kita bermusafir bersama-sama, kita dapat kenal akhlaknya...adakah dia menjaga solatnya.. pointnye ialah jangan teralu mudah untuk menghukum..hanya Allah yang tahu isi hati hambyaNya..back tp the story, pendakwah bukanlah penghukum. apabila kita menghukum, kita mungkin mennyebabkan seseorang putus harapan.. manusia sangat memerlukan harapan kerana harapan ialah suatu bentuk berita gembira terutamanya bagi mereka yang berbuat dosa..dia akan berharap yang Allah akan mengampunkan dosanya..

Nabi menyarankan kita untuk mendekati masyarakat dengan cara yang pelbagai dan menggunakan approach yang baik. sebagai contoh, manusia suka apabila diberi penghargaan. maka berilah penghargaan kepada seseorang selagi tidak bercanggah dengan syarak. selain itu, wabassyiru, bahagiakan dia.. manusia suka akan perkara yang membahagiakan.. manusia beramal di dunia kerana mengharapkan sesuatu yang bahagia di sana, iaitu syurga.. 

Dalam dunia sekarang, setiap manusia mempunyai pendapat yang tersendiri dan setiap orang menulis pendapatnya di media-media sosial. Pelbagai fitnah disebarkan dengan lajunya. banyak cabaran yang dihadapi bila nak buat baik. maka sangat perlu untuk kita mempunyai amalan peribadi untuk menguatkan kita, untuk menjadikan kita seorang yang berjiwa besar. Antara amalan harian yang disarankan ialah al-Mathurat, ayat kursi, etc.. jadilah orang yang berjiwa besar kerana orang yang berjiwa besar takkan buang masa untuk memikirkan perkara yang remeh temeh, yang merugikan. kita akan fikir tentang perkara penting sejajar dengan fikh aulawiyat..sebagai hamba Allah, hidup di dunia yang singkat, kita mesti pandai mengatur masa kita, pandai membahagikan fokus kita kepada perkara yang perlu... sebagaimana yang difirmankan di dalam Al-Quran:

"Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran"

Mintalah pertolongan dari Allah SWT.. wastai'nu bissobri wassolah.. sabar itu nombor satu, sungguh-sunggu kita perlu sabar... kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menjadi istiqamah dalam perjuangan kita.. Janganlah mudah berkecil hati apabila kita diuji, apabila kita ada masalah dengan orang sekeliling kita dan akhirnya hilang.. kita ialah sebahagian kecil daripada mata rantai dakwah, maka istiqamahlah dengan perjuangan...

Islam itu rahmatan lilalamin... rahmat ke atas seisi alam.. maka janganlah rasa takut untuk membawa imej Islam di atas dunia ini..

Semoga kita berjaya memberatkan timbangan amalan kebajikan..
semoga kita berjaya menjadi hamba yang diredhai dan dirahmati olehNya..

p/s: semoga bermanfaa...
Salam..

No comments:

Post a Comment