About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Wednesday, 2 October 2013

Kereta Pertama Saya ^_^

Tahun 2013 hanya berbaki 3 bulan je lagi... dan inshaAllah 3 bulan je tinggal untuk save money to get my first car. perasaan? emm.. belum excited lagi.. rasanya memang ade masalah takde perasaan sejak zaman sekolah lagi.haha.. takpe lah.. nanti kereta tu dah ade depan mata baru la nak excited terlebih kan. agak-agak berani ke tak nak drive kat uk ni. hubby dah ade kereta yang dia beli time summer, then nak beli kereta satu lagi, takkan kedua-dua kereta hubby nak jaga. cehhhh.. mula la berangan nak letak kereta depan 5 Filey kan. *berangan je la* bawa kereta pun laju sikit je dari kura-kura. :p

Semalam jalan balik dari kedai Yafai tu ternampak sebiji kereta BMW, 3 series agaknye depan rumah budak-budak lelaki, perghhh... dalam hati "sape yang dah beli kereta niii..." lagi bersemangat rasa nak beli kereta. yang tak boleh bla nye, bila sampai right in front of the car, boleh pulak aku berhenti jalan untuk usya plate kereta dia, kalau la tuan dia nampak, buat malu je usya kereta orang macam tu.. haha.. takdela, actually from plate kereta tu kita boleh tahu kereta tu keluaran tahun berapa :) so, aku dah tahu la.. hehe.. curious terlebih sikit bila nampak kereta BMW ni.. masalah betul, sejak sekolah lagi dah bermimpi nak beli satu... bila usya2 harga, dalam hati kata memang tak lerrr... mahenyerrr... tapi, rezeki Allah tu datang dengan jalan yang tak di sangka-sangka, siapa sangka izz yang dulu belajar kat unikL, tiba-tiba dapat tawaran belajar uk... plus, izz semangat pulak nak realisasikan impian aku ^_^ thanks izz! you're the best husband! 

p/s :bukan cakap you're the best sebab kereta je tau, abg memang the best pun.. mane nak cari suami macam abg.. sobss.. i wish you were here with me. next week, i nak jumpe you k!

back to the story, actually after beli kereta nanti kitorang kene struggle sikit la untuk bayar cukai nak bawa masuk kereta tu ke malaysia.. maklum lah,  46% rakyat malaysia memilih untuk bayar cukai-cukai yang mahal tu kan, maka kita pun terpaksa la jadi mangsa keadaan. kene bayar la kan cukai yang sama mahal dengan kereta tu :)))) kadang-kadang tak faham dengan mentaliti yang tak suka perubahan ni, to be honest, aku teringin sangat nak tengok tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan bertukar. sejak merdeka sek sek tu je yang berkuasa, dari anak ke ayah, ke menantu, dsb.. bosan la, lagi-lagi sejak harga minyak naik 20 sen ni kan, aku rasa terpukul betul. boleh pulak rakyat rasa terpukul dengan kerajaan sendiri, sepatutnya rakyat rasa sejahtera dengan kerajaan, aku seolah-olah rasa "haaa..amekk kau, ni lah hadiah kemenangan kami dalam pru, wakaka" .. sampai ke situ aku terfikir... aiseyyy.. my big concern is, bila harga minyak naik, confirm la harga barang lain semua naik! tapi, kerajaan heran ke semua tu! entah.

back to the story again, apa kita boleh buat, kumpul la RM 40 000 untuk bayar cukai kereta! padan muka *_* berleter pun bukan boleh ubah ape-ape, mereka nak kaut duit rakyat :)) unless, aku guna cable! untunglaaa rakyat uk, kereta murah-murah.. hubby beli kereta harga 500 pound je. hahahaha. dengan kurang tol nye, jalan balik bristol guna highway 3 jam, takde jumpe sebiji tol pun :) terbaik!

okay, setakat tu je coretan tentang kisah seorang yang nak beli kereta ^^

 

No comments:

Post a Comment