semangat je kan semalam aim nak sambung buat design project kat rumah hubby niii.. end up dah pukul 5 petang, masih lagi tak start.. semalam baru je nak pegang journal and paper work untuk dibaca, hubby ambil letak balik kat atas meja.. ajak movie night :) haha.. so layan je laa.. sebb saye yg suruh hubby download siap2 cerita tuu...
"istanbul aku datang".. tajuk movie yang kitorang tengok semalam.. best2... sebagai penonton, sy berpuas hati dengan plot cerita tuu.. cuma ade dialog2 yang sy rase kurang best untuk didengar.. kene revised patutnye dialog2 gituuu... tapi plot cerita memang tak membosankan dan ending pon as expected... :))
so, pengajaran yang boleh dapat dari movie tuu:
::: sape2 je boleh kene tipu...always be aware of people around us.. masa bercinta tu jangan terlampaun percaya sangat 100%.. and jangan letakkan harapan yg sangat besar kepada benda2 yang tak pasti nii.. lain lah macam saye sekarang nii.. dah kahwin. so, kene percayakan suami, hormat kata suami... inshaAllah.. i trust my husband..
::: bercinta lama2 ni pon satu hal jugak kan.. sebab tu aku buat pilihan untuk kahwin awal sebab memang betul la ape yang aku dok kaji selama nii.. bercinta lepas kahwin memang lebihhhhhhh muchhh more indahh.. i couldnt describe how exactly it is. Tapi ketenangan yang Allah bagi selepas kahwin memang sangat2 meaningful .. so, kawan2 di luar sana tuu..bila rasa dah jatuh cinta dengan someone tu, cepat2 la sediakan diri anda untuk melangkah ke alam seterusnya..inshaAllah, banyak sangat ganjaran selepas berkahwin niiii.. imagine, kite masak untuk suami, cium tangan suami, berjemaah dengan suami, movie night dengan suamii.. semua tu kalau dilakukan dengan ikhlas, semua tu pahala... even bancuh air nescafe untuk suami pon satu pahala kan?
Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud:
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”
fikir2 kan lahhh... and lagi satu, kalau rase belom bersedia lagi tuu, kurang2 kan lah contact tuuu... saya nasihat ni pon based on pengalaman sebelum niii.. saye pon bercinta jugak.. memang tak boleh nak elak.. mula2 saya ingat nak kawan je dgn suami saye niii dulu, tiba2 terjatuh hati.. masa saya sedar sy ade perasaan pada dia tuu, masa tu dia dah hampir 7 bulan tunggu jawapan saye. saya ni jenis lambat sikit nak tahu perasaan sebenar ..jenis yang agak feelingless sikit.. ehh tiba2 out of topic.
::: memang banyak pengajaran yang boleh diambil dari movie tuuu aindai kita berfikir :) alam percintaan sememangnya indah, tetapi lebih indah jika ianya sah di sisi agama.. percintaan yang membawa ke syurga Allah.. semua org yang beragama impikan syurga.. syurga bukan untuk golongan2 yang hanya hidup di dunia untuk bersuka-ria... syurga untuk hambanya yang mencari... nasihat untuk diri dan rakan2...
akhir sekali, nak share sebuah hadis yang selalu saya jumpa dulu masa saya dok kaji2 pasal nak kahwin awal nii :)) banyak lagi hadis2 dan ayat quran yang menyokong perkahwinan :) sememangnya perkahwinan itu sunnah rasulullah.. membawa banyakkkk kebaikan untuk kita, sebagai hamba.
Salam..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”
No comments:
Post a Comment