Alhamdulillah..Allah mengurniakan kita kesihatan yang baik untuk hari ni..sihat itu satu nikmat yang kadang-kadang kita lupa untuk berterima kasih.. always say Alhmadulillah... :)
hari ni terasa nak makan nasi lemak. so, saya pon ajak hubby masak sama2 kat dapur.. so sweet kan my hubby tu. kalo i masak mesti dia join.. tolong2.. tadi dia tolong goreng ayam.. haha.. sy tak buli dia, dia yang nak tolong.. hehe..
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."
aaahh.. part yang paling stress nyer is sambal tu taknak hilang pedassss.. stress jugak la i kat dapur hari nii memikirkan guane nak buat dgn sambal tuu.. mula la nak salahkan hubby sebab tak bitau sambal tu jenis yang super hot.. ishh teruk la i niii.. sape suruh main masak je kann... hahaha.. mula la riso .. nasi dah masak, ayam dah goreng, tapi sambal tu still atas dapur.. pedas dia memang lain macam! dah la yang tukang masak ni tak tahan pedas, sendiri masak nanti sendiri yang tak boleh makan!
so, untuk menenangkan diri kejap.. saye pon masuk bilik kejap, tinggal sambal tu and search online.. semangat searachh.. maklum la "amateur" nak masak nasi lemak.. so, banyak la suggestion yg saya jumpe.. antaranya options yang boleh dicuba:
- tambah gula
- garam
- air asam jawa
- hirisan bawang
- goreng ikan bilis, then bland them
- letak kentang
- buang minyak yang ade dalam sambal tu
- tambahkan air
ni la rupa sambal tu.. menakutkan. |
happy la boleh masak hari2 macam nii.. kalo kat rumah shepil, masak seminggu sekali je sebab ade turn masak.. sini, hubby ade.. so terlebih rajin pulak nak masak untuk dia.. walaupon sy mmg takde bakat dalam masak2 nii.. sobs..
sepatutnye sekarang ni masa untuk type report.. kalo hubby tau i update blog ni, habis i! ^^
okay lahh... nak share something untuk hari niii.. untuk kaum adam di luar sana:
"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)
untuk kaum hawa:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
sounds easy rite? tapii... tak semudah ituuu... lets strive to be the best one!!
see you again!
salam..
No comments:
Post a Comment