About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Saturday, 21 September 2013

Bila perlu bersyukur

Assalamualaikum..

alhamdulillah, saya sedang berada di Doha Airport sekarang, menanti flight ke Manchester Airport. Perasaan sekarang, tak sabar sangat nak jumpa dengan izz. bestnye sampai airport nanti ade seseorang tunggu.. transit lama sangat kali ni, so tak tau dah nak buat ape.. nak baca buku pun macam tak masuk je sebab keletihan.. nak tengok movie pun takde mood.. hanya bermotivasi untuk duduk saja je sekarang ni..

flashback cuti summer:

cuti summer kali ni mengajar aku banyak benda baru. antara yang paling terkesan sampai sekarang ialah cara untuk menjadi hamba yang bersyukur. kadang-kadang kita rasa kita ni dah cukup bersyukur dah, kita nasihat orang, kita motivate orang yang sedang sedih supaya bersyukur, tapi ada satu detik tu, aku rasa perasaan bersyukur yang sebenar..perasaan bersyukur tu datang semasa aku pergi ke hospital ipoh untuk selesaikan suatu urusan, aku ternampak beberapa orang pesakit yang kurang dari segi fizikalnya. masa tu.. aku rasa aku ni tak layak nak merungut lebih-lebih kalau tuhan bagi aku susah sikit sebab ramai lagi yang lebih susah daripada aku..perasaan bersyukur tu datang dengan lebih dalam apabila adik aku cerita kat aku, dia ternampak seorang ayah ni, anak sorang, ade isteri...datang ke hospital dalam keadaan tiada kedua-dua belah tangan...di hanya mampu duduk dan tengok sahaja apa yang berlaku di sekeliling dia. adik aku cerita lagi, anaknye terjatuh atas lantai, tapi si ayah hanya mampu melihat, tidak mampu untuk mengangkat anaknya tu...Allah...sebak rasa hati bila adik aku cerita kisah seorang ayah tu...aku pun mula fikir macam-macam, aku cakap jat adik aku, rupanya tangan dengan kaki, tangan lebih penting relatively kan? sebab kalau takde kedua-dua kaki masih lagi boleh bergerak naik kereta roda dan tangan masih lagi boleh buat macam-macam kerja... tapi bila takde kedua-dua tangan, apa je yang dia boleh buat.... tiba-tiba aku terfikir pulak kisah seseorang yang aku baca di internet... kisah seorang kanak-kanak yang dilahirkan tanpa kedua tangan. tapi ibumya melatihnya untuk berdikari sejak kecil dengan membuat semua aktiviti menggunakan kedua kaki yang ada. dan dalam kisah yang aku baca tu, anaknya berjaya menjadi seorang pilot, pilot yang hanya menggunakan kedua kaki.. so, nak menunjukkan tanpa kedua-dua tangan pun masih boleh bekerja. tapi idea ni di'counter' oleh adik aku, menurutnya, kalau sejak bayi dalam keadaan begitu, memangla dia akan jadi expert buat semua benda guna kaki, tapi kalau dah biasa guna tangan tiba-tiba tangan takde macam mana? perlukan high mental strength dan high motivation tu...

begitulah kisah perbincangan antara aku dgn adik aku..pengajaran yang nak dibawa di sini ialah, walau macam mana pun keadaan kita sekarang, jom la jadi hamba yang bersyukur, bersangka baik dengan Allah dan jangan putus doa kepada Allah.. kekuatan utama kita ialah Allah.. kadang-kadang, memang berat kita nak terima sesuatu, tapi kita perlu terus cuba dan cuba walaupun kadang-kadang kita rasa apa yang berlaku ni macam mimpi.

Hidup ni tak selalunya indah... bila kita dah gembira sakan selama 20 tahun, mungkin Allah nak tarik kegembiraan tu seketika... mungkin Allah nak balasnya dengan syurga untuk kita...

bersyukurlah.. Allah menguji hamba-hambaNya yang terpilih. ujian tanda Sayang Allah pada kita.




No comments:

Post a Comment