About Me

My photo
Sheffield, England, United Kingdom
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Wednesday, 11 September 2013

kenangan makan durian gemuk..

alkisah pada 7 september 2013, kami pergi melawat adik di asrama. then, kami pergi ambil buah durian yang agak banyak di rumah kawan kakngah di lekir. disebabkan teringin sangat nak makan durian, aku jadi excited nak makan durian tu kan..haha.. dalam kereta pun jadi makan, pelik tengok adik aku, Halim makan 2 ulas je, aku pun tanya:
"2 je lim? " 
"tak mau dah. menyenyeh"

aku pun pelik la.. hai.. takkan halim yang suka buah makan sikit je..

aku pun usya la buah yang sudah dikupas, ade dalam bekas. ade 7 ulas. terkejut tengok ulas-ulas durian tu yang sangat besar. "gemuknya isi durian ni. "dengan nada terkejut. aku pun cuba makan, patutla halim makan sikit je, durian ni terlampau tebal isinya, makan sikit dah rasa tak nak makan.

alkisah di rumah pulak, lepas maghrib kitorang satu keluarga duduk ramai-ramai nak makan durian. ade 6 biji semuanya. biasanya 6 biji tu boleh habis dalam masa kurang 15 minit. dan semua akan berebut-rebut nak makan.haha.... tapi kali ni, sekali ambil seulas, makan masa hampir 5 minit nak habiskan. haha... semua makan slow je sebab isi durian terlampau tebal.. haha.. end up, kitorang hanya mampu makan 2 biji setengah je. semua orang surrender... haha. durian tu sangat sedap tapi isi nya besar sangat2, lagi besar dari buah epal. 

tak sempat nak ambil gambar durian tu. ade yang dalam bekas je.. 
esoknya, durian tu ade baki 3 ulas, aku nampak ashraf buka peti sejuk nak makan, aku pun cakap..
"ap, ambil la dua, kak nak satu je"
dengan lajunya ap jawab "takmau!"
kami yang dengar ap jawab macam tu tergelak sebab for the first time 'hantu durian' tolak pelawaan .. hahaha.. 

tu je coretan tentang durian yang gemuk.
tahun depan nak makan lagi la durian ni ^^

No comments:

Post a Comment