Kepada yang menanggung ujian Allah, mungkin balasan bagi ujian ini syurga. Terlihat satu kisah di mana seseorang yang sedang diuji oleh Allah itu dahulunya sedikit liat untuk solat awal dan agak culas untuk membaca al-Quran, tetapi sejak menerima ujian, dia menjadi hamba Allah yang sangat taat, solat awal waktu setiap hari, subuh pun senang nak bangun, dan mengaji al-Quran tiap-tiap hari. aku nampak balasan syurga pada apa yang dihadapinya. dugaannya berat dan maha hebat. tak terbayang jika ujian itu menimpa diri yang menulis ni. aku hanya mampu berdoa dan beursaha untuk kesenangannya. yang pasti, Allah sayang kepadanya. :))
-------------------------------*********************------------------------------
begitulah sedikit-sebanyak yang dilalui sepanjang tahun 2013... :) duka macam mana pun dalam hati, luaran tak boleh la nampak muram je kan.. duka itu biarlah Allah yang tahu, tak perlu nak tunjuk melalui riak muka, habis semua orang tanye nanti.. hehe...
Cuti summer 2013 dah nak habis, berbaki kurang 3 minggu.. akan kumanfaatkan sebaik mungkin terutamanya untuk adik aku yang bakal menghadapi SPM tahun ni. okay. dah tak mampu nak type lebih lagi. sedikit sebak dengan musibah yang melanda. namu redha itu suatu yang ada dalam hati sepanjang perjalanan ni kerana aku seorang hamba. :)
satu lagi coretan hati. semoga kita menjadi hamba Allah yang sabar dan redha dengan unjianNYA kerana ujian itu juga satu NIKMAT dari Allah untuk hamba-hambaNYA. :)
Salam :)
No comments:
Post a Comment