About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Sunday 30 June 2013

Home Sweet Home :))

Assalamualaikum

lama giler rasa tak update blog ni... bak kata suami saya, "blog awak dah bersawang tu".. hehe..
Alhamdulillah dah 2 minggu aku di Malaysia..alhamdulillah dah sihat dari demam dan batuk.. agak terkejut dengan cuaca yang super panas dek jerebu yang sangat teruk..

alhamdulillah sebab Allah bagi kekuatan untuk aku berdiri teguh sekarang. walaupun kadang2 rasa sedikit awkward akan perubahan yang Allah takdir, tapi Allah iring aku dengan kekuatan... Allah sumber kekuatan aku :))


RESULT:
Alhamdulillah jugak untuk result 3rd year yang aku tahu dari personal tutor aku, dia cakap again result aku excellent. dia happy untuk aku. alhamdulillah, sangat2 aku tak sangka aku masih dapat kekalkan result first class :) yang lebih bestnye , ranking aku dalam kelas sangat mengejutkan.. tak sangka sangat I came 4th in the class, di belakang 3 orang anak orang putih. alhamdulillah, mungkin ni rezeki orang yang dah kahwin kot :)) apa2 pun, semua ni pemberian Allah ...

Aku harap suami aku pun bersemangat jugak untuk lebih berjaya dalam pelajaran..

Emm.. agak looser, actually aku ni baru terkedek2 nak buat driving licence..ehee.. inshaAllah rabu ni dapat lesen L. then, awal august boleh la test JPJ untuk lesen P .. hehe..

SUMMER PLACEMENT:
and another one good news, alhamdulillah..internship yang aku 'hunt' like crazy akhirnya aku dapat jugak.. inshaAllah August-September ni aku mula internship di Sapurakencana Petroleum Lumut :) rezeki untuk aku menimba pengalaman untuk jadi engineer :))

hari ni 30 june dah... kalau tahun lepas, at this moment aku tengah sibuk dengan persediaan untuk berkahwin... lagi 5 hari, genap setahun usia perkahwinan kami... alhamdulillah, sampai sekarang, aku rasa beruntung sangat2 jadi isteri kepada suami tercinta, Ahmad Faiz :)) I love you, abg..

okay.. setakat ni je untuk kali ni, sekarang nak pergi berlatih bawa motor jap.. dah hampir setahun tak bawa motor... rasa trauma semacam tengok motor.. hmm..

and lepas ni jugak nak ajar adik tuisyen..


okay.. see you again!

No comments:

Post a Comment