About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Monday, 4 March 2013

Refleksi seketika untuk menjadi lebih baik

Bismillah..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.. Allah masih memanjangkan umur kita untuk terus menambah amalan kebaikan sebagai bekalan untuk kita di akhirat sana. Dunia ini hanyalah suatu perjalanan ke satu destinasi yang pasti iaitu akhirat. tak dinafikan, kita sebagai manusia memang selalu leka dengan keindahan dunia yang Allah cipta untuk kita. Nama pun manusia kan. Berasal dari perkataan arab yang bermaksud 'lupa'.. patut la Tun M sokmo kata 'melayu mudah lupa' ..mungkin dia perlu kata ' Manusia mudah lupa' .. hee. okay, back to the topic.. keindahan dunia ni Allah ciptakan sebagai ujian untuk hamba-hambanya. Benda ni memang boleh membuatkan kita lalai dan leka dengan mudah. 

Persoalan yang saya nak ajukan sekarang, ape yang membezakan kehidupan orang Islam dengan bukan Islam? Sudah tentu ramai akan menjawab solat 5 waktu yang obviously membezakan kita. Yes, betul .. Tapi tengok la orang Islam sekeliling kita? solat 5 waktu kah diorang? kalau orang sekeliling kita semua jaga solat. how about orang2 di kampung halaman kita? kenalan2 kita? Bila cakap pasal culas niii.. (abaikan solat, lengah2kan solat), saya personally akan relate masalah ni dengan didikan keluarga, didikan mak ayah. solat ni 5 kali je and tak lebih 10 minit pun satu waktu, tapi susah sangat manusia ni nak solat kan? lagi2 bila rebung sudah menjadi buluh. sebab tu pepatah mengatakan " melentur buluh biarlah dari rebungnya" .. masa sekolah rendah dulu ada tak belajar maksud pepatah ni? saya ada :) sampai sekarang saya ingat, dan saya selalu cuba relatekan pepatah ni dalam kehidupan. Lagi2 saya ni anak sulung, adik2 saya kecik2 lagi, walaupun saya duduk jauh beribu batu dari mereka, tapi saya tak lepaskan tanggungjawab saya sebagai seorang kakak macam tu je.. 

kadang2 kita lupa tanggungjawab kita ni kepada siapa? Allah, Rasul, mak, ayah, adik2, bagi saya yang sudah berkahwin, tanggungjawab seorang isteri dah masuk dalam list. Bagi orang lelaki? tanggungjawab korang kepada siapa? mak, isteri, anak perempuan, adik beradik perempuan. (4 golongan ni).. Manusia selalu leka. So, itulah gunanya kita bermuhasabah tiap2 malam sebelum tidur, fikir apa yang kita dah buat satu hari ni? apa manfaat kepada orang lain yang kita dah buat? kepada keluarga? kepada kawan2. suami, adik beradik. Apa amal jariah kita? duit gaji kita, elaun kita.. adakah kita gunakan untuk diri kita sahaja? (Tepuk dada tanya Iman).. tak cukup dengan muhasabah, kita juga mungkin perlu fikir, esok kita nak buat apa? hari esok lebih baik dari hari semalam. something yang mesti kita aim setiap hari. tak begitu? Allahu rabbi... yang menulis ni pun sangat2 lah tak perfect dan banyak flaw.. post ini ditulis khas untuk diri saya especially..jadinya, untuk jadi lebih baik, kenalah muhasabah diri sokmo2. 

Adapun orang yang melampaui batas,–Dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,–Maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).–Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya–Maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya). 
(An Naazi’at: 37-47)

sedar atau tak sedar, kita kena lah tahu yang hidup kita di dunia ni bukan untuk enjoy semata2. dunia ni terlampau indah sampai golongan muda especially, selalu kata "kita enjoy la dulu" "chill, hidup kene enjoy bro" .. enjoy2 jugakkan, tapi jangan sampai melebihi batas syariat, enjoy2 juga tetapi jangan sampai kita lalai dengan tanggungjawab yg kita sedang pikul, enjoy2 juga tapi jangan sampai kita lupa bahawa kehidupan akhirat yang kita perlu kejar lebih. bukan semata2 dunia yang sementara nii.. salah satu cara untuk atasi sikap lupa diri ini ialah dengan revise balik kenapa Allah cipta kita. kenapa? (jawab dalam hati) adakah untuk makan, pergi kelas, buat assignment, tido, main, jalan2 semata2? sudah pasti tidak.... so, ape tujuan kita diciptakan? there must be definite answers for this. sila cari. salah satu sebabnya ialah seperti yang tercatat dalam surah az-zariyat ayat 56;

“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku” 
(az-zariyat : 56)

sama2 lah kita mengambil ikhtibar daripada ayat2 al-Quran yang Allah telah turunkan special untuk kita sebagai panduan.. Allah is our engineer, Allah had provided a set of manual for us to refer in any single aspect of us! be grateful to Allah... alhamdulillah.....

"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” (Al Mu’minuun: 115)

Salam untuk semua :) semoga sedikit sebanyak memberi manfaat...Allahumma Amiin..
seeru a'la barakatillah...


No comments:

Post a Comment