About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Friday, 1 March 2013

Homesick melanda lagi

Assalamualaikum wbt

sedar tak sedar.. dah masuk bulan March dah. Betapa pantasnya masa berlalu. Lepas march, dah masuk suku kedua 2013..Allah... kenapa masa dirasakan begitu pantas. pernah sekali tu, ingat baru 26 hb rupa-rupanya 27 hb dah. rasa tak terkejar bukan? salah satu tanda-tanda akhir zaman kan bila mana masa dirasakan begitu singkat. kadang-kadang risau jugak, cukupkah amalan kebaikan yang telah aku lakukan? selama hampir 23 tahun hidup, apa manfaat yg telah aku sumbangkan? terutamanya kepada kedua ibu bapa.. Rindu nya pada mak dan abah sekarang nii... macam mana la keadaan mereka sekarang. Rindu sangat nak bersua muka, nak salam cium tangan mak abah..Allahu Rabbi.... kadang- kadanga ku jeles dengan kak ngah sebab boleh balik ke pangkuan mak abah.. Tapi, Allah tak bagi aku sunyi kat UK ni.Allah anugerahkan aku seorang suami yang juga belajar di UK. Walaupun tak sama uni, tapi dengan adanya suami yang belajar sama negara dah lebih dari cukup untuk aku mengadu, untuk hilangkan homesick pada family.

walaupun aku dah berkahwin, tapi impian aku tetap sama, nak berbakti pada mak ngan abah. nak bahagiakan mak ngan abah, nak tengok mak ngan abah happy dan ceria selalu.. tu sudah cukup untuk membuatkan aku rasa tenang.. Aku harap mak ngan abah sentiasa merestui aku, doakan aku.. aku sangat rindu mereka sekarang, Hanya Allah yang faham hati hamba-hambaNya.

Tak lupa, sebagai seorang isteri, walaupun tak sebumbung dengan suami, tapi aku selalu pastikan yang suami aku redha dengan aku.. redha suami jugak membuatkan aku rasa tenang..walaupun lately Allah uji aku dengan macam2 jenis ujian..kadang-kadang ujian ni buat aku down, aku memang jenis yang senang down pun. tapi aku tak boleh mengalah. Allah uji setakat yang aku mampu ja. kena ingat tu..

Plan nak balik malaysia Mid July tak jadi sebab terlalu rindu family.. mak abah dan semua adik2 (6 orang adik) sayang sangat kat semua adik2 aku. walaupun kadang2 aku rasa cepat nye dorang ni membesar..ye lah. aku pun dah kahwin.. kah ngah pun dah masuk u, ashraf yang aku duk surung masa dia 7 bulan dulu dah 17 tahun sekarang. Halim yang dulu pendek daripada aku, dengar cerita sekarang dah lebih tinggi dari aku, dah form 1.. mesti dia dah matang sekarang. Mursyidah yang kuat nangis tu dah darjah 4. tak tahu la kalo dia kuat nangis lagi... Fawwaz syuhada dah darjah 2.. mesti lagi pandai dia cakap. Fawwaz ni jenis yg petah. the last adik, arif... dah lancar dah cakap.. last summer adik pelat k.. so, adik panggil aku 'cacak' in stead of 'kakak' ... aaa... rindunya kat semua !! jauhnya benua eropah niii kan .. takpe2.. menuntut ilmu punya pasal... inshaAllah segala aktiviti kat sini dikira ibadah dengan niat yang ikhlas kerana Allah....

I'm a big girl. tak boleh nangis. kena kuat. kan dah kahwin, kena la berdikari, jauh dengan family. hhmmm..padahal dalam hati nii. hanya Allah je yang tahu...

Semoga Allah redha dengan perjalanan hidup aku di UK nii.. semoga Allah permudahkan urusan pelajaranku..merantau jauh2 macam ni of course bukan untuk mengejar ijazah sahaja, malah banyak niat2 lain seiring dengan perjalanan ni.. Harapan mak abah untuk tengok aku jadi hamba Allah yang beriman dan manusia yang berguna kepada masyarakat dan of course seorang anak yg solehah, tidak lupakan jasa mak dan abah yang memang tak terbalas. Allah.. hampir 23 tahun dah umur aku nii.. tapi bila telefon mak, aku tak rasa pun umur aku ni 23, mak layan aku sama macam dulu, zaman aku kol dari asrama dulu... aku tahu mak sangat sayangkan aku, rindu aku... aku pun sayang sgt kat mak aku, abah jugakkk.. aku anak mak ngan abah.... dalam keadaan aku yang kurang sihat sekarang ni, aku rase nak terbang pulang ke pangkuan mereka, tapi aku tak mampu.... nak pergi umrah tahun ni pun tak mampu... hanya solat je lah yang menjadi talian hayat sekarang. sepenuh pergantungan kepada Allah......


enough for now....
salam..

maafkan salah silap saya. saya hanya seorang hamba yang hina.


No comments:

Post a Comment