Sedikit luahan...
Wonder la.. macam mana boleh wujud manusia yang beragama Islam tapi buat kerja-kerja makan harta kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat. baru- baru ni kecoh kat facebook dengan satu video pendedahan seorang ketua menteri ni yang dah perintah selama 30 tahun! Ya Allah lama gila dia berkuasa.. kalau berkuasa dengan penuh amanah dan memastikan rakyat mendapat keperluan asas yang sepatutnya takpe lagi.. niii keperluan asas pon tak terkawal. keperluan asas k. bukan kehendak lain2 yang takde pon takpe. keperluan asas ialah air, elektrik, perlindungan, jalan raya dsb. patut la selama ni aku selalu fikir, sarawak ni negeri paling kaya dengan hasil bumi tapi kenapa rakyat2 nya miskin2... pelik... masa tu aku tak tahu lagi pasal cerita betapa 'adil'nya si ketua itu memerintah..
baru-baru nii, terbongkar kisah pemilikan tanah-tanah yang sangat2 luas yang bernilai ratusan juta yang diagihkan kepada kaum kerabatnya.. Allah.... ada rupanya kat negara aku orang sejahat nii..
Astaghfirullah..... tak takut Tuhan ke? come on, orang putih yang bukan Islam pon tahu apa yang ko buat tu salah.. ko orang Islam kot.. astaghfirullah....
Ada sorang manusia yg bersekongkol ni siap cakap "ni harta kerjaaan okay. bukan harta rakyat." owh.. so, harta kerjaan untuk golongan yang memerintah songlap ke? oooo... baru tahu... patut la rakyat2 ko hidup susah.. siap ade yang kata "come on, leader mana yang tak corrupt" owhh... macam tu rupanya perception dia... jadi leader mmmg akan corrupt la walaupon mengaku Islam...
kalau macam tu golongan2 memerintah berfikir, no wonder laa... tak payah la aku sebagai rakyat ni heran macam mana boleh wujud golongan pemerintah sejahat itu.. begitu punya pemikiran, no wonder la happy je dapat harta free tanpa fikir haram halal...
Astaghfirullah... macam2 jenis pemikiran ada dalam dunia nii.. walaupon seseorang tu beragama Islam tapi kalau cintakan harta menguasai diri, nak kaya, nak milik tanah dengan hanya duduk rumah goyang kaki je, hilang dah kemanusiaan tu.. malu la aku dengan orang Islam macam nii...
kerajaan pusat tak tahu ke pasal semua ni? pelik jugak nii..banyak betul benda pelik berlaku dalam pemerintahan parti nii.. 30 tahun dia songlap tanah kerajaan, habis hasil bumi sarawak disapu, hutan2 ditebang, takkan kerajaan pusat tak tahu? takde pemantauan ke? seolah2 sarawak ni macam separate entity pulak dengan malaysia barat. nama pun kerajaan pusat. takkan tak tahu? pening pulak aku fikir pasal kezaliman pemerintah ni... Astaghfirullah ni la akibatnya bila media di conquer oleh satu pihak ja.. kalau buka TV tu, parti memerintah betul sokmo, baik2 belaka, perjuangkan hak rakyat, dahulukan rakyat, utamakan pencapaian, "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".. kesian rakyat2, orang2 kampung yang hanya ada access tv sahaja. pemikiran mereka ditutup, mereka tak dapat berfikir secara terbuka, pembangkan sgt jahat, semua benda pembangkan buat salah, parti memerintah sgt baik, sgt prihatin, sgt telus.. hhmmm.. sedih la duduk dalam negara yg pemimpinnya sebegini rupa...disebabkan media yang macam ni la, rakyat2 yg susah masih nampak parti itu sahaja yang baik..akibatnya tengoklah apa jadi kat sarawak? nampak sangat salah pilih ketua.. rakyat keluar mengundi ketua, ketua khianat oada rakyat.. kalo macai baca, mesti dia kata , eleh parti tu perintah, tu hak dia la nak conquer tv.. apa2 lah... kalo berdebat pasal benda ni sampai2 bila2 pon takkan habis. Sama la macam negeri aku pon, asal nak baca news pasal negeri aku je, mesti jumpa berita pasal scandal tanah. tak habis2!! kalau takde angin takkan la pokok bergoyang! mb kelantan, takde pulak aku dengar scandal pasal beliau? sebb ape takde? sbb mmg takde, ni sbb mungkin ade yang pahat berbunyi2 tu.. Astaghfirullah.... tak berani la nak cakap pasal niii.... kalau betul2 buat, tanggung la depan tuhan weiii... aku hanya rakyat yang berfikir, maaf otak aku memang suka berfikir, so jgn salahkan aku kalau aku berfikir pasal pemerintahan korang, nanti ade la mulut2 yang kata tak kenang jasa la apa la. muak dengar.
50 tahun lebih, parti yang sama je memerintah... bosannya laa... aku yakin rakyat sekarang ramai dah bijak pandai, tidak mudah dipancing seperti ikan... rata2 aku jumpa ramai yg tak happy dengan parti yg memrintah sekarang.... ramai yang mahu puak lain pulak yang memerintah,, semua sebab nak malaysia lebih menjaga kebajikan rakyatnya, harta2 kerjaan tidak disonglap oleh pihak2 pemerintah dan kroni2nya, amalan rasuah ditebas, apa lagi? rakyat mendapat hak yang sepatutnya... bukan macam sekarang, rakyat tegur pemerintah sikit, habis dikatanya si rakyat ni kufur nikmat, tak bersyukur dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.. habis hospital kerajaan yng free pon diungkit? Allahu rabbi... come on la....dah nama pon kerajaan, mmg tanggungjawab kerajaan la sediakan semua tu. tu kepeluan asas kot! ingat kerajaan malaysia je ke buat macam tu? kat uk pon rawatan percuma jugak! so ko ingat ko buat macam tu, ko cukup baik la... come on, jangan perbodohkan rakyat sampai tahap macam tu laa.... alahai... dah sediakan, ungkit pula...
Allah... sangat2 tak happy la aku dengar cerita corruption nii... rasa malu sgt orang Islam perangai macam nii... pegang jawatan untuk kaut duit ke? aku nak nakkkkkkk sgt tengok parti lain pulak memerintah.. tolong laa... masa untuk berdoa byk2 pada Allah.... amiiin...
Ironinya SPRM 'gagal' menemui sebarang bukti penyelewengan di pejabat MB Kelantan.
ReplyDelete