About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Saturday, 11 May 2013

Hidup ini........

Hidup ni ibarat roda. kadang -kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah.. bila kita happy, kita lupa yang suatu hari nanti Allah akan bagi kita sedih pulak.. what do you expect? Hidup ni bukan untuk bersenang lenang sahaja.. Allah bagi kita ujian supaya kita balik kepada Dia, supaya kita mengadu, kita ingat pada Dia...

Bayangkan kalau hidup kita ni gembira ja..kita mungkin akan lupa pada Allah.. kita mungkin akan lalai dengan segala macam keseronokan yang kita ada. kita tak ada kerisauan untuk mengadu kepada Tuhan..

Tetapi, kehidupan di dunia tidak begitu. Allah cipta gembira, sedih, risau dan macam2 perasaan untuk menguji kita..

Tahun 2012 is my happy year..banyak sangat kegembiraan yang Allah kurniakan.. Bakal suami dapat tawaran belajar uk sgt menggembirakan, then in July selamat menjadi seorang isteri; sempurnakan separuh daripada agama, rasa tenang yang tak pernah rasa sebelumnya, then on wedding day jugak , result exam keluar and dapat first class and 8th in batch.. then bulan 10, alhamdulillah dapat hadiahkan abah  ****** :)) sangat2 happy,.. then bulan 2 Nov, suami fly ke uk :)) then December pergi honeymoon kali ke-2 di Istanbul, Turki... tahun yang sangat menggembirakan aku.. kenangan manis yang takkan dilupakan..

Tapi, tahun 2013... Allahu Allah.... Hanya Allah sahaja yang tahu :( permulaan tahun 2013, Allah telah uji kami satu keluarga dengan ujian yang sangat2 berat...... Allah.... hanya Allah ja yang tahu berapa byk air mata dah mengalir.. tahun yang paling banyak solat hajat selepas tahun 2007.. Pergantungan dirasakan bukan pada manusia lagi, tetapi hanya pada Allah... aku yang dulu agak sanguine bertukar jadi totally phlegmatic... totally introvert sebab rasa nak ngadu kat Tuhan banyak2...

pertengahan 2013, harapan menggunung dan keyakinan yg tinggi terhadap kemenangan pakatan rakyat hancur dek kerakusan sang pencinta jawatan yang sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat mandat itu. itulah kerajaan 46 sekarang. aku panggil kerajaan 46 sebab 46% je rakyat yang nak depa teraju negara.. kesian..... tapi nak jugak apa boleh buat.... segala tipu helah anda akan kami (rakyat2) tuntut di makhamah Allah.. kami rakyat marhain takdak kuasa sekarang, korang yang ada kuasa, tapi kami ada ALLAH!! KAMI ADA ALLAH.

begitulah ringkasan 2012 + half 2013..

suka duka, ujian yang hebat semua itu tanda sayangnya Allah kepada hambanya.. Allah sayang saya dan keluarga saya... kami semua nak jumpa balik kat syurga nanti... kami takmau berpisah di akhirat nanti.... mak abah adik2 kita semua inshaAllah menuju ke syurga Allah di akhirat kelak.. kita semua kena kuat! :')


No comments:

Post a Comment