Assalamulaikum semua :)
Topik hari ni tentang menuntut ilmu. Mengapa kita menuntut ilmu?
Tiga jenis orang di dalam majlis ilmu:
1. Golongan yang bersegera duduk di depan, golongan ini sangat bersemangat untuk mendengar, mudah untuk menerima ilmu. Golongan ini mendapat rahmat Allah cepat. Sangat digalakkan untuk duduk di depan, biar kosong di bahagian belakang, jangan sampai di depan kosong.
2. Golongan yang malu-malu untuk menuntut ilmu.
3. Golongan yang tidak berminat dan meninggalkan majlis.
Orang dulu-dulu semakin menunutut ilmu semakin tinggi rasa cinta pada ilmu dan pada amal ibadah. Begitu juga dengan kita, ilmu yang kita tuntut melalui pembacaan, belajar alQuran atau menghadiri majlis ilmu mestilah menjadikan kita lebih rajin beribadah, bukannya semakin malas. Malah, dengan ilmu rasa cinta kepada Allah semakin bertambah, sentiasa rindu kepada Allah dan gembira untuk bertemu dengan Allah. Bukan sebab kita baik, tetapi sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur atas nikmat-nikmat Allah yang tak terkira.
Bagaimana cara untuk menjadi lebih bersyukur? Dengan banyak bergaul dengan orang miskin atau membantu orang yang lebih susah dari kita. Perlu kita ingat definisi kaya yang sebenar bukanlah yang ada serba serbi dan mewah semata-mata, tetapi yang ada sedikit tapi mampu untuk dikongsi dengan orang lain. Kaya ni ialah apabila kita mensyukuri apa yang kita ada.
Dalam majlis ilmu kita selalu diajak untuk mengingati Allah, nama Allah banyak disebut-sebut. Dapat menyebut nama Allah ialah satu nikmat yang sangat besar yang perlu kita syukuri kerana kita telah mendapat Islam dan kenal Allah sejak kita kecil..
Marilah kita beramal dengan ilmu-ilmu yang telah kita pelajari walaupun sedikit. Semoga sentiasa menjadi lebih dekat kepada Allah dan Rasulullah.
Sekian.
Semoga kita belajar sesuatu...
No comments:
Post a Comment