About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Sunday, 24 January 2021

Tenang menghadapi Masalah

 Assalamualaikum,

Nak share sikit tentang sifat tenang. Sifat yang saya kira semua orang mahu merasainya, terutama ketika kita ditimpa masalah. Jika sesuatu masalah dihadapi dengan tenang, kita akan rasa mudah untuk menyelesaikannya walaupun suatu masalah itu besar.

Satu konsep yang sangat besar yang perlu kita faham supaya kita lebih mudah menghadapi sesuatu masalah ialah kita sebagai orang Islam perlulah sedar setiap masalah itu ialah ujian dari Allah, dan ujian itu datang tanda Allah saya kepada kita, ujian adalah sunnatullah. 

Jika kita berjaya hadapi ujian dengan sabar, kita kan mendapat pahala yang besar.

Apakah maksud tenang?

Tenang ialah apabila hati kita rasa dekat dengan Allah, dalam Quran ada disebutkan, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Rasa tenang terletak pada hati, dengan adanya rasa tenang, kita mudah untuk merasa gembira dan seronok. Seseorang yang gembira tidak semestinya tenang hatinya, tetapi seseorang yang tenang akan merasa gembira dengan dirinya dan sekelilingnya. 

Jadi, bagaimana nak rasa tenang walaupun ditimpa ujian?

1. Ikut apa yang dianjurkan dalam AlQuran iaitu ucaplah Innalillahi wainna ilaihi Rojiun dengan penuh penghayatan. Kita perlu sedar kita ini hanya hamba Allah dan kita adalah milik Allah, dan kita layak diuji oleh Allah. Dengan itu, kita akan dapat menerima ujian yang menimpa kita.

2. Orang yang beriman akan sedar setiap ujian yang menimpa kita datang dari Allah. Jangan hanya pandang pada ujian itu, malah pandang juga pada Si Pemberi Ujian. Allah lebih sayang hambanya lebih dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Anggaplah ini sebagai cubitan yang mendidik dari Allah. Kita juga yakin Allah itu maha Baik, maha Penyayang, berkmaksud ujian yang diberi oleh Allah itu baik. Allah juga telah berfirman dalam AlQuran, mafhumnya: Boleh jadi yang buruk itu yang terbaik untuk kita, dan sebaliknya. Maka yakinlah apa yang berlaku itu yang terbaik dari Allah kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba yg diciptaNya.

3. Yakinlah Allah tidak akan membebani seseorang melebihi kemampuannya. Walaupun kita rasa tak mampu dan rasa perit ketika diuji, itu mungkin sebab kita belum cuba menggunakan semua kekuatan yang ada untuk menghadapi ujian itu. Mungkin selama ni kita berada di dalam confort zone (zone selesa) dan ujian itu sedang memaksa kita untuk berada di zon mencabar? Hadapilah ujian itu dengan Sabar dan Solat, dan yakinlah jika kita berjaya menangani ujian itu, kita akan menjadi lebih baik dan jiwa kita akan menjadi lebih besar dari masalah itu. Yakinlah Allah jauh lebih besar dari masalah itu, maka berpautlah kepada Allah. Banyakkan berdoa dan mengadu kepada Allah supaya kita menjadi lebih akrab  dengan Allah. Secara tak langsung, kita dapat merasa hikmah ujian itu iaitu merasa lebih dekat dengan Allah. Mungkin selama ni kita senang dan tidak diuji, kita secara tidak sedar telah lalai dalam mengingati Allah dan kurang berdoa kepada Allah. 

Marilah kita buru ketenangan, Ingatlah Allah itu matlamat kita. Bila Allah dekat dalam hati kita, kita akan merasa tenang dan dapat hadapi ujian yang Allah berikan dengan rasa redha dan sabar.

Semoga perkongsian ringkas ini menyebabkan anda belajar sesuatu atau menjadi asbab untuk membuat refleksi diri untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Selamat beramal dan menanam pohon pahala di dunia untuk ditunai di sana :)

Jumpa lagi,

Terima kasih.


No comments:

Post a Comment