About Me

My photo
Sheffield, England, United Kingdom
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Tuesday, 13 August 2013

sedikit coretan hati...

Assalamualaikum..

Rindu giler nak update blog..hari ni semangat nak update sebab hubby cakap blog ni dah ade labah-labah.. haha.. hubby sokmo kata gitu... :D

Raya kali ni kurang best sebab tak dapat beraya dengan suami.. sobs.. and sedara mara pun ramai tak balik.. so, rasa a bit different this time.. tapi, still not bad sebab dapat sambut raya dengan family kat pangkor ni :)) oohh,.. baru teringat ape yang menyebabkan raya kurang best.. hhmmm... next time lah cerita kat blog nii..inshaAllah tahun depan nak raya dengan suami.. tak best la sorang2.. macam single pulak.. padahal dah kahwin...

hari ni macam biasa lah kerja.. so far, internship went well.. seriously dah dapat gambaran macam mana kerja seorang engineer.I feel so lucky that I got offer to do internship.. At least, I already have the so-called industrial experience :) thanks to my two besties for forcing me to apply and apply :) hehe.. baru 2 minggu internship, panjang lagi perjalanan.. harap-harap aku dapat pengalaman yang lebih best :)

Perasaan sekarang, tak sabar-sabar la nak settlekan urusan di Malaysia dan balik ke pangkuan suami.. haizz... dulu tak pernah pun excited nak balik uk.. tapi kali ni lain sikit sebab ade someone yang tunggu kan.. :)nanti mesti sedih jugak macam biasa sebab tinggal family especiall adik kecik .. sobs...

To my hubby, seriously I miss you so so mucchhhh.... hhmmm... 3 months is too much i guess.. nak buat macam mana kan, ada tugas yang perlu diselesaikan di Malaysia ni.. so, sabar eh... 22 Sept nanti kita jumpe k :))

Mesti ramai yang pelik kenape azah tak tinggal di uk je dengan suaminya.. saya balik ni bersebab.. bagi yang tahu tu tahu la.. yang tak tahu harap takde yang prasangka.. tahun 2013 ni tak seindah 2012, Allah bagi gembira pada tahun 2012, tahun 2013 Allah bagi kita sedih pulak.. hidup ni memang ibarat roda... kadang2 kita di atas, kadang2 kita di bawah... tak boleh nak expect kita berterusan gembira....macam mana pun, tanggungjawab sebagai seorang hamba mesti diteruskan...

Satu pengajaran besar pada tahun 2013 ni, pada saat bila kita rasa takde sorang manusia yang dapat bantu kita, masa tu lah kita rasa nikmat pergantungan kepada Allah... selama ni kalau susah, mengadu kat Allah dan pada masa yang sama kita tahu ada orang yang boleh bantu kita.. tapi, dugaan tahun ni...... hebat.. takpelah.. Allah rindu nak dengar rintihan hamba-hambaNya...  :))

Antara aims cuti summer kali ni, internship, lesen motor & kereta, ajar adik tuisyen... masa pun dah tak lama...tinggal lebih kurang 5 minggu je... haizz.. tiba-tiba rasa cuti summer berlalu begitu pantas..

Hari ni raya ke-6, so nak ambil kesempatan ni untuk memohon maaf zahir dan batin kepada semua yang baca blog ni... Semoga Allah redha dengan kita, semoga mak ayah & or suami kira redha dengan kita :))

okay lahh,.. till we meet again next time..

salam wbt.







No comments:

Post a Comment