About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Tuesday, 19 January 2021

Antara Ancaman di akhir zaman

Assalamualaikum.. 

Saya nak kongsi sedikit ilmu / perkongsian yang sangat ringkas malam ni, berdasarkan hadis nabi tentang ancaman umat di akhir zaman, kita lah umat akhir zaman tu.

Jom baca

1. Antara ancaman umat akhir zaman adalah apabila keputusan itu tidak berada pada tangan umat Islam, hukum dilaksanakan oleh orang bukan Islam. hukum hakam yg sepatutnya menjadi tali-tali bagi umat Islam tidak dapat dilaksanakan disebabkan pemerintahan bukan dari kalangan yang mengamalkan.

2. Umat akhir zaman juga diuji dengan kehilangan identiti , walaupun Muslim tetapi lebih dikenali dengan negaranya, atau bangsanya, atau kabilahnya, atau mazhabnya. Ini menyebabkan wujudnya perkauman antara kabilah, antara mazhab, antara kelompok. Ini memudahkan syaitan menghasut perbalahan antara kelompok.

Bersyukurlah jika kita masih mempunyai pemimpin yang masih mengingatkan kita tentang hukum hakam,  kita masih dapat menuntuk ilmu hanya di hujung jari, kita masih dapat menikmati nikmat Islam dan iman. Penting untuk umat Islam menjadi umat yang berjaya dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi , lebih banyak boleh dibawa , lebih banyak pengaruh baik yang dapat disebarkan, secara tak langsung salah satu bentuk dakwah. 

Marilah menjadi umat yang bersyukur, dan memakmurkan Syiar Islam, menonjolkan akhlak Islami dan menjadi contoh yang baik kepada orang sekeliling. 

Sekian, perkongsian ringkas,

Semoga kita belajar sesuatu.


Monday, 18 January 2021

Akhlak Cerminan Iman

Assalamualaikum semua :)

Sedikit perkongsian santai untuk hari ni..

Akhlak ceriman iman , apa yang dimaksudkan dan bagaimanakah untuk mempunyai akhlak yang mencerminkan iman yang sejahtera:

Jom baca

Akhak itu bukan sekadar cara kita bercakap, tetapi meliputi semua aspek perbuatan kita. Adakah segala perbuatan melalui tangan, mata, mulut, penampilan, pemakaian kita menggambarkan Akhlak yang baik. Kita perlu bimbang, jika kita telah solat dan baca alQuran tetapi kita masih sibuk bercerita tentang keburukan orang lain, membuka aib orang. 

1. Marah yang terpuji: Adakah kita seorang yang mampu mengawal diri kita daripada melakukan perkara dengan menurut emosi dan nafsu, atau adakah kita senstiasa melakukan sesuatu dengan kawalan akal dan iman. Jika kita ada perasaan marah terhadap sesuatu, Menurut imam Ghazali, marah yg terpuji ialah marah yg dikawal degan iman dan juga akal yang waras, dan memaafkan setelah maaf telah dituntut, inilah contoh apabila perbuatan kita itu cerminan iman.

2. Bagaimanakah cara untuk menjadi lebih baik melalui kawan / teman. Carilah kawan yang baik dan sentiasa mengingatkan dan mengajak kita berbuat baik seperti mengajak solat jemaah, yg menegur dengan baik sekiranya kita terlebih makan gula :D,  sentiasa memberi semangat. Teman yang baik boleh menjadi salah satu pemangkin untuk kita menjadi lebih baik. Teman yang baik juga merupakan cerminan akhlak kita.

3. Jadilah seorang yang amanah dalam setiap tugasan yg kita lakukan, dan dalam setiap urusan kita dengan orang lain. Untuk menjadi seorang yg amanah, ada perkaitan dengan lisan dan hati yang teguh. Kita pasti rasa senang dengan orang yang beriman, kerana orang yang beriman mestilah amanah, jadinya Sifat amanah ini sangat berkait rapat dengan iman dalam diri seseorang, dan iman itu datang dari hati yg teguh. Apa yang bermain di lidah, itulah yg bermain di hatinya. Bagaimana dalam masyarakat kita wujud amalan menerima dan memberi rasuah, adakah sebab tidak ada keteguhan dalam hati tentang dosa melakukan rasuah? renungkan.

4. Elakkan berprasangka buruk sesama sendiri. Ada 2 jenis prasangka , yang berdosa dan tidak berdosa. Prasangka yang berdosa adalah jika seseorang berprasangka buruk tentang sesuatu yg kita tidak tahu lalu mengungkapkannya kepada orang lain. Prasangka yg tidak berdosa adalah apabila kita ada syak dalam diri tetapi tidak mengungkapkannya. Elakkan lah menyebarkan prasangka buruk dan menyebarkan kepada orang lain.


Semoga kita dapat menjaga diri kita dari sifat2 yang buruk. Jadilah seorang yang sentiasa berusaha untuk mempunyai akhlak yang mencerminkan iman yang sejahtera.


Semoga bermanfaat.


Terima kasih :)






Sunday, 17 January 2021

Enam Syarat Ibadah

Perkongsian ringkas untuk mencari pahala lebih melalui aktiviti harian kita. Jom baca!

Sesuatu perkara yang kita lakukan yang disukai Allah jika mematuhi syarat ibadah di bawah, boleh mendapat pahala ibadah umum. 


Jom kita lihat apakah syarat-syarat sesuatu aktiviti / amalan menjadi ibadah umum :)


6 syarat ibadah: Perkongsian dari Ust Pahrol  Mohamad Juoi

1. Niat yang betul

Setiap ibadah mestilah bermula dengan niat kerana Allah. Jika keluar bekerja , niatkan bekerja kerana Allah untuk mendapat pahala ibadah umum.

2. Sah di sisi syariat

Niat yang baik sahaja tidak cukup, sesuatu yg diniatkan ibadah mestila patuh syariah.

3. Pelaksanaan yang baik

Jika berniaga, tiada unsur riba, barang niaga yang baik dan tidak claim berlebih lebihan, elakkan sebarang penipuan dalam perlaksanaan. Melakukan sesuatu dengan jujur dan amanah. Pertahankan kejujuran walaupun tidak menjadi seorang jutawan. 

4. Dibuat dengan terbaik

Jika sesuatu kerja itu diniatkan sebagai ibadah, kita akan melakukannya dengan sebaik mungkin. 

Dilakukan berdasarkan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu untuk melakukan dengan terbaik. Jika meniaga, bahan yang digunakan adalah yg baik.

5. Tak tinggal ibadah asas

Jangan sibuk dengan aktiviti lain / ibadah umum sehingga mengabaikan ibadah asas seperti solat Fardhu. Sehingga sibuk bekerja hingga meninggalkan solat, tidak sah ibadah umum yang lain.

6. Natijah / kesannya baik 

Gaji / Keuntungan dari pekerjaaan yang diniatkan sebagai ibadah umum itu digunakan ke arah kebaikan. Jika kurang keuntungan, sabar supaya mendapat pahala. Pahala sabar tersangatlah besar.

 Jika mendapat keuntungann, jangan lupa untuk bersyukur kepada Alllah dan tidak berbangga-bangga dengan kemewahan. 


Jika syarat-syarat di atas ditepati, apa-apa pekerjaan kita boleh menjadi ibadah.


Semoga pergkongsian ini bermanfaat.

Selamat menambah amal seiring dengan bertambahnya usia kita.


Jumpa lagi 

Assalamualaikum.


Monday, 26 March 2018

minyak gamat asli pulau pangkor

Minyak gamat Asli Pangkor 

home made
, tiada sebarang pengawet.
bahan2 asli dari gamat dan daun2 herba terpilih.

Wajib disimpan di rumah, boleh melegakan masalah berikut:
✅luka kecil / besar
✅gigitan serangga
✅terkena air panas
✅terbakar / melecur
✅terseliuh
✅lenguh badan, tulang & sendi

Juga boleh digunakan sebagai minyak urut. 
.
RM5 sebotol (60 ml)

whatsapp / call 0139754266 untuk order.

ibu gamat / gamat kering pulau pangkor

Assalamualaikum.. 

IBU GAMAT asli dari pulau pangkor. Saya menjual ibu gamat yang dicari dan diproses sendiri.
DIJAMIN 100% ASLI.

Kepada yang memerlukan, boleh hubungi saya di talian +60139754266. (Boleh whatsapp/ mesej/ call)



kiri: gamat emas hidup yang diperoleh sekitar pulau pangkor, kanan: gamat emas yang telah direbus, sebelum dikeringkan dan dijual.
Gamat emas yang telah dikeringkan 


KHASIATNYA:

GAMAT - Merupakan penawar bagi membantu penyembuhan luka luar dan dalam,
menyembuhkan luka selepas pembedahan, melancarkan pengaliran darah,
meningkatkan kesihatan badan, memulihkan ibu yang baru lepas bersalin,
menyegarkan otot yang bekerja keras, asma, gastric, apendiks, sakit urat dan
sengal-sengal sendi.

Ibu gamat juga boleh diproses untuk dibuat pelbagai produk-produk kesihatan
dan kecantikan seperti minyak gamat, gel gamat, ubat gigi, pencuci muka, etc.




HARGA : RM180 SEKILOGRAM
Jangan risau, harga boleh dirunding jika pembelian secara pukal.

Minimum pembelian : 15 ekor (rm30)


KEPADA YANG MEMERLUKAN, BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA DI TALIAN +60139754266
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIKEMUKAKAN MELALUI WHATSAPP / SMS / CALL KE NOMBOR
DI ATAS.

pos laju setiap hari bekerja.

TERIMA KASIH


air gamat asli pulau pangkor dan minyak gamat


Saya menjual MINYAK GAMAT asli dan AIR GAMAT asli dari pulau pangkor yang dicari dan diproses sendiri. DIJAMIN 100% ASLI.


whatsapp/ call 0139754266.








Kepada yang memerlukan, boleh hubungi saya di talian 0139754266. (Boleh whatsapp/ mesej/ call)


Minyak gamat fokus untuk kegunaan luaran seperti luka, bengkak, terseliuh, gigitan serangga dan sebagainya. home made menggunakan pati gamat hidup. Tahan lama dan tiada sebarang pengawet, dibuat menggunakan herba- herba terpilih dan pati gamat.

Air gamat asli 100% dari perut gamat, sangat-sangat berkesan untuk kegunaan dalaman (untuk diminum) terutamanya untuk ibu yang baru lepas bersalin, yang mempunyai luka dalaman dan luaran, sakit dada, jantung berlubang dan sebagainya. 

air gamat tidak berbau, tidak hanyir dan tahan lama.

Spesis gamat yang digunakan adalah gamat EMAS sahaja. Sangat banyak khasiat, boleh baca dengan lebih lanjut tentang khasiat dan kelebihan gamat emas untuk kesihatan.

Harga mampu milik dan sangat berbaloi.

Air gamat asli: RM20 sebotol (500ml)
Miyak gamat asli: RM5 sebotol (60ml) *Untuk pengeposan, minimum pembelian adalah 4 botol*

Kedua produk adalah hasil laut pulau pangkor dari gamat EMAS.

**Whatsapp 0139754266 untuk pertanyaan lanjut / order.
**Produk dipos laju setiap hari sebelum pukul 11.00 pagi

KEPADA YANG BERMINAT, BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA DI TALIAN 0139754266

Terima kasih.