About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Monday 18 January 2021

Akhlak Cerminan Iman

Assalamualaikum semua :)

Sedikit perkongsian santai untuk hari ni..

Akhlak ceriman iman , apa yang dimaksudkan dan bagaimanakah untuk mempunyai akhlak yang mencerminkan iman yang sejahtera:

Jom baca

Akhak itu bukan sekadar cara kita bercakap, tetapi meliputi semua aspek perbuatan kita. Adakah segala perbuatan melalui tangan, mata, mulut, penampilan, pemakaian kita menggambarkan Akhlak yang baik. Kita perlu bimbang, jika kita telah solat dan baca alQuran tetapi kita masih sibuk bercerita tentang keburukan orang lain, membuka aib orang. 

1. Marah yang terpuji: Adakah kita seorang yang mampu mengawal diri kita daripada melakukan perkara dengan menurut emosi dan nafsu, atau adakah kita senstiasa melakukan sesuatu dengan kawalan akal dan iman. Jika kita ada perasaan marah terhadap sesuatu, Menurut imam Ghazali, marah yg terpuji ialah marah yg dikawal degan iman dan juga akal yang waras, dan memaafkan setelah maaf telah dituntut, inilah contoh apabila perbuatan kita itu cerminan iman.

2. Bagaimanakah cara untuk menjadi lebih baik melalui kawan / teman. Carilah kawan yang baik dan sentiasa mengingatkan dan mengajak kita berbuat baik seperti mengajak solat jemaah, yg menegur dengan baik sekiranya kita terlebih makan gula :D,  sentiasa memberi semangat. Teman yang baik boleh menjadi salah satu pemangkin untuk kita menjadi lebih baik. Teman yang baik juga merupakan cerminan akhlak kita.

3. Jadilah seorang yang amanah dalam setiap tugasan yg kita lakukan, dan dalam setiap urusan kita dengan orang lain. Untuk menjadi seorang yg amanah, ada perkaitan dengan lisan dan hati yang teguh. Kita pasti rasa senang dengan orang yang beriman, kerana orang yang beriman mestilah amanah, jadinya Sifat amanah ini sangat berkait rapat dengan iman dalam diri seseorang, dan iman itu datang dari hati yg teguh. Apa yang bermain di lidah, itulah yg bermain di hatinya. Bagaimana dalam masyarakat kita wujud amalan menerima dan memberi rasuah, adakah sebab tidak ada keteguhan dalam hati tentang dosa melakukan rasuah? renungkan.

4. Elakkan berprasangka buruk sesama sendiri. Ada 2 jenis prasangka , yang berdosa dan tidak berdosa. Prasangka yang berdosa adalah jika seseorang berprasangka buruk tentang sesuatu yg kita tidak tahu lalu mengungkapkannya kepada orang lain. Prasangka yg tidak berdosa adalah apabila kita ada syak dalam diri tetapi tidak mengungkapkannya. Elakkan lah menyebarkan prasangka buruk dan menyebarkan kepada orang lain.


Semoga kita dapat menjaga diri kita dari sifat2 yang buruk. Jadilah seorang yang sentiasa berusaha untuk mempunyai akhlak yang mencerminkan iman yang sejahtera.


Semoga bermanfaat.


Terima kasih :)






No comments:

Post a Comment