About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Tuesday, 29 January 2013

3 more days to the big DEADLINE!!

alhamdulillah...
tak sangka tinggal lagi 3 hariii jer!! really2 need to put a lot of effort for these 3 days! hopefully everything will go as smooth as possible...

semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kita semua.. amiiinn

Look what I've got today :)
it really make me miss him, my lovely husband.. my husband pergi BARCELONA tak bawa i sebab i sangat2 dekat dengan deadline.. takpelah what to do :) tengok gambar ni dah cukup buat saye happy :))

i am very busy now.. i hope we can spend some quality time together soon .. two weeks from now we gonna meet! :)) rinduuuuuu ..


okay, back to work!

Saturday, 26 January 2013

6 DAYS to the BIG DEADLINE

salam wbt :)

sedar2 tak sedar dah tinggal lagi 6 hari je untuk submit report design project yang super mencabar niii >_< alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang baik dari Allah... alhamdulillah atas support system yang hebat2 yang always help me when I in need.

Hubby is the one yang tak pernah jemu kejut i bangun awal untuk pergi siapkan report di library. my brilliant supervisor sangat2 helpful and always tell me something new. I have learnt a lot from you my dear supervisor! you are brilliant and wonderful. Even sometimes I get scolded by you for not being able to do this or that, I still happy to learn all this :))

and also to my besties yang always teman i study hari2, sama2 semangat untuk make a progress every day. and also my flatmate (you know it's you that I mean if you happen to read this) :)) haha.. saje panggil flatmate sebab kite je yg duduk kat floor tu. ke ade orang lain? lain la kat atas ade 4 orang. haha. atas sekali paling kesian duduk sorang2.. hehe klaka.

6days yang sangat2 critical.. even though the design is almost settle but still need do some change to produce the best of it.

makin ramai classmates kat library nii..semua sedang membuat pecutan terakhir :) it's the finale week of it!!

and why I pulak boleh ade masa lagi nak taip2 blog niii :D

back to work!
May Allah bless!! amiiin..

Good Luck to all ! No Pain, No Gain.

Salam.

Friday, 25 January 2013

Permulaan 2013: Jadilah Golongan Yang Sedikit

Bismillahirahmanirrahim..
Salam untuk semua :)

Alhamdulillah 99x, alhamdulillah atas kesihatan yang Allah kurniakan kepadaku, kepada suamiku,  kepada keluargaku dan kepada sapa2 je yang aku sayang..  syukur tak terkira kepada Allah... Alhamdulillah atas nikmat yang menggunung tinggi yang Allah kurnia kan.. 

Permulaan tahun 2013 banyak sangat mengajar aku supaya menjadi hamba yang bersyukur.. Allahu rabbi.. setakat 3 minggu lebih ni, banyak sangat2 peristiwa yang berlaku sama ada directly or indirectly related to me, yang mengajar aku betapa besar nya nikmat Allah yang ada pada diri aku yang selama ni aku tak sedar.. 

Surah An-Nahlu Ayat 18:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

Kadang2 kita tak sedar yang kita telah bersungut/ mengeluh. Contohnya:

 "susahnye laa nak jadi engineer nii", "bosannye asyik mengadap benda niii je", "aaa kenape aku jauh dari family, nak balikkk", "kenape suami aku tinggal jauh dengan aku", kenape ni, kenape tu, bosan, sunyi, ape2 la yang sewaktu dengannya... 

Alhamdulillah..sejak kebelakangan ni, aku mula tersedar yang aku sebenarnya tak layak nak cakap2 macam tuu... susah2 aku, ramai lagi orang lain yang dalam dunia ni yang lebih susah daripada aku, apa la sangat dengan report, exam, hidup di dunia ni bukan untuk bersenang lenang je. Belajar ni pon bukan sebab mengejar dunia semata-mata, tetapi sebagai bekalan akhirat juga jika diniatkan kerana Allah, belajar nak jadi engineer ni pon sebab ape? sebab nak kerja je? no. sebab nak menyumbang kepada masyarakat. nak menjadi hamba Allah yang berguna, bermanfaat kepada orang lain... 

Hadis Nabi SAW:

 "Khairunnas anfa‘uhum linnas"

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain. (HR Ahmad dan Thabrani)

Jauh dengan suami? Ape la sangat dugaan tu.. kecik sangat kalau nak dibandingkan dengan dugaan pasangan lain.. 0.1% pon tak sampai.. jauh dari family sejak berumur 13 tahun sampai tak tahu bila? Itu semua perancangan Allah untuk aku. Allah yang cipta manusia, Allah dah rancang dah kehidupan each one of us. kita sebagai hamba tak layak nak mengeluh benda2 macam nii.. Astaghfirullah..

Surah Ali-Imran ayat 54 :

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” 


Banyak lagi hamba Allah yang lain yang diuji dengan ujian yang lebih berat.. jauhhh lebih berat dari kita yang hidup senang lenang ni. Allah banyak kali ulang dalam Al-Quran, Allah kata golongan yang bersyukur ni sedikit.. so kita nak tergolong dalam ramai2 yang tak bersyukur or nak join golongan yang bersyukur?? Allah turunkan Al-Quran sebagai panduan untuk kita. tiap2 hari kita check FB, tiap2 hari jugak kita check panduan yang Allah turunkan.. InshaAllah sama2 banyakkan membaca al-Quran supaya di akhirat nanti, Alquran boleh mensyafaatkan kita. Antara firman2 Allah dalam al-Quran yang menyatakan tentang golongan yang sedikit ini:

Surah As-Saba’ ayat 13:
“Sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur”

Surah al-Baqarah ayat 243:
"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." 

Surah al-a'raaf ayat 10:
"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur." 

Surah Ibrahim ayat 7:
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” 

Allah mengurniakan kita macam2 nikmat yang kadang2 kita lupa untuk bersyukur. tak tengok pada benda lain, tengok anggota badan sendiri sudah. betapa besarnya nikmat Allah.



Menurut Imam al-Junaid, "Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya". Ertinya, tanda bersyukur ialah menggunakan segala nikmat atau rezeki kurniaan Allah untuk melakukan ketaatan kepada-Nya dan memanfaatkannya ke arah kebajikan - bukan menyalurkannya ke kancah maksiat atau kejahatan.

okay.. masa untuk rehatkan diri. Esok kene sambung siapkan report yang berbaki seminggu je lagi sebelum big  deadline pada 1 Feb 2013.



Alhamdulillah, January 2013 sangat2 mengajar erti menjadi hamba yang bersyukur.

Salam.


Tuesday, 22 January 2013

pemimpin yang mementingkan kroni-kroninya, mengabaikan yg bukan kroni

Kadang-kadang aku terfikir, semua yang jadi pemimpin sekarang ni sedar tak tanggungjawab jadi pemimpin ni sangat besar dan setiap tindakan anda akan dipersoalkan di akhirat kelak. mereka yang memimpin  ada tak berniat untuk berlaku adil kepada orang yang di bawahnya tak kira siapa, sama ada saudara mara, kaum kerabat, golongan yang sependapat, golongan yang tak sependapat dengannya, golongan yang tidak memilihnya untuk menjadi pemimpin andai diberi pilihan, etc. sejak melangkah umur 20-an ni, aku memang tak boleh stop berfikir. tengah2 buat report ni pon sempat lagi berfikir tentang perkara yang diluar topik.

bercakap pasal pemimpin dan kepimpinan. pemimpin ade banyak level. Pemimpin kepada diri sendiri, pemimpin kepada keluarga sendiri, pemimpin kepada saudara mara, pemimpin kepada kumpulan kecil, pemimpin kepada persatuan, pemimpin di surau, pemimpin sesebuah kampung (ketua kampung), ketua mukim, ketua kawasan, ketua daerah, ketua wilayah, dan paling ketua sesebuah negeri (menteri besar). aku stop setakat ketua sesebuah negeri je. Ya Allah.. kenapa hati aku sedih sangat. Aku happy tak dengan kepimpinan yang aku di bawahnya sekarang ni? taknak bincang pasal kepimpinan di negeri2 lain, aku nak bercakap pasal di negeri aku jer, sebab aku dilahirkan, dibesarkan di negeri yang sama. cuma bersekolah di negeri selangor dan sekarang menuntut ilmu di negeri orang putih.

wahai pemimpin, kenapa aku sebagai rakyat nampak kamu banyak mementingkan kroni kamu? kenapa? kenapa aku nampak semua ni? aku sebagai rakyat tidak gembira berada di bawah pemerintahan kamu. keluarga aku bukan datang dari golongan yang sependapat dengan kamu. kamu semua menyokong penuh kerajaan yang memerintah sekarang, kroni-kroni kamu juga adalah orang kuat menyokong. persoalan yang aku nak utarakan sekarang, adakah kamu memandang rakyat2 yang tidak menyokong kamu semasa pilihanraya sama rata dengan rakyat yang memilih kamu semasa pilihanraya? sekiranya anak-anak kroni kamu atau yang memangkah kamu berjaya, mereka diberi saguhati. Adakah kamu berbuat perkara yang sama kepada anak2 golongan yang tidak memangkah kamu? 5 tahun kamu memerintah. aku sebagai rakyat bawahan banyak memerhati. aku bukan duduk diam dan tak heran sekeliling. aku nampak dan aku dengar perkara2 yang tidak menyedapkan. adil ke tu? yakin ke boleh jawab depan Allah nanti? rakyat bawahan macam aku ni nampak benda2 kecik yang relevant dengan aku ja. benda2 lain yang rakyat2 bawahan tak nampak yang kamu wahai pemimpin laku kan tu, kamu yakin boleh jawab depan Allah?? hhmm??

pada saat ada golongan yang memerlukan bantuan, tetapi golongan tu bukanlah golongan yang memangkah kamu dalam pilihanraya yang lalu, ada kamu rasa kamu nak cepat2 tolong? ada rasa nak tolong? ada tak? or kamu datang melawat golongan yang memerlukan bantuan sekadar memenuhi syarat ?? hhmm?? jawab! memang kamu hebat sekarang, kamu memegang kuasa, kamu memegang amanah sebagai pemimpin rakyat, kamu nampak gah! kamu nampak senang! kamu ini, kamu itu! tapi ingat! rakyat seperti aku akan tuntut segala ketidakadilan yang berlaku di mata aku dan yang kena pada aku di AKHIRAT kelak. kena sekali, aku bersabar. kena 2 kali aku sabar lagi. kena 3 kali aku masih lagi sabar. tapi terkena sekali lagi . dan ternampak ketidakadilan berlaku lagi, aku sedalam2 dalamnya tidak redha, aku tak redha dengan pemimpin sebegini. aku akan tuntut di akhirat bila mana sesuatu yang patut ko buat, tapi ko tak buat... Hadis nabi:

Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)


bersenang lenanglah ko selagi ko dapat kaut banyak harta. selagi ko rasa selesa dgn  berbuat maksiat, prihatin dengan puak ni, dan kurang prihatin dengan puak yang satu lagi. tapi ingat, pembalasan Allah itu pasti. ketidakadilan akan dituntut di akhirat kelak. firman Allah dalam kitab al-Quran,
surah fussilat ayat 40:

Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam neraka lebih baik, atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): "Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)".


buat yang gagal berlaku adil:

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah:
  1. Pemimpin yang adil
  2. Pemuda yang sentiasa beribadat kepada ALLAH
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
  4. Dua orang yang cinta mencintai kerana allah yang mana berpisah dan bertemunya kerana Allah
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta kaya melakukan zina,lalu dia berkata "aku takut kepada allah"
  6. Orang yang bersedekah secara sembunyi
  7. Orang yang mengingati ALLAH di tempat sunyi lalu mengalirkan air mata

bersabarlah wahai hati, Allah tahu setiap sesuatu yang manusia lakukan.

Wednesday, 9 January 2013

3 weeks to the BIG DEADLINE

Ya Allah.. Cepatnye masa berlalu.. dan aku hanya melakukan routine yang sama setiap hari. Aku yakin semua classmates aku sedang buat benda yang sama sekarang ni which is report writing. Kan best kalo idea mencurah-curah untuk taip report tu.. mesti dah beratus aku taip.. alhamdulillah.. hari ni ade progress at least takde la aku risau sangat..

Apa yang boleh buat sekarang ialah usaha dan doa, dan juga jaga ibadah.. report tu report la, tapi ibadah still kene jaga..Allah bagi 24 jam, takkan 24 jam untuk buat report. apakah. haha.

Okay lahh.. sekarang ni masa untuk berehat setelah 11 jam berkampung di library untuk hari nii.. @_@

one of my classmates said to me when i bump into him just now in library "no life for these 3 weeks!" hahaha...

ni lah life kita untuk 3 minggu ni... lagi pon musim exam, smua orang berkawan dengan buku, nota2 dan komputer sekarang. setengah hari menghadap komputer, boleh rabun mata niii.. @_@

tapi, benda2 ni fun sebenarnya kalau kita kenang2 kan balik :) hehe.. giler ape kata buat report 11 jam satu hari fun. lalala..

masa untuk rehatkan diri. :)

good night from sheffield!
salam.

Monday, 7 January 2013

balik malaysia tahun ni?

last two consecutive winters, at this hour i was very excited searching for airplane ticket to go back home. during first year winter, i was very excited to come back home for the first time ever in my life. i was very excited buying a lot of stuff for my family. for the second year, i was even more excited to go back to get married. the moment that i was waiting and counting days the most. i was very excited to go back. i was among earliest who went back home.

now, i am struggling with report and just not bother about counting days. it is not that i dont bother to go back. i will definitely go back to see my family, i always miss them. the thing is that my hubby doesnt want to go back and i have to go back alone, thats somehow demotivate me of when exactly i should go back. but, on top of my head i am planning to go back on mid july after graduation of my my friends who graduate in july. and i also wanna spend some free time with my hubby before i leave him here, in uk.

my summer will be divided into two now. i will be fine, i have a family here which is my dear hubby.

xoxo.

time to continue doing my report!