About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Thursday, 3 January 2013

Back to student life

Alhamdulillah atas kesihatan yang Allah kurniakan untuk siapkan report yang berbaki 4 minggu je lagi untuk submit and progress still sangat sedikit. Ya Allah, masa 4 minggu ni sangat kritikal. Apa yang boleh buat sekarang is keep on working, tak buang masa, optimise masa betul2 dengan perkara berfaedah sahaja.

Semoga Allah permudahkan urusan semua sekarang. Masing2 ade hard time masing2 kan.. To my sayang, saya always doakan awak. Prepare untuk the upcoming exam betul2.

Tak boleh spend time lama2 kat sini..

Let's get back to work people!

Wednesday, 2 January 2013

The memorable Second Honeymoon


Salam untuk semua :)

Honeymoon yang ditunggu-tunggu selama ni dah pun berakhir. Now, me and izz dah pulang ke tempat belajar masing-masing, Bristol dan Sheffield. Kejapnyer masa berlalu. Masa gembira memang selalu terasa sekejap. Alhamdulillah, Allah izinkan kami jejakkan kaki di Istanbul, turki.  sambil honeymoon, Sambil melawat tempat-tempat bersejarah. Tinggalan sejarah zaman Turki Uthmaniyah.

Alhamdulillah kami sempat melawat beberapa tempat selama 5 hari 4 malam di Istanbul. Hari pertama dan hari last kami tak sempat berjalan pun. So, 3 hari je lah.. kenangan manis di tempat-tempat ni takkan dilupakan...

  • Topkapi Palace
  •  Hagia Sophia
  • Blue Mosque
  • Grand Bazaar
  • Dolmabahce Palace
  • Taksim Square
  • Eyup el-ansari mosque
  • eyup el-ansari mausoleum
  • Basillica Cistern
  • Bosphorus sightseeing
  • Galata Tower
  • Galata Bridge
  • Sulaiman the Magnificient Mosque
  • Istanbul University

Semoga pengembaraan di bumi Istanbul ni dapat mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri. All the sweet memories will remain in our heart. 


our sweet memories.. the second honeymoon 

Goodbye hubby for some time


Sesungguhnya Allah yang pegang hati-hati manusia. Allah yang beri kekuatan kepada kita untuk lakukan sesuatu. Kadang-kadang kita rasa diri kita lemah, tapi Allah telah tunjukkan yang kita tak selemah itu. Alhamdulillah sekarang ni aku berada di dalam train CrossCountry menuju ke Sheffield, bumi di mana aku menimba ilmu. Ada commitment pelajaran yang lebih priority.

Plan asalnyer, saye nak duduk dengan awak di Bristol selama 2 minggu..then, bila awak start kelas, saya balik la. Tapi, keadaan sekarang tidak mengizinkan. Allah maha merancang.

Berat hati ni nak berjauhan dengan suami. Really can’t stop this running tears now. For me, my husband is everything. He is really2 a very wonderful lovely hubby. I gonna miss you, sayang. To my sayang, thanks so muchhh sebab jaga saya selama lebih seminggu saye menjadi roommate awak di Bristol.. hehe.. lepas ni, sunyi la awak, roommate awak dah balik kampong Shepil.. ke awak suke sebab takde dah orang nak kaco awak online? Hehe.. rindu la kat awak… tapi, takpe..after kita sama2 grad nanti, kita tinggal sama2 ehh…inshaAllah…

at Bristol Parkway Train Station.. I love you sayang!!
Takpe lah.. nama pun kahwin semasa belajar. Kena bersedia lah hadapi dugaan yang sebegini rupa. Allah uji kita setakat yang kita mampu sahaja. InshaAllah, sebulan je pun. Bukan lama sangat. Ada orang lain berjauhan sampai 9 bulan, lagi lama. Bersyukur sangat sebab Allah takdirkan izz untuk belajar di uk jugak.. Alhamdulillah. Sebelum kahwin, kami tekad untuk pjj, tapi Allah punya plan memang the Best. Awal tahun 2012, izz dapat offer sambung belajar di Bristol. Dan Alhamdulillah, lepas kami berkahwin, izz dapat MARA. Semua ni tak dirancang, apply pon gamble pada mulanya. Alhamdulillah…

Sebenarnye nak balik esok jer.. nak tinggal dengan suami lagi sehari. Tapi suami pujuk suruh balik tonight supaya kerja saya tak drag. Saya dengar cakap suami, so saya balik hari ni.. tak sabarnye nak sampai Sheffield J Rindu kat my besties, housemates, library and bilik saye yang besar tuuu..

InshaAllah, tahun baru. Semangat pun mesti kena baru. Tahun 2013 dah pun bermula. Cuaca hari ni sangat2 indah. So far takde buat list2 azam baru macam yang biasa buat dulu. Lagi pun hari tu dah semangat sambut tahun baru Hijrah, so sekarang tak excited sangat. Lagi-lagi malam tadi, tersangkut kat kota London yang super sesak dek manusia yang keluar untuk menyambut kedatangan tahun baru. Orang lain bersorak-sorak seronok sambut tahun baru, saya tak mampu nak tumpang gembira sebab terlampau letih pulang dari Istanbul dengan beg galas yang lebih 20 kilo.

So, semangat baru setakat ni satu jer. Nak jadi isteri solehah. Nak jadi isteri yang jauh lebih baik dari sekarang. Nak belajar masak sedap-sedap sebab saya suka tengok suami makan banyak bila saya masak. Bahagia rasa. And all other things that need to be fulfilled along the way to be a good wife will checked.. biiznillah..

Salam dari Sheffield untuk semua..

Tuesday, 1 January 2013

some experience at Luton airport

Alhamdulillahhhhh....sekarang ni dah ade kat rumah hubby di Bristol.. what a relief! honeymoon selama 5 hari 4 malam dah habis... tapi, kenangan2 indah di Istanbul dengan suami tercinta takkan dilupakan... inshaAllah lepas ni nak datang bawa anak2 pulak.. kalo umur panjang,murah rezeki :) supaya anak2 kenal sejarah.. bukan setakat belajar dalam buku teks then lupa macam tu jer... Cuti berbaki 1 bulan exactly.. cuti ke? tak payah panggil cuti laaa... lets me call it "1 month library session".. emm indah nama tuuu... memang lepas ni kene duduk library pon from 10am-10pm.. seriouslyyyy...

now nak share sikit tentang pengalaman di airport luton pergi dan balik...aaahhh nighmare jugakk ar masa kat airport luton masa kat imigresen... beratur lama giler.. lebih sejam jugak beratur.. yg tu tak heran lagiii... yang tak bestnye.. kitorang beratur di tengah puak2 yahu** yang memegang passport negara haram tu.. malas nak taip nama negara yg tak curi tanah milik kita tuu... asalnye, aku nak buat tak tahu je laaa... dalam hati memang rasa panas giler..ye la.. musuh kan. sape tak panas.. aku memang terang2 la org Islam kan dah pakai tudung gitu.. ade sorang pompuan ni, kejap2 pandang belakang tengok aku ngan izz. ade la dalam 3 kali dok pandang kitorang. pandang2 ape! then sekali tu, dia pandang aku, aku terpandang dia, dia jeling aku macam aku buat salah dgn dia, jeling dgn muka benci.. (panas giler rase time tu , mentang2 korang ramai) .. then, aku dengan laju nyer pegi kat tempat lain.supaya dia tak leh nampak aku dahh... mmg pengalaman ngeri la.. masa tu memang monolog dalaman habis-habisan laa... dorang ni kebanyakan tak pandai cakap bahasa inggeris rupanyaa... baru aku tahu.. and dorang ni nampak je macam org eropah, tapi perangai tak... dorang potong que gitu je.. ade sorang tu berdiri belakang faiz, tup2 aikk kat depan dahh... then masa nak dekat sampai kaunter dahh.. ade sorang ni panggil kaum2 kerabat dia yg tengah beratur kat belakang suruh dtg depan.. aku dah malas dah time tu, lantak korang la.. tapi ade sorang mamat ni (izz cakap dia org canada), muka dia merah giler sebb marah and dia sound laki yahu** tuu... "you guys seriously??".. masa tu la aku tahu dorang ni takleh cakap bi. laki yahu** tu just tunjuk beg dia yang banyak2 nk kate barang org yg beratur kat belakang tu ade kat dia... ape2 la.. yang penting lepas ni kalo jumpe tepi jalan mmg dah leh cam dah puak2 nii... bukan kita je tak suka dorang, bangsa2 lain pon ramai tak suka yahu** nii...okay, yg ni cerita masa balik uk.


Sabiha Gokcen Airport, Istanbul
cerita masa nak keluar uk pon agak nightmare jugak .. kitorang hampir terlepas flight..kitorang antara yg last sampai kat gate. kalo lambat 5 minit memang habisssss ler.. sebab ade 6 orang budak melayu kat yang beratur belakang kitorang terlepas flight... dah sampai istanbul baru tahu yang dorang terlepas flight dari kawan2 dorang yang lain.. masa tuu ,, memang terkejut dan bersyukur giler kat Allah sebab Allah izinkan kami jejakkan kaki di bumi Istanbull..alhamdulillahhh dah selamat balik dah pon,..... pengajarannnye kalo naik flight pagi2 hari tuu, memang kene pergi gate awal sebab kat security, que sangat panjang and semua orang nak kejar flight masing2.. kat check in counter pon penuh orang.. alhamdulillah, Allah ilhamkan idea untuk mintak kat pegawai tu untuk skip line sebb gate dah nak tutup.. sangat2 bersyukur dengan perancangan Allah....

Yang pasti setiap yang berlaku ade hikmahnyer....Allah set yang terbaik untuk kita. kita sebagai hamba haruslah sentiasa fikir positif atas dugaan yang Allah berikan...


Sunday, 30 December 2012

Istanbul Day 3

Assalamualaikum..

alhamdulillah... Hari ketiga pon bakal melaburkan tirai.. sobs.. rase tak nak balik UK.... best sangat dok Istanbul nii..bumi yang menyaksikan kemenangan dan kejatuhan kuasa2 hebat.. Hari ni, plan yang dirancang kurang menjadi disebabkan hujan rintik-rintik dan mendung sepanjang hari.. plan asal nyer nak pergi naik cruise sepanjang selat Bhosphorus.. semangat siap2 hari nii.. kalo hari panas macam semalam memang terbaik lah nak capture gambar2 best.. tapi Allah maha perancang.. so kitorang tukar plan.. kitorang pergi Eyup.. Eyup ni sebuah city di Istanbul, named after seorang sahabat Rasulullah SAW selepas Rasulullah berjihrah ke Madinah..seorang yang berasal dari madinah, dari kaum ansar. Boleh baca lebih lanjut tentang Abu Ayup Al-Ansari Radhiallahuanhu lepas nii... menarik kisahnya..

alhamdulillah.. hari ni dapat melawat beberrapa lagi tempat:
1) Dolmabahce Palace
2) Taksim Square
3) Eyup el-ansari mosque
4) Eyup el-ansari mausoleum
5) Hagia Sofia and Blue Mosque (night view)

semalam kitorang melawat Topkapi Palace, Hari ni Dolmabahce Palace.. Kalau semalam tu, istana nya ala-ala al-hamra. tapi, dolmabahce niiii, dah macam bangunan parliament london dah dari luar.. sangat-sangat cantiikkk dan besar gilerrr... istana topkapi sangat sederhana, menunjukkan kesederhanaan sultan masa tu.. selepas tu, istana Dolmabahce dibina.. it took 15 years! dibina oleh arkitek Armenia, Garabet Balyan di bawah arahan Sultan Abdul Majid 1 bermula 1843-1856.. dah tak nampak dah islamic arts dalam istana nii... sebab masa pembinaan tu, dorang dah start guna element barat. so, interior istana ni memang english style. Yang paling menyerramkan and tak sangka sangat ialah tour guide tu bawa masuk kitorang ke dalam bilik tido Kamal Attarturk where he died! aawww seram giler rase time tuuu... rase tak percaya pon ade. yelaa masa kecik2 dulu mak cerita pasal kejahatan kamal attarturk and macam mana Allah siksa dia sebelum dia matii.. Allah hantar seekor nyamuk jer. hahh tak sangka pulak hari ni i pergi tengok tempat tido dia, tempat dia mati. seram rase.. nak tau lebih lanjut pasal istana ni boleh ler search pasal sejarah dolmabahce palace. ni istana last pemerintahan kerajaan uthmaniyah.. selepas kejatuhan kerajaan Islam uthmaniyah, sultan terakhir dihalau dari istana ni.. from my point of view, pembinaan istana ni ialah suatu pembaziran wang yang sangat besar. nak tau nilai istana nii, sila la google.. nilai dia sama dengan 35 tan emas! istana ni sangat2 besar dan sangat2 mewah... masa masuk tadi rase macam perghhh mewah nye raja2 time niiii... harga lampu kat hall je 10 ribu pound. memang lawa laaa... tapi MEMBAZIR...i would say.




Taksim square nii kalo kat malaysia kira ala-ala central KL laa.. ade tugu negara kat situ, ade kedai yang banyak2 along the street.. mula-mula ingatkan macam putrajaya, tapi tak.. tukar, macam KL. sebab dia bukan tempat pentadbiran pon.. tempat datang amek2 gambar, shopping2, main dengan burung.. okay laaa... first time jumpa gereja kat sinii.. ade jugak rupanyer..




then, disebabkan cuaca masih mendung. kitorang pergi eyup. asalnyer nak pergi melawat and solat di masjid eyup el-ansari.. tapi, tak sangka sangat2 ade makam abu ayyup al-ansari kat depan masjid.. subhanallah... again, tak percaya rasa.. ni first time dalam hidup melawat makam sahabat.. alhamdulillah atas peluang yang Allah berikan nii... abu ayup yang suruh dia dimakamkan di situ, di kawasan berhamiran dengan kubu constantinople. tadi, turun2 ferry .. jalan sikit dah sampai masjid eyup.. makam eyup memang sangat2 dekat dengan laut, kubu constantinople masa tu.. subhanallah.. persoalannya, macam mana abu ayup ni boleh ade di Constantinople? sila la baca sejarah abu ayup nii...  sangat hebat!!! subahanallah...




then, bila hari dah gelap..kitorang teringin nak tengok blue mosque malam-malam... so, kitorang pergi balik ke area sultanahmet.. sangat2 cantikkk.. rase macam taknak balik uk! esok inshaAllah nak solat maghrib dan isyak di masjid biru..




tu je lahh untuk hari niii.. alhamdulillah. perjalanan hari ni menyebabkan kitorang sama-sama nak baca balik pasal kronologi pemerintahan turki uthmaniyah niii.. okay.. dah lewat! 

semoga bermanfaat! 

salam dari Istanbul
29 Dec 2012

Saturday, 29 December 2012

Istanbul Day 2

Assalamualaikum..

Alhamdulillahhh hari ni dapat melawat 4 tempat yang best2..

1) Topkapi Palace
2) Hagia Sophia
3) Blue Mosque
4) Grand Bazaar

kalo nak tengok gambo, boleh ler usya facebook saye..ade few photos dah diupload tapi a bit blur sikit gambo tu after masuk facebook...fikir2 balik, maybe sebab saye zoom sikit gambo2 tu untuk fit into the frame.. aishh nak jugak edit gambo kan... end up tak lawa mana pon. :D alhmadulillah, best sangat hari ni dapat tengok bangunan yang sangat gah!

Topkapi palace ni kalo kat Andalusia dia lebih kurang macam Alhamra palace.. Alhamra bani umaiyah punya, yang ni bani Uthmaniyah... sebuah istana yang sangat2 besar dan sekarang dah jadi muzeum.. hari ni memang ramai sangat pelancong kat area sultanahmet.. rase macam tahun melawat Turkey pulak.. rase bangga dapat tengok pedang2 khulafa' ar-Rasyideen, pedang Rasulullah, serban nabi Yusuf dan banyak lagii...  Satu persamaan antara Topkapi dan Alhamra (from my observation) ialah permandangan dari istana.. kita boleh nampak city dari Istana.. masa pergi Alhamra dulu, saye diceritakan sultan2 zaman dahulu ni, dorang memang nak tengok bandar2 dari istana..dari alhamra, kite boleh tengok bandar2 sama macam dari istana Topkapi...

view from Topkapi Palace
Hagia Sophia sangat2 gah! kagum sangat dengan struktur binaan.. bangunan niii sangat2 lama..dibina 1400 tahun yang lalu sejak zaman Rom sebagai sebuah cathedral.. tapi masa tu binaannya menggunakan kayu. then, kerajaan Byzentine bina semula guna batuu.. then, kerajaan Uthmaniyah renovate dan dijadikan masjid... sampai zaman dot dot dot tuu.. malas nak taip nama bapa sekular tu, dia jadikan museum.. sampai la sekarang..

Hagia Sophia, Istanbul
Blue mosque sangat-sangat cantik dari luar dan dalam..hari ni pergi siang, esok nak pergi malam pulak.. satu benda yang best hari ni is that pelancong2 yang datang sangat menghormati masjid nii... kelakar pulak tengok orang putih semua pakai tudung sebab nak masuk blue mosque. :)) alhamdulillah, bila duduk kat Istanbul niii, walaupon ramai sangat pelancong sampai tak boleh nak beza local dengan pelancong, tapi yang bestnyer masjids are everywhere... kat satu tempat tuuu, dengar azan berturut2. dapat rase keindahan Islam melalu banyak2 masjid... setakat ni tak nampak lagi church kat sini..


Grand bazaar.. memang tak larat laa nak jalan seluruh bazaar.. kaki dah lenguhhh.. aim nak beli sourvenir jerr untuk family and kawan2 :)) thanks to hubby sebab hadiahkan saye sehelai pashmina buatan Turkey sebagai kenangan :D sayang hubby!

Selesai hari kedua...

Plan nyer nak balik hotel jap letak barang then nak pergi blue mosque waktu malam pulak... end up tak larat dah nak keluar.. fell asleep..




okay.. sebelum tido, nak share favourite photo of the day:

Sweet memories in Hagia Sophia, Istanbul..
Honeymoon