About Me

My photo
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hamba Allah yang berusaha mencari ilmu demi mencapai redhaNya. Seeru a'la barakatillah..

Friday 30 July 2021

10 perkara yang disyukuri hari ini

 10 perkara yang disyukuri hari ini:

Alhamdulillah.. segala puji hanya bagi Allah

1. nikmat sihat seluruh ahli keluarga , sangat indah dan sgt besar nikmat ni.

2. waffle machine yang ditunggu-tunggu sampai hari ni.. Excited bukan main nak buat waffle 2 minit. tapi tak dapat lagi resepi 2 minit, still ambil masa 3 minit.. way to go :)

3. nikmat makan durian mus4ng k1ng.  alhamdulillah, tapi sis makan sikit je. tak nak berlebihan, manis tuu.

4. nikmat masa lapang, alhamdulillah. selama ni sis sangatlah sibuk bekerja, sekarang ni sis dapat rasa nikmat masa lapang, boleh plan macam-macam aktiviti yang berfaedah, me time, do things i've been meaning to do.

5. nikmat masa bersama anak-anak.. alhamdulillah, banyak masa terluang sekarang..

6. anak-anak yang membesar dengan sihat

7. keluarga yang supportive

8. suami yang banyak sangat membantu .. yang ni sis sangat2 bersyukur. 

9. hampir habis baca semuah buku.. 88 pages

10. being at home with family. Yang pernah rasa PJJ boleh appreciate yang ni :D.. 

Dan banyak lagi..

alhamdulillah..

Thursday 22 July 2021

Tiga amalan yang dicintai Allah

Sharing sebuah hadis tentang amalan yang dicintai Allah:

Dari Abu 'Abdirrahman 'Abdullah bin Mas'ud RA, dia bercerita: "Aku pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, 'Amal apa yang paling dicintai Allah Ta'ala? 'Beliau Rasulullah SAW: "Solat pada waktunya.'Lalu apa lagi', tanyaku. Beliau pun menjawab: 'Berbakti kepada kedua orang tua.' Kemudian apa lagi,'tanyaku lebih lanjut. Maka beliau menjawab: "Jihad di Jalan Allah.'

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

 3 amal yang dicintai Allah:

1.  Melaksanakan Solat pada awal waktu 

2. Berbakti kepada kedua ibu bapa

Firman ALLAH SWT: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-NYA semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Sabda Rasulullah SAW: “Reda ALLAH bergantung kepada reda ibu bapa, manakala kemurkaan ALLAH bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Peringatan kepada semua bahawa dosa derhaka kepada kedua ibu bapa akan di azab di dunia dan di akhirat.. Dosa lain kebanyakannya dibalas di akhirat, tetapi dosa derhaka kepada ibu bapa akan dibalas di dunia sebelum akhirat.

3. Jihad di jalan Allah

----------------------

"Dia lah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya, dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun."

Amalan yang menyelamatkan kita dari azab kubur

Bagaimana amalan kita boleh menghindarkan kita dari terkena azab kubur berdasarkan mimpi Rasulullah SAW. 

  1. menjaga kedua ibu bapa kita terutama di hari tua mereka
  2. hidup sentiasa dalam keadaan berwudhu
  3. Sentiasa berzikir 
  4. Puasa pada hari putih
  5. Melaksanakan mandi hadas dengan betul
  6. menjaga silaturrahim 
  7. berusaha menahan kemarahan 
  8. sedekah yg pernah dikeluarkan datang menaunginya dari api menyambar wajahnya
  9. amar ma'ruf nahi mungkar (menyuruh orang buat baik dan mencegah kemungkaran)
Amalan Sedekah:

Ketika kita bersedekah jangan fikir kita sedang memberi kepada orang, sebaliknya kita memberi kepada diri kita sendiri kerana kita mendapat ganjaran yang sangat besar dari sedekah tersebut. Ganjaran itu bukan sahaja di alam kubur dan akhirat, malah Allah membalas ketika di dunia. Tidak akan kurang harta orang yang bersedekah.

Orang kaya yang sebenar ialah yang paling banyak bersedekah dan berinfak, bukan yang disimpan dan tidak dimanfaatkan untuk ahli keluarga, mak ayah, adik beradik, kaum kerabat dan masyarakat.

Sedekah terbaik ialah yang dibelanjakan untuk ibu ayah kita. Contohnya tanggung ibu ayah untuk melaksanakan ibadah umrah, haji, etc. 

Amar ma'ruf nahi mungkar:

Kita bukan sahaja diajar untuk mengajak melakukan kebaikan, malah juga mencegah kemungkuran, salah satu cara ialah dengan menggunakan lidah (menegur). 

Berdasarkan hadis Rasulullah, cegah kemungkaran berdasarkan kemampuan. 

Dari Abu Sa'id al-Khudriy Ra., ia berkata,
"Aku mendengar Rasulullah Saw. bersabda,

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman (HR Muslim)


Sumber: Ceramah UAD